APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Monday, July 9, 2012

jadual harian

ASSALAMUALAIKUM

kepenatan hari ni mengundang untuk aku terbaring kat atas katil sebelum aku bukak blog yang dah makin kusam and berlapok macam seluar dalam Brad Pitt yang dijual kat bundle tu . so sebelum bertambah kusam , sini aku hiaskan dia dengan karya menarik aku . nak nak bulan Ramadhan nak dekat ni kan , so mana boleh biarkan dia berhabuk . sebelum korang hempuk aku sebab merepek , so sinilah duduk dekat dekat baca apa yang aku tulis ni . kalau terlalu dekat sangat tu sah buta huruf tak reti nak baca . bila nak baca entry ni mesti korang akan baca tajuk dia dulu kan , eceh jadual harian kemenda pulak ni kan . pehal nak bising , teruskan je baca sebelum aku terajangkan kau dari website ni . actually aku buat benda ni bila aku on facebook . semua dok IM aku , klumm klumm klumm <------ konon bunyi IM kat facebook . dengan bangganya sesemua macam dah pakat tanya aku :

"EH AIZAT ONLINE FACEBOOK , TWITTER NI BANYAK PULAK MASA FREE DIA DENGAN KULIAH SEKALI" *dengan penuh penghayatan dia tanya*




ewah kemain kau tanya macam kau yang duduk kat tempat aku pulak . aku bukan menteri somalia nak busy 24/7 . so sebabkan pertanyaan yang dahsyat tu , terbukalah hati nurani jantung berbunga ni nak cerita pasal duty aku . nak ceritakan setiap hari tu punya duty memang aku mati koma hidup berak pun tak habis . so aku ambil one day yang busy , which is hari selasa . aku menyampah hari selasa . kalau boleh ada pejabat namanya selasa dah aku pergi bom siap pakej pembunuhan kejam kat tuan punya syarikat tu . so apa yang aku buat sepanjang hari sampai aku sempat nak update blog , dating , twitter , facebook , berak , makan , tidur ni , semuanya di hujung jari aku . so pergi scroll bawah baca kalau kau tak nak kena hentak dengan helmet mat rempit kampung buaya togel yang aku pinjam ni kejap .


6.00 A.M    : tersedar bila alarm handphone berbunyi macam nak suruh aku bangun pergi perang . kenkadang aku lempar je handphone kat dinding sampai pecah baru aku bangun , so aku capai towel and pergi mandi . air sejuk tu jangan cakap sampai macam kau kena parkinson dia punya gigil . macam nak terajang kawan kau je rasa . after mandi pakai baju solat and read note sekejap kalau aku rajin . baca baca sampai aku bosan and lempar note kat muka kawan aku and take some breakfast sebelum ke kuliah .

8.00 A.M    : masuk kelas and buat bising kacau orang sana sini macam beruk sebab tak nak bagi mata mengantuk . kawan kawan pun join jadi beruk sampai lecturer masuk jadi manusia balik . so belajar sambil letak phone tepi beg , bila bosan google tengok muka Rosnah Mat Aris dengan kawan aku then gelak pecah perut , bila tak ngantok baru boleh focus sebelum lecturer baling aku dengan meja dari depan . sedar sedar je kelas habis sebab sejam je kelas . and bila kau dah bebel bebel tinggal beberapa minit je . macam tak guna kau pergi kelas hari tu .

9.00 A.M    : pergi uptown which is kalau kat sini tempat makan . bukan tempat bapok jual badan tu . so siapkan kerja kerja yang tak sempat nak buat kat sini . bukan malas tapi tak sempat *ayat mengelak macam hape* so kenkadang kawan kawan buat buat nak pinjam padahal nak tiru . so sambil tunggu diorang , kerja aku scrool timeline tengok manusia mana yang kemain awal bangun , tapi tak tweet pun . sambil tu usha awek awek sini mana tahu ada yang muka macam Megan Fox , aku tinggalkan kelas sekejap nak usha dia .

11.00 A.M    : ada kelas dengan Madam Alia . sometimes paksa dia tak payah mengajar tapi dok bercerita je . kau ingat dia kerja nak bercerita je . kenkadang setepek kerja menimbun kau kena buat . tapi dia memang best . a good listener and sporting tapi takdelah sampai boleh bertepuk bertampar , kang tak pasal kau kena tepuk and tampar kat muka guna kaki dia .

1.00 P.M    : kelas untuk siang dah habis . sebelum balik pergi lunch dulu sambil ngumpat kawan kawan sekelas yang teringat nak ngumpat . aku tak , dengarkan je diorang cakap . so bila aku orang lalu eceh kemain control handsome even muka aku macam pinggan batu zaman purba . 

2.00 P.M    : balik solat and pergi baring dengan tenang sambil senyum senyum berangan sensorang . kalau rajin aku capai handphone and tweet tweet sampai aku rasa macam mata aku ada mak badak mengandung gayut gayut sambil nyanyi lagu ombak linduuuu . and terlelap !

4.00 P.M    : sekali lagi alarm berbunyi tapi kali ni terus bangun sebab Ibu Norry cakap kalau tidur selepas Asar nanti boleh jadi gila . tak aku jadi gila nanti tak dapat nak jadi handsome macam En Haris Ombak Rindu . so bangun cuci muka and solat . kalau lepas ni teringin nak main tennis , heret ah roommate aku pergi main tennis sekali even dia tengah tidur mimpikan Ramlah Ram joget gerudi depan dia .

6.00 P.M    : pergi pasar malam dalam campus . nak usha usha mana tahu terjumpa jodoh kat sini wohooo ku pinang dia dengan Bismillah . kemain macam rasa diri ni tak berguna je . selalunya aku dengan kawan aku akan ulang alik ulang alik tempat sama and lastly beli benda yang bukan bukan je . macam takda guna datang pasar malam . kalau korang ada pegang tembikai ke , hentak kat aku now .

7.00 P.M    : siap siap untuk kelas malam , kau tahu dia punya lemah macam ada syaitan durjana banyak banyak pergi peluk kaki kau cakap jangan pergi kelas , tapi aku pijakkan je syaitan tu semua .

8.00 P.M    : pergi kelas Madam Uni . kelas Building Contract which is more to Building Law yang kau rasa macam alamak malasnya subject reading ni nak kena tahu semua Akta Akta . sometimes aku bawak gula bebanyak bagi mata aku ni terbukak luas sikit nak baca , macam biasa kalau boring sorok sorok google benda lawak . kau patut cuba apa aku buat , gerenti kau tak ngantok dah .

10.00 P.M   : balik kelas terus capai lappy tinggalkan dinner kejap . so sambil tweet ke , update blog ke , facebooking ke , masa nilah aku buat sambil makan . kenkadang sampai nak mati aku tercekik sebab khusyuk nau melayan laman sosial yang mana semakin mempengaruhi hidup seharian remaja zaman sekarang , inilah puncanya remaja semakin leka *okay dibenarkan tembak aku sekarang*

12.00 A.M   : masa ni aku stop semua laman sosial apa bagai ni even nafsu kemain rakus nak layan laman sosial . so call Ibu Norry kacau dia tetengah malam kan . then gurau gurau sampai aku kena bebel tak siapkan kerja lagi and selalu tidur lambat . after that terus capai kerja semua and start buat even masa tu yang ada dalam kepala and hotak kau katil and bantal yang panggil kau suruh tidur dengan nyenyak tanpa fikirkan kerja kau yang melambak bapak pun adoi der ter ber .

4.00 A.M    : tutup semua kerja , capai short notes and dengar lagu . masuk tak masuk tu belakang cerita , tapi bila time exam boleh je kot jawab . bapak berlagak macam mintak tapak kaki orang ramai . then sambil baca note tu fefeeling sikit bayangkan kisah lama kemain , cinta monyet dedulu kan . sampai lah aku tertidur setengah jam lepastu tanpa fikir note entah kemana tercampak , bila bangun semua dah komot macam mintak aku hempuk diri sendiri dengan seterika mudah alih edisi kelapan je . then mulalah rutin tu balik pukul 6.30 A.M tu .


memang waktu tidur aku kat sini macam tu . dua jam pun dah cukup bagi aku daripada kau tak tidur langsung , kau jangan rasa macam alah susahnya nak buat macam tu . belum kena final project lagi , muka aku mengalahkan M Daud Kilau dia punya kusam . actually kalau kau selalu buat tak jadi masalah pun sebenarnya . cuma kau je takut ada eyebag lah , muka kusam ah . apa kau , tak tidur lambat pun muka kau tetap gak nampak macam Kak Limah jual Tong Gas tu . so tak jadi masalah lah . nilah rutin aku setiap hari especially hari selasa yang sangat pack sampai kau rasa nak koma keluar masuk wad kecemasan . then tak jadi masalah juga kalau kau aturkan sendiri masa kau , jangan ikut orang , sebab kau sendiri tahu kan waktu kau berak pun tak sama dengan orang , so fikir sendiri duty harian kau . kepada siapa yang pelik pelik tu , kau baca berulang kali post ni and selamilah jiwa raga aku di lubuk sanubari hatiku yang begitu mendalam.... <---- tak sempat habis cakap kena pijak reramai dengan readers .


NOTE : ini belum listkan lagi berapa lama aku membuangkan sisa kumbahan aku

No comments:

Post a Comment