kehadapan crush yang telah membuang hati aku sesuka hati dia je sampai patah pecah ranap bagai ni , diharapkan awak yang comel molek macam kuali ni baca surat or warkah dahsyat saya ni *buat muka sombong*
macam biasalah awak kalau saya dah buat surat ni , orang yang baca blog saya ni pun menyampah sampai nak hempok saya guna meja kat rumah Rosnah Mat Aris . tapi kisah apa , nak baca ke tak , saya tetap gak nak hulur awak surat patah hati ni . even bunyi dia macam wohoooo apa kejadah kau aizat nak patah hati ni bagai , tapi dah nama aku suka merepek sambil kunyah karipap kentang ni kan , so kali ni apalagi merepek ah . so crush kau hadap surat ni lama lama supaya kau tahu apa yang kau buat sampai aku patah hati . ni yang buat aku nak cekik kau sampai masuk wad bersalin lima nam kali ni . sini aku listkan apa yang buat aku patah hati kat kau . sedih kau tahu , rasa macam aku ni tak dihargai even muka aku adalah jugak ala ala En Haris Ombak Rindu , tapi kau buat aku macam muka aku ni ala ala Mahatma Gandhi kan , kay takpe kau scroll bawah ni sebelum aku tumbuk perut kau kasi senak jatuh peranakan kau and hilang keturunan laki kau nanti . nampak tak punya patah hati dari cara aku taip menatang ni ?
#PERTAMA
*tukar dari kau aku kepada awak saya , mana tahu dia jatuh hati balik kat aku ke kan* awak , awak ingat lagi masa saya confess kat awak yang saya suka kat awak , awak just senyum senyum then awak hempok saya guna bakul kuih Cik Timah masa kita makan cendol suap menyuap tu ? awak kata saya tak layak nak bersama dengan awak sebab saya terlalu handsome buat awak . macam macam dah saya cuba untuk tak handsomekan diri saya , sampaikan setiap malam saya letak sambal belacan kat muka then tenyeh guna berus dawai bagi muka saya teruk , bila muka saya dah macam longkang belakang kedai mamak , saya dapat tahu yang awak dah bertemu dengan lelaki lain yang jauh lebih buruk dari muka saya sekarang , saya kembali kecewa , saya balik and telan pil kacip fatimah enam belas biji semata mata kecewa dengan awak . lapan kali saya kena buat pembedahan nak keluarkan pil tu sebab dia tersekat kat celah jantung , tapi awak tak pernah tahu semua tu , and benda tu buat hati saya sangat kecewa , sangat kecil sehingga terpaksa masukkan pam basikal dalam hati saya . disebabkan muka saya ini jugalah budak budak ingatkan saya beruk jantan kat zoo negara keluar merayap . ini baru sebab pertama , tu ada kat bawah lagi tu , pergi baca , kalau tak dalam masa 2 minit awak akan ditimpa nasib malang *ayat mintak perhatian je lebih*
#KEDUA
dahlah awak dengan jantan lain , lepastu awak goda pulak boss saya suruh buangkan saya kerja , awak cakap saya ada scandal dengan bini dia even benda tu adalah kisah benar . tapi hati siapa tak kecewa bila orang yang kita sayang , buka aib kita , tapi tak apa . saya faham , hidup ada jatuh bangunnya , sampailah one day tu awak terjatuh dalam jamban masa nak berak , saya terdengar jeritan awak and cuba bantu awak . lapan minggu awak koma dengan mulut tersenget sebab masatu muka awak tersembam dalam mangkuk tandas , setiap hari saya suap awak bubur , saya geletek laju laju tapak kaki awak supaya bagi saya bila awak geli , awak mesti akan tersedar . tapi bila awak tersedar , awak pergi terajang muka saya siap pakej makian , awak kata saya cuba nak bunuh awak dengan geletek kaki awak , tiga minggu saya terpaksa duduk dalam lokap ditemani dengan biola . dan terciptalah lagu "HATIKU RETAK BAGAI DIHENTAK HENTAK OLEH KAU" dan lagu tu dah famous macam lagu najwa latep dah kat tiubawak.com <---- parody untuk youtube.com . kalau awak rajin pergilah search and dengarlah luahan hati saya yang sentiasa mencintai awak even macam macam dugaan yang terpaksa saya hadapi , even dengar segala cacian yang awak beri . saya bukanlah yang sempurna , tapi cuba belajar untuk menjadi yang sempurna kat mata awak . sebab bagi saya , segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa kosong kosong kosong~~
#KETIGA
masa ulangtahun kelahiran awak , ewah bapak skema badak gaya penulisan aku kan , cam rasa nak baling diri sendiri tembikai nam biji . masa hari lahir awak , saya ada buat kejutan kat awak , masa awak keluar je rumah , saya terus je jerit surprise ! then hentak kepala awak guna beras 10 kilo sebab bagi saya benda tu macam nak prengg awak and sweet sebab cara gurauan tu selalu Brad Pitt dengan Megan Fox buat , saya buat tu sebelum saya bagi awak rantai bertahtakan berlian bernilai RM13 ribu . tapi bila kena hentak dengan beras , awak terus hambat saya sampai ke pantai , bila kat pantai saya terus berhenti , hadap awak , saya luahkan apa yang saya rasa , tapi awak cakap , awak tak boleh nak bersama dengan saya , awak cakap awak bukanlah yang sesuai buat diri saya . kemudian airmata awak mengalir , saya cuba lap airmata awak , tapi awak tepis . saya hampa . kemudian awak keluarkan something daripada dalam poket awak , saya cuba baca perlahan lahan , then saya terus je capai batang mop tu rotan badan awak bebanyak kali sampai bengkak ketiak awak kena rotan dengan saya . rupanya selama ni awak dah berkahwin tanpa bagitahu saya , masuk ni kali ketujuh perkahwinan awak tanpa saya tahu . disebabkan hentakan tulah juga buatkan awak hilang ingatan sebab doktor kata urat ketiak awak semakin membengkak dan meletop kemudian berjangkit kat urat otak pulak sampaikan diri sendiri pun awak cakap Norlia Ghani . itu saya tak pedulik . yang penting sekarang aku nak tinggalkan kau kat hospital tu and biar kau rasa apa yang aku rasa , kalau boleh nak je aku baling batu bata kat muka kau kasi benjol kat pipi kau .
tapi awak , crush intan payung gunung meletop , even awak yang telah banyak menipu saya , telah banyak kikis harta saya sehingga saya hanya ada gigi palsu je sekarang , awak sentiasa akan saya ingat , seorang gadis yang tersangat suka korek hidung depan orang ramai , suka kunyah kunyah ais then keluarkan balik , suka pakai kasut sebelah lain and suka pakai baju kurung dengan kasut sport jenama bata . tapi awak , orang kata cinta tu kenal pada hati , and sebab hati awak saya suka kat awak , dan sebab awaklah membuatkan saya banyak belajar erti hidup menipu dan ditipu . even sekarang awak terlantar sakit dan mungkin nazak , saya nak ucapkan awak semoga berbahagia dengan hidup yang akan datang , saya tidak boleh menjadi yang terbaik untuk awak , saya tak boleh nak mencintai awak lagi sebab awak tidak pernah ajar saya untuk mencintai awak . saya kat sini hanya boleh bertepuk tangan tanda gembira sebab karma tu dah datang balik kat awak . kemain jahat kan saya , oh dulu masa awak buat saya tu awak siap menari zapin dengan LMFAO kan ? dan awak , sebabkan kisah cinta kita yang penuh dengan tragis , drama , suka , duka , sakit , terseksa , rasa nak hempok ni juga , saya dah mencipta satu lagu baru yang amat amat sweet macam makan gula pasir lapan kampit , yang bertajuk "AQOEH CHAIANK QMOEH CELAMANYAH" dan lagu tu sudah menjadi sountrack untuk filem terbaru Eric Leong bertajuk Rindunya Ombakmu . heronya saya , heroinnya saya , dan watak sampingannya juga saya . dan awak sekarang kalau awak nak tahu , saya peminat Yuna , okbai ! Yuna FTW !
bekas crush kau,
Aizat Abd
No comments:
Post a Comment