harini aku bukan nak bercerita tentang drama Ombak Rindu ke , klip 3gp ke kan . tapi aku nak ceritakan pasal kawan baik aku punya birthday . amboi kau tengok gambar aku dengan dia kat atasni kau dah fikir bukan bukan heh . dalam kepala ingat klip 3gp je ye ? hamboi kang aku hempuk sorang sorang guna pintu freezer kang pekak hang 6 bulan tanpa boleh menyuap makanan ke dalam mulut kerana jangkitan kuman pada pangkal telinga . harini punya entry banyak gambar . lantaklah korang nak hadap ke tak kan , yang penting aku nak luahkan segala galanya dalam ni . kau ada ? actually birthday Jue ni semalam . tapi sebabkan balik tu aku dah letih macam baru lepas bertinju dengan Rosnah Mat Aris , lepas mandi je aku terus tidur . dari pukul 12 malam aku tidur , sampai ke 12 tengah hari tadi . wa cakap sama lu kalah baby wa tidur . tak ingat dunia . Ibu Norry wa kejut masa Subuh , wa dah selesaikan apa yang wajib wa sambung tidur . semalam kalau korang ikut join dengan aku sekali , gerenti dengan kau sekali ikut sama aku tidur lama lama . mungkin sebab semalam happening gilaa kan sampai lupa segalanya . ambil gambar je dah 400++ , mana tak penat . dengan lari lari lari , dengan buat video miming . and that day the best day ever !
gambar kat atasni Jue . semalam memang kitaorang dah rancang surprise untuk Jue . aku cakap kat Jue yang kami hanya keluar berdua je sebab Adah tak jadi balik . padahal Adah dengan Keba naik satu kereta yang lain . so kitaorang akan buat surprise bila aku dengan Jue melintas jalan . Adah dengan Keba akan tunggu tepi jalan nak ke Mahkota Parade sambil pegang cake . siapa yang pernah pergi ke Dataran Pahlawan and Mahkota Parade tu tahulah macam mana kedudukan bangunan tu kan , menghadap antara satu sama lain . tapi the cuak moment bila aku tak perasan yang Adah dekat gila dengan kitaorang masa aku nak cari parking . aku buat buat alih Jue punya perhatian ke tempat lain . serious aku macam alamak alamak mati aku alamak alamak janganlah dia nampak . dalam hati aku macam PSY tengah menari Oppa Gangnam Style dia punya cuak tapi aku buat buat cool tanya dia macam macam . after dah pergi ke Dataran Pahlawan tanpa tujuan , aku suruh Adah , Keba and Fyqa get ready kat tepi jalan nak buat surprise . dan YES ! surprise kami menjadi sampaikan Jue menjerit tak tentu hala sebab dia tak sangka . pak cik pak cik teksi yang ada kat situ semua bangun tengok apa yang terjadi . ingat Jue nak kena ragut kot . and yes that plan berjaya ! aku lak rasa macam nak lonjak lonjak gembira sambil bawak bendera Malaysia kibar kibarkan kat tengah jalan sambil ajak pak cik pak cik teksi tu joget Oppa Gangnam Style . Op..Op..Op..Op.. Oppa Gangnam Style .
anomnomnomnomnom suap suap suap atototototooooo
bila bercakap pasal friendship ni . sebenarnya benda nilah yang paling penting dalam hidup kau . ye memang kau boleh dapat ramai kawan , senang nak dapat kawan . tapi tak semua kawan kau tu akan sentiasa bersama dengan kau saat susah ataupun senang . mungkin senang dia nak datang berkawan dengan kau , and senang jugak bila bila masa nak pergi dari hidup kau kalau dia dapat kawan lain . tulah orang cakap nak mencari seorang SAHABAT tu susah , tapi senang nak mendapat seorang KAWAN . kawan sentiasa ada bila kau gembira , tetapi sahabat akan bersama dengan kau saat kau sedih . tak semua orang boleh bersama kita saat susah and senang . tak semua juga ikhlas nak berkawan dengan kita . kadang kadang ada yang mengambil kesempatan je untuk kesenangan diri dia . ye aku bersyukur aku dikurniakan sahabat yang memahami aku . bukan je ada masa aku suka gembira and ketawa , tapi ada jugak masa aku memerlukan mereka , kecewa and sedih .
kalau nak dikirakan friendship and dengan Adah and Jue ni , nak masuk 7 tahun kalau dengan Adah and 4 tahun kalau dengan Jue . nak kata lama sangat tu takdelah tapi kalau korang tengok kitaorang dah macam adik beradik . bertepuk tampar tumbuk sampai bisu semua tu dah biasa dah . Keba pun dah mula berjinak jinak dalam family friendship kitaorang . siapa je tak sayang kawan kawan dia kan . bohonglah kalau aku cakap senang senang je aku nak benci diorang . tak kiralah kau pernah terasa ke dengan diorang , pernah marah ke , pernah mengumpat ke , tapi benda tu semua kami let go and tak jadi penghalang pun nak terus berkawan . kadang kadang fikir gak macam manalah life lepas kahwin . mesti suami isteri masing masing jealous . memang nak keluar sama sama lagi lepas kahwin kan . harapkan raya jelah . nyenyenyenyenye *ketawa yang aku tak suka orang buat* .
the power of chopstick *turn on lagu SNSD*
abaikan kami , tengok belakang , hari isnin mall kosong takda orang
Seoul Garden time , sampai ke hangit Kimchi Soup tu kitaorang buat . lepastu sukahati tukar dgn table sebelah
the value of friendship tu susah kau nak gantikan dengan apa apa sekalipun . tak guna kau teruskan hidup kau , kau banyak duit , kau hidup mewah tapi kau sunyi . tak ada kawan kawan . tak ada apa yang kau akan dapat tapi kesedihan bila tengok orang lain semua happy bila ada kawan . nak berkawan ni tak perlu nak memilih rasanya . and tak perlu juga nak memaksa . bila orang tak nak berkawan dengan kau , tak perlu nak memaksa . benda tu akan datang sendiri . aku dengan Adah sambut birthday Jue ni pun bukan nak tunjukkan kat Jue yang kami boleh jauh jauh balik dari campus semata mata nak sambut birthday dia . tapi sebab persahabatan . tak tahu mana kuatnya friendship kami kan . yes semua orang ada kawan baik masing masing , semua orang ada rasa sayang , semua orang ada rasa ingin dihargai . so hargai kawan or persahabatan yang kau ada tu dulu baru orang akan mula menghargai kau . bukan harapkan orang lain hargai kau dulu baru kau nak hargai dia . lastly masing masing mencari life baru , kawan baru . teringat gak semalam masa surprise dia , aku tanya Jue :
"JUE , PERNAH TAK KAU SAMBUT BIRTHDAY SORANG SORANG ?"
"PERNAH , MASA FORM 3"
"SEKARANG KAU TAK AKAN SORANG SORANG , SEBAB KAMI ADA"
then Adah , Keba and Fyqa keluar daripada tempat persembunyian . kau ada tempat persembunyian ? padahal belakang kereta je kan . kalau Jue jengah sikit dah nampak dah badan diorang dok terhendap hendap belakang tu . tak pun kalau tetibe ke owner kereta tu nak balik kan , tak ke diorang kena pergi tempat lain . just harap Jue happy jelah dengan kejutan yang aku sendiri tak tahu dia terkejut ke tak . kalau terkejut aku rasa dah lama dia koma mulut berbuih dok terlantar kat hospital kan . tapi sampai harini masih sihat walafiat boleh siap pergi poco poco aku rasa . kiri kanan depan belakang ewah even semalam dah letih nak mati sebab habiskan masa jalan jalan . kalau jalan pakai kereta tak apa , ni pergi parking kereta then jalan jalan kat Jonker Walk and pantai . main lari lari kat pantai . dah macam filem Ombak Rindu kau tahu . kalah watak En Haris Ombak Rindu . lepasni aku dah boleh ambik takhta dia . dia dah boleh balik tanam kubis lepastu jual .
ni BERLAKON semata mata ala ala tourist !
Jue mintak aku belikan gula kapas , tapi aku yang makan banyak . nyonyonyonyo
sebenarnya depan belakang kiri kanan ada ramai orang perhatikan kami
THIS ! bajet macam One Direction punya video klip !
yes moment semalam tu memang susah aku nak lupakan . nanti dah tua tua boleh aku cerita kat cucu cucu aku lepastu paksa dia suruh jadi macam aku . kalau tak jadi semua harta harta aku tak akan jatuh kat tangan diorang . jahat punya atuk kan . lepastu dua hari kemudian belum sempat aku nak tukar wasiat apa semua , dia pergi racun aku . orang kata dengan kawan kau akan jadi diri kau sendiri . dengan kawan kau akan berkongsi macam macam . even makanan , minuman sekalipun . dengan kawan kawan juga kau akan merasai susah and senang . dengan kawan kawan kau akan belajar erti sabar and kepercayaan . dan dengan kawan juga kau akan merasai apa itu erti kasih sayang .
dear Nur Juliana binti Abdullah Sani ,
aku tahu birthday kau telah pun masuk expired day tapi aku tetap nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR untuk kau . dengan umur baru ni hope kita akan lebih matang . konon kan , padahal kalau jumpa tak hingat dunia kematangan semua campak tepi . hope kau enjoy dengan usia baru ni . lepasni dah boleh menikah dah beranak pinak dah . hope jodoh kau sampai cepat . umur baru ni jugak hope kau lebih kuat . bukan bermaksud aku suruh kau pergi belajar tinju ke gusti ke apa , tapi kuat semangat . tak mudah nak fikirkan apa yang orang nak cakap buruk pasal kau ke . kalau melebih kau bagikan dia makan kasut kau yang lama lama tu . jangan suka sedih sedih . aku tahu kau senang nak menangis . even aku dengan Adah nak balik campus pun kau boleh menangis bagai kat belakang kereta sampai basah bear kat belakang tu . jangan nakal nakal nak ngorat mana mana Datuk ke kan . bukan macam tu cara nak cepat kaya , LOL ini tetibe . and Jue , AKU SAYANG KAU ! keep all our moment dalam fikiran kau . jangan lupakan aku and Adah , tak kiralah masa tu umur kau dah 80 sekalipun . mana tahu ada antara kita yang tak panjang umur kan . tapi nilai persahabatan kita tu tak akan pernah ada gantinya !
JUE , IF ONE DAY YOU AND ADAH ASK ME "WHY DO YOU WANT WE ALWAYS WITH YOU ?" , AND MY ANSWER WILL BE "BECAUSE YOU ARE MY FRIENDS , MY LOVE , MY SIBLINGS AND MY FAMILY , ALL I WANT IS YOU GUYS WILL ALWAYS AND ALWAYS CLOSE TO ME , WHERE ? DEEP IN MY HEART"