APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, September 12, 2012

1 september 2008

ASSALAMUALAIKUM

firstly nak acting baik sikitlah kan daripada aku merepek awal awal entry kan *capai tuala mandi tutup rambut , ambil kain pelekat pakai kat badan* so apa khabar semua ? di harap semuanya berada dalam keadaan sihat sentiasa . saya di sini mengirimkan cerita untuk anda dengan tujuan membuat anda semua happy <------ Karangan Surat Rasmi . nampak tak mood UPSR aku dah sampai . actually dalam pada aku jawab paper UPSR ni , sempat kejap aku capai laptop curik curik masuk bawah katil semata mata nak update blog . paper UPSR kali ni susah.... hekhekhek *merengek gedik bapak* , rasa nak nangis hentak kaki sambil gigit kuku je susah nak jawab... hekhekhek *sekali lagi buat perbuatan yang sama* tapi adik boleh buat abang and kakak semua . terima kasih tau doakan adik berjaya ! adik leppp chuuuu ollss *lambai lambai tuala kecik warna pink* , okay stop aku dah muntah darah nak bayangkan camne aku buat macam apa aku cakap kat atas . so today punya entry macam agak sadis tak kau baca ? bagi aku tak sadis manapun , cuma harini aku nak jenjiwang kejap . siapa tak minat jiwang tu aku harap boleh angkat kaki blah daripada sini sebelum aku heret pegang rambut kau keluar daripada blog ni . siapa yang nak baca , sila vote saya , Aaron Aziz untuk Jejaka Hangat era Millenium dia laman sesawang saya , tiubawak.com *parody youtube* .




1 SEPTEMBER 2008 ,
yes aku tahu tarikh ni dah lepas dah pun . 11 hari lalu , tapi harini baru aku get the spirit untuk write this entry . dengan masa aku yang tak menentu , dengan kerja apa semua , dengan "UPSR" aku lagi kan , so sekarang nilah masa yang aku ada untuk write entry ni . bagi korang maybe ni cerita lama , tapi bagi akulah , benda ni masih segar dalam ingatan aku . bukan tak nak melupakan tapi inilah yang sentiasa bermain kat fikiran aku . benda yang susah aku nak lupakan macam tu je . benda yang selalu muncul di anak mata aku , di dalam pandangan aku , jauh dalam hati aku . yes , dialah gadis yang pernah membuka mata aku satu ketika dulu . agak basi di mulut korang cerita ni , tapi kesegaran benda ni tak pernah layu dalam fikiran aku . Edellynn Ellyssya , nama yang sentiasa bermain di fikiran aku . nama yang tak pernah luntur dari fikiran aku . nama yang sentiasa aku rindu . mungkin kalau kau kat tempat aku kau dah lupakan semua benda tu . tapi susah kau nak lupakan bila hampir 4 tahun dah korang bersama , mengenal erti hidup , mengenal erti sabar , mengenal erti suka duka bersama . 

1 SEPTEMBER 2008 ,
kali pertama aku confess yang aku sukakan dia and kami bersama . bagi aku kisah kami tidaklah se-sweet pasangan lain tapi kebahagiaan tu boleh dirasa even kau tak rasa pun sweet dia tu . senyuman dia sentiasa menjadi kebahagiaan aku , ketawa dia sentiasa menjadi hiburan aku , gurau senda dia sentiasa membuat aku rindu . kadang kadang pernah gak tertanya boleh ke aku dengan dia akan berjumpa kembali and make the moment together again ? tapi benda tu buat aku senyum sorang sorang . mungkin tu hanya apa yang aku rasa and impikan , tak mungkin jadi kenyataan . kadang kadang tertanya jugak bila dia dah jauh tu ada ke perasaan rindu dia kat aku ? mungkin ada tapi itu hanya penyedap untuk hati aku je . semua tu dah jadi memori dah sekarang . tak dapat diulang tapi hanya dapat diingati . aku rindu setiap kata kata dia , aku rindukan saat dia buat aku selesa . mungkin bila bersama dengan orang lain aku mudah lupakan dia , tapi bila aku sendirian , aku rindukan kembali kisah kami bersama . bagi aku sekarang tak ada masalah untuk aku menjadi single . sebab bagi aku , jodoh tu ketentuan Allah . even single macam manapun aku , akan ada yang halal menjadi milik aku satu hari nanti . cuma aku tak tahu lambat atau cepat .

1 SEPTEMBER 2008 ,
bermula pada hari inilah juga aku belajar macam macam daripada dia . aku belajar menerima keburukan , aku belajar menghargai seseorang dalam hidup . mungkin rasa dia tak sama bila aku bersama dengan orang lain , sebab dialah yang banyak membuka and mengajar aku erti semua tu . setiap bait bait kata kata dia masih aku ingat . 

"JAGALAH HATI I KALAU YOU BETUL MAHUKAN , AND PULANGKAN HATI I KALAU YOU HANYA SIMPAN TANPA PERLUKANNYA"

setiap apa yang dia cakap menjadi kekuatan untuk aku teruskan hidup , untuk mencari kebahagiaan aku sendiri tanpa dia . and now , aku jadi lebih happy , jadi lebih kuat pun atas spirit dia . tak kisahlah apa pun orang nak cakap kat aku , bagi aku tu hanya pandangan orang . hidup tetap kena teruskan juga . bukan terus nak fikir and nak sedih dengan apa yang orang cakap . bagi aku dialah yang terbaik di mata aku , dialah yang pertama dia hati aku , dialah yang sentiasa ada dalam ingatan aku . mungkin dia tidak sesempurna orang lain , tapi dialah yang sempurna di mata aku .

kalau kami masih bersama , dah masuk 4 tahun relationship kami and masa kami berpisah pun dah masuk tiga tahun lebih that relationship . tapi setiap benda yang berlaku tu ada baik buruknya ye tak . Allah lebih tahu apa yang Dia rancang untuk setiap makhluknya . jodoh , ajal , pertemuan tu semua ada kat tangan Dia . jangan terlalu desperate or terlalu obses nak dapatkan something tu . and kepada yang belum baca about entry aku kenapa aku and Isya ambil keputusan untuk separate , boleh klik link ni untuk ke entry tu . KLIK : KAU BANYAK MENGAJAR AKU ERTI CINTA . maybe ada yang anggap keputusan tu macam tak matang kan , tapi kami lebih tahu apa yang kami buat . mungkin ada jodoh buat kami tapi kami sendiri pun tak tahu . setiap pertemuan tu ada perpisahan , setiap yang gembira pasti akan ada duka . and setiap yang terbaik mesti akan akan kekurangannya . cuma kita perlu bersyukur and hargai dengan apa yang kita ada sebelum benda tu hilang daripada pandangan kita . rasa rindu kat dia tu sentiasa ada , tapi just memori jelah yang sentiasa jadi peneman untuk aku lepaskan rindu kat dia . 1 SEPTEMBER akan sentiasa dalam ingatan..... YANG PERTAMA TIDAKLAH SEMPURNA , TETAPI YANG PERTAMA SENTIASA DIINGATI


NOTE : PERHATIAN ! kepada siapa yang dah termuntah baca entry ni , sila lap guna kain batik anda . 


No comments:

Post a Comment