kehadapan ibu mertua yang montel and ayah mertua yang boroi buncit...
hai ibu ayah mertua . mesti terkejut gila bapak kan bila terima surat ni . diharapkan kalau kamu berdua terkejut sampai kena asthma tu , pergilah rajinkan diri naik basikal pergi klinik kayuh berdua . anak menantu tak sempat nak datang tolong sebab anak menantu pun tak tahu lagi siapa ibu dan ayah mertua anak menantu ni . mesti handsome macam Aaron Aziz and cantik macam Yuna ye tak . kalau macam Rosnah Mat Aris atau Azwan Ali , diharap kamu berdua terus lemparkan surat ni jejauh supaya anak menantu dapat ibu dan ayah mertua yang lain . ewah ayat macam mintak penerajang kaki kanan kamu berdua je ye tak . dah nak habis dah air liur anak menantu ni bercakap tapi tak jugak sampai ke tujuan anak menantu ni kirim surat kan . ye tujuan anak menantu ni kasi surat supaya ibu and ayah mertua tahu yang anak menantu ni nak pergi merisik anak kamu berdua yang cantik macam Lisa Suruhani tu . eceh ewah nyenyenyenye *ketawa sekarang* macam dah confirm confirm je jadi menantu kan . tapi wadehell *gaya nur fitree* apa kisah , terima tak terima belakang cerita . ni sebelum saya masuk meminang ni bacalah dulu watikah adat meminang yang saya sendiri buat ni . BACA DENGAN TELITI ! *muka serious* kalau tak masing masing kena baling dengan tembikai 6 biji tanpa ada sebarang pertanyaan dari saya . saya serious ni . serious serious .
#PERTAMA : WANG BELANJA
okay mak cik pak cik , sini baca bebetul . ni yang penting ni . macam sekarang kamu berdua tengok kan semua pakat nak kenakan wang hantaran berlumba lumba dengan orang lain . kalau jiran sebelah punya anak wang hantaran dia 20K , pak cik dengan mak cik dah gelabah nak letak sampai 30K . itu bukan namanya nak meminang merisik ke apa bagai , tapi macam nak jual anak dah saya tengok . kalau 15K tu masih mampu lerr saya kan nak buat duit belanja apa semua . mak cik pak cik kena fikir gak kenkadang . kalau dah pekena duit tinggi tinggi masa nak merisik je , habis tu lepas kahwin anak mak cik nak makan apa ? pasir cicah rumput menghijau kat taman tasik astakona ? kena fikir semua tu . at least ikut kemampuan lelaki tu . kalau macam saya takpe , nak kenakan memahal takpe , saya boleh bayar dengan duit saidina . nak 5000 ? dua keping saya boleh bagi makcik pergi buat belanja beli CD Ombak Rindu yang ada Aaron Aziz dengan Maya Karin tu . so berpada pada sikit ye kalau nak letak harga tu . kalau memahal sampai ke umur 56 tahun dah pencen pun anak mak cik masih lagi menjadi "anak dara" sebab takda siapa nak kahwin dengan dia . nanti mak cik sendiri yang susah takda keturunan nak turunkan harta mak cik yang melambak tu . pak cik kenapa diam membisu ni ? mak cik queen control heh ? nyenyenyenye *ketawa trend sekarang*
#KEDUA : HANTARAN
yang kedua ni pulak . hamboi hamboi hamboi . kalau nak kahwin tu mengalahkan nak pergi merisik Mariah Carey kan dia punya dulang hantaran kemain banyak . lagipun selalunya paling banyak pun 11 dulang . mak cik pak cik tak payahlah demand sampai 21 dulang . tu macam nak buat kenduri dia punya banyak dulang tu . and agak agaklah nak bagi syarat untuk hantaran . bukan mak cik and pak cik suruh saya cari hati kuman , suruh saya cari mata lembu ke apa . mak cik pak cik ingat ni cerita fear factor ke nak benda tu semua . anak mak cik tu pulak bukannya hantu belaan ke apa nak benda merepek tu semua . so ikutlah apa yang berpatutan or logik . kang baik baik nak masuk meminang kang tetibe jadi acara gusti sebab masing masing tak setuju dengan syarat yang diberi . kalau mak cik and pak cik nak tahu , nenek saya bekas ahli tinju negara satu ketika dulu . salah cakap dia kasikan tinju . setakat ni dah 5 orang koma 9 maut atas tinjuan beliau tepat kena di celah ketiak lalu mengakibatkan mangsa jatuh terkangkang . so mak cik and pak cik agak agak kalau tak nak kena tinju tu jangan salah cakap masa nak set kan berapa wang hantaran and berapa dulang hantaran tu . tak memasal kang kena pakai polident .
#KETIGA : RUMAH
pak cik mak cik , saya tahu yang saya nak meminang menikah ni anak kamu berdua , tapi bila dah sah jadi yang halal buat saya tu dia di atas tanggungjawab saya . pak cik dengan mak cik jangan paksa dia tinggalkan saya semata mata rumah saya kat London , rumah pak cik dengan mak cik kat Malaysia . kesian saya nanti takda siapa nak tengok tengokkan saya . kalau dia dah jadi tanggungjawab saya , kalau sekali saya terpukul dia , mak cik pak cik boleh sumpah saya jadi tong jamban pun tak kisahlah . saya tahu mana betul mana salah . pak cik mak cik jangan risau okay . sampai bila dia nak jadi matang kalau asyik nak kena duduk bawah ketiak pak cik mak cik yang berbulu ketiak panjang and masam pahit tu kan . dia kena pandai belajar berdikari . jangan risau pak cik mak cik , saya dah beli rumah dah siap siap . dalam tu katil dia punya besar kalau nak letak Jaapar Onn 10 orang pun muat . jamban dia boleh jadi tempat untuk renang berirama jugak , hall dia punya besar kalau nak ternak lembu pun masih mampu . halaman rumah lagilah jangan cakap . nak buat tempat lari 4 x 100 meter pun masih ada banyak saki baki dia . bab bab tempat tinggal ni pak cik mak cik jangan risau okay . saya siap boleh hadiahkan gigi emas sorang sebatang untuk kamu berdua . happy kan ? ada rasa macam nak lompat macam akademi fantasia tak ?
okay pak cik , mak cik saya rasa dah banyak dah saya membebel . saya tahu masih ada banyak lagi saya nak cakap sebenarnya tapi bila tengok apa yang saya tulis kat atas , saya sendiri rasa menyampah dengan diri saya . nak bersurat apa bagai kan . orang sekarang dah guna skype dah guna ooVoo je kan . mak cik sendiri selalu webcam dengan Rosmah ye tak tanya macam mana cara penjagaan rambut hingga rambut dia boleh terangkat sampai macam tu sekali ye tak . tapi kalau lepas baca ni ada yang tak hingin pun nak jadikan saya ni anak menantu dia , boleh lerr seselit kat mana mana tandas awam ke , kat public phone ke mana tahu ada janda janda anak satu ke yang nampak ni kan . bukan nak kahwin dengan janda tu tapi anak dia . dengan janda buat apa . sebelum terlupa , Ibu Ayah saya kirim salam . dia kata kalau mak cik pak cik dah terima saya jadi menantu , mereka ada syarat lain pulak macam mana nak berkahwin dengan saya . mereka nak 7 dulang hati cenggkerik , 7 dulang rambut Jennifer Lopez , 7 dulang bulu kaki Bill Gates , 7 dulang bulu mata Samy Vellu , dan 7 dulang jarum peniti Hana Tajima . so diharap sebelum menerima saya tu bebaik lah fikir dulu . kang tak memasal menyesal dengan pilihan sendiri kan . and pak cik , mak cik , maafkan saya , saya ni peminat setia Yuna , okbai !
menantumu yang cute comel,
YB Tan Sri Dato' Aizat Abd
No comments:
Post a Comment