APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, July 14, 2012

siapa yang aku rindu

ASSALAMUALAIKUM

berkesempatan rampas lappy daripada tangan adik aku hinggakan aku terpaksa hempuk dia guna kerusi , baru dia bagi aku lappy ni . macam biasa kalau aku dah balik rumah , memang dia akan ambil lappy aku dendiam then pergi main sesenyap sampai jadikan macam harta pusaka warisan dia . and sebabtu juga aku boleh nak update blog . kebetulan dah ada kat rumah ni kan , memang free tu adalah juga , tapi assignment melambak aku tak reti nak hadap . memang harapan aku nak buat bila dah balik ni , dengan macam macam godaan kat rumah ni , TV , game , komik , katil , hamekau rasa nak terajang diri sendiri . okay sesambil aku selak selak assignment tadi tetibe lak perasaan rindu tu datang . macam korang rindu kat aku selalu , aiseh buat orang nyampah rasa nak tumbok aku je kan . perasaan rindu kat family , kawan kawan , semua akan pernah rasa . macam aku juga , so sebelum aku kena hentak dengan batang mop , jom baca siapa yang aku rindu ! wohoooooooo !




#01 AYAH ABD
rindu kat pakcik gaduh gaduh aku ni . aku dengan dia memang selalu tak sama pendapat . bila dia nak ini , aku nak lain . so comel bila dia mengalah dengan apa yang aku nak . bila dah balik campus memang aku akan rindu dengan saat saat dia cam ala ala comel konon mengalah dengan apa yang aku nak padahal dia tak nak mengalah nak menang je kerja and dia tersangat caring bila aku pow pow dia something . cam bila aku nak keluar , pagi pagi lagi aku dah bagun hulur tangan mintak duit dulu then baru salam , cium kanan kiri pipi dia . for membe membe kenkadang pelik gak cakap aku dengan adik beradik sampai besar pun still cium pipi parents kan , but then bagi aku tak salah , bukan aku cemolot dengan janda Haji Taib kan , bagi aku benda tu normal . yang paling comel aku rasa bila masa dua minggu aku kat campus , tetibe ayah text aku :

SALAM , SENYAP JE , TAK RINDU AYAH ?

benda ni bagi aku amat comel , kalau ada button favourite dah lama aku pergi favouritekan benda ni , then aku pun reply "ADA CLASS , NANTI MALAM ORANG CALL BALIK OKAY ?" then macam biasa kalau kau balas ayah korang punya mesej sepanjang alam pun meluahkan hasrat yang terpendam di dada , yang dia akan balas hanya "K" . then bila dah balik ni , taknak lak dia reti nak mesej aku rindu apa bagi semua kan ayah , mohon ayah baca blog ni kat office masa meeting .

#02 IBU NORRY
kawan aku , cinta aku , hati aku , dan paling penting Ibu aku . memang tak sah kalau tak call dia and mengadu macam macam kat dia bila memalam sebelum tidur . bila dah jauh rindu semua dengan gelak gelak dengan dia masa dia tengah masak , main bowling sama sama , pergi tengok movie sekeluarga , nyanyi sama sama kat rumah . serious semua tu aku akan rindu bila dah jauh and rasa nak lari lari bawak baldi balik rumah , kay baldi tu tak lawak . kalau kat rumah , aku memang suka kacau semua orang , aku pergi kat Ibu then cakap Ibu dah nampak tua , and mesti dia akan eh eh mana ada , pastu gelabah tanya adik adik aku padahal aku sesaja je . memang comel bila dia camtu . memang aku rapat dengan dia since kecil , even dah tua bangka ni , still lagi aku pepeluk Ibu even kat tempat public sekalipun . sometimes bila dah rindu tu aku rasa macam nak suruh Ibu pindah dekat dekat dengan campus aku sampai aku habis belajar baru pindah balik rumah asal . memang tinggi imaginasi aku kan memalam ni . tapi dengan cara aku call tulah nak lepaskan rindu . then kacau kacau Ibu masa tengah call , sebab Ibu ni dia penakut sikit tapi buat buat berani . even tengok TV kat hall yang terang benderang tu pun sanggup dia seret adik adik aku suruh temankan dia tengok TV padahal dia tengok cerita sesedih kat TV . memang Ibuku hebat !

#03 ADIK BERADIK
ini pun sama , kawan nakal aku kat rumah . kalau kat rumah semua ada memang rumah akan bising . ini baru empat orang adik beradik je kan . kalau ramai aku rasa mahu jadi tsunami acheh meragut berbagai nyawa . gelagat mereka , buli mereka , ketawa sama sama , makan sama sama , berak je tak sama , semua tu akan buat aku senyum sensorang even masa tu aku tengah belajar and lecturer ada kat depan , elak kena hempok dengan tembikai nam biji je kan . nak nak Aiman , selalu gak aku rindu kat dia , then malam malam bila aku tengah rilek tengok Ombak Rindu ke kan , dia ada mesej aku , baru satu mesej dia balas then bila aku balas balik dia diam cam tu je . aku rasa macam nak campak je dia . and macam selalu aku balik , bila sampai aku tengok ada adik beradik aku yang tengah tidur , for sure aku akan kacau sampai dia bangun , geletek geletek kaki dia . then bila dia dah terbangun selalunya akan segar kan , nak ajak aku berborak , aku pulak yang mula nak tidur . masatu diorang pulak akan kacau aku tidur sampai kenkadang boleh jadi marah lak aku padahal aku yang kacau diorang dulu . bila kat hostel , aku akan ingat semua tu and ketawa sensorang sampai kawan aku ingat aku kena histeria , kfine .

#04 KAWAN KAWAN
and THIS ! kawan kawan sehidup semati aku . tapi tak tahulah pulak dia mati bila kan . ahai , so memang rindu nak lepak dengan diorang , tengok bola sesama , tengok wayang sesama , gurau gurau semua , damn ! aku memang rindu semua moment tu . bohonglah kalau aku cakap aku senang je nak lupakan semua tu . kalau boleh aku recordkan then play dia ulang ulang and ulang setiap masa even muntah berdarah dah orang yang sesama join aku tengok tu . serious Jue , Adah , Arriq , Ayed  and Danni selalu buat aku rindu kat diorang cuma entah aku pun tak tahu diorang ingat aku ke tak . punya gigih aku rindu kan . even sometimes aku senyap , tak bermakna aku lupa , tapi dalam hati aku sentiasa ingat kat diorang . kemain kan ayat aku macam nak kena buang daerah punya ayat aku guna .


so bila dah balik ni , kuranglah sikit rasa rindu . even aku ni dah tua bangka and dah boleh jadi datuk orang dah , aku tak kisah , at least rindu tu ada sebab kita ingatkan dia . ni daripada kau rindu entah mana Janda , entah mana Duda , baik kau rindu orang yang ada dalam hidup kau . yes aku boleh bet korang pun ada rindukan someone kan . kalau takda , baik kau pergi gali kubur kau sendiri pastu tanam diri kau hidup hidup . sebenarnya apa yang buat kita rindukan someone is memori dia yang sentiasa ada dalam kepala kita , so fikirlah lepasni siapa yang kau nak rindu , maybe aku......


NOTE : boleh tak nak turn on lagu Ramlah Ram ?



No comments:

Post a Comment