ASSALAMUALAIKUM
aku rasa dah lama jugak aku tak melepak dalam ni . buat cerita bengong bengong aku yang buat orang rasa nak terajang aku dengan dua belah kaki dia serentak kan . kalau nak terajang buat ahh . sebelum aku sula kau guna batang mop berukur lilit 45 inci . besar tak ? mahu tak menangis menjerit melaung kau sakit . bukan aku pemalas nak update lelepak minum kopi kat blog ni , tapi sebab mana aku nak dapat idea nak selalu update . ingat aku Albert Einstein semua benda aku dapat hadap . kenkadang malas gak aku nak jawab soalan bernas orang pasal bila aku nak update blog . bukan aku berlagak gila tapi sebab kau bayangkan . baru sejam aku post entry baru , dia boleh tanya aku "AIZAT BILA NAK UPDATE NEW ENTRY LAGI ?" , and soalan tu boleh buat aku cirit birit keluar timun tahu . tapi takpelah , at least dia adalah jugak niat nak menyinggah blog aku kan . even aku sendiri rasa nak hentak kepala aku tengok blog yang macam nak tak nak je dia punya background ni kan . bapak hodoh wa cakap sama lu .
disebabkan sekarang aku makin busy dengan final exam aku kan , so terbukak lak minda aku nak buat entry ni . ni pun aku paksa korek korek dendalam idea aku nak update cerita baru . lepas dah sumbat sumbat pelbagai note note dalam kepala aku . sampai dah besar sebelah dah kepala aku sebab banyak sangat membaca . serious aku rasa macam diri aku tak berguna je kan sekarang , baca note banyak pun nak bagitahu orang , puih . so aku tahu nak dekat hujung tahun ni semua akan ada exam kan . nak nak yang nak PMR . orang selalu kata apa , its around a corner kan . tapi dah tahu around corner tu yang kau pergi hadap blog aku lagi dah kenapa ? nak aku heret kau pergi depan meja lepastu ikat kau guna tali kapal kat kerusi bagi kau duduk hadap buku ? pergi belajar sekarang ! *over acting* then yang nak SPM tu takpe , lama lagi kan , sebulan lagi kan . kau darabkan dengan saat . lagi lama kau rasa . so nak tips exam ? kau dipersilakan baca next paragraph kat bawah ni . aku ajarkan kau cemana . WAJIB !
PERTAMA : MINUM OH MINUM !
okay tajuk kecik dia agak melampau kan . aku bukan suruh kau tonggang arak . sini aku pijak kau kalau berani berani nak tonggang arak . dah tahu haram kan ? kena bakar kat api neraka kang . so minum ni macam biasalah boleh hilangkan mengantuk . nak nak air minarel ke , air masak ke kan . sebab dia ada oxygen dalam air tu . macam kita belajar dalam sains , bila oxygen bercampur dengan 2 hydrogen , dia akan menghasilkan H2O yang mana adalah terkandung dalam air . ewah kemain aku mengajar korang sains kan . kisah pulak korang nak hadap tu semua . opah korang kat kampung pun tahu benda ni . so aku tahu kau kalau mula bukak buku , mulalah kau akan rasa mengantuk lah , nak baringlah kan , tapi kalau hadapkan kau dengan Running Man , terbeliak mata kau jejerit tengok KPop Actor dalam tu . macam aku kalau time hari biasa memang aku menyampah gila minum caffein tau sebab rasa dia kan . tapi bila exam nilah jadi peneman aku . pergi kedai borong nescafe je . sampai Ibu aku terpaksa bank in duit semata mata nak beli nescafe . nasib baik ATM tu takleh bank in nescafe . kalau dah boleh bank in , 6 kilo aku mintak Ibu bank in kan nescafe . tapi Ibu tak tahu pun aku minum caffein . HAHAHAHAHAHA ! *ketawa happy* , dia mana bagi aku minum menatang tu nak exam exam ni . derhaka tak aku tak dengar cakap ? lepasni kalau aku kena sumpah jadi Toyota Avanza jangan tanya kenapalah kan . but then untuk budak budak bawah umur cam korang , minumlah air masak always . baik untuk otak . cuci otak otak kau yang kotor tu . at least ada dua botol kat sebelah kau . gerenti akan rasa segar . tak caya masa baca blog aku ni kau try buat . sambil tu jejoget sikit goyang goyang punggung . mesti tak ngantok , aww aww awww *goyang punggung sambil pegang botol minarel*
KEDUA : SENAMAN RINGAN
kau tahu kan macam mana senaman ringan ? bagi yang otak biru tu silakan pergi dari sini sebelum aku halau kau seret kau tarik rambut kau atas jalan tar . senaman ringan tu bukan aku suruh kau pergi lompat jauh ke , lari baton ke , renang berirama ke , tapi regangkan sikit otot otot kau tu . memang penat kalau kau asyik duduk hadap buku kan . then kau tarik nafas 3 kali ke , regangkan otot leher , tangan , kaki . nak regangkan otot ketiak pun boleh . tapi aku tak pernah cuba lagi . tanggal bulu ketiak satu satu nanti . nak senaman lebih best lagi , kau bukak lagu poco poco lepastu joget joget sikit dalam bilik kau tu . kalau mak kau tetibe sergah ke kan , ajak sekali dia joget . pasti akan jadi lebih indah and merapatkan hubungan kekeluargaan . tapi kalau sesiapa yang kena hentak dengan periuk nasi dengan mak dia sebab memekak tu kan , rawatan perubatan sila bayar sendiri okay . jangan mintak orang lain , salah sendiri . LOL ! hahahahahaha . tapi bagi aku kalau mengantuk tu kau cari je apa apa benda ke yang boleh buat kau ketawa or tersenyum . aku kalau mengantuk time study aku akan geledah lappy aku ke kan , tengok balik gambar gambar lama aku then ketawa sampai tertonggeng tonggeng sensorang sampai keluar airmata sebab serious kelakar nak mati . rasa macam apakah aku zaman dulu dulu . sekarang mungkin dah macam Aaron Aziz kan . okay kau boleh nampak tak aku gedik ? nak rejam aku dengan kasut asadi rasanya dah boleh dah . takpun kalau takda senaman yang terlintas kat dalam kepala hotak kau tu , kau pergi stalk EX kau ke , crush kau ke . kecewa ke tak tu belakang cerita . yang penting kau tak mengantuk bila study .
KETIGA : MAKAN OH MAKAN !
tadi yang pertama hengko dah tengok minum oh minum kan . sekarang wa nak bagi lu makan oh makan pulak . makan pun sama je lebih kurang macam minum . tapi bagi perempuan yang gegedik konon nak jaga badan apa bagai kan , pasti menjadi mimpi ngeri dia bila dengar pasal makan . ala kalau nak naik berat badan tu akan naik jugak , tak kiralah kau makan tempe pun , kalau dah tetap badan kau nak naik tu , akan gemuk tetibe gak . tapi kawallah sikit , bukan makan ikut nafsu buaya darat tembaga kau tu . kan aku dah membebel macam cikgu pendidikan jasmani aku . so before start study tu bawak lah apa apa makanan kat sebelah kau . jangan makan je lebih tapi study entah kemana . beli keropok , nasi lemak , jagung bakar , burger mekdi apa bagai bawak sekali pergi belajar tapi yang kau hadap makanan tu bukan buku . tak boleh jugak macam tu kan , melainkan kau ambik kelas memasak . baru kau boleh nak cerita semua tu kat depan aku . aku lak kalau kat rumah memang kalau aku nak belajar aku bawak tin biskut chipsmore sekali bawak masuk bilik . adik aku sampai pepelok kaki aku tak bagi habiskan chipsmore tu tapi aku ketuk muka dia dengan tin biskut tu dengan alasan nanti aku mengantuk masa study . tapi kalau kat campus memang harapan kau nak dapat makanan yang banyak . ada kedai tak bukak lah , cafe pun tutup dalam pukul 11 camtu . selalu orang belajar dalam pukul 12 keatas kan . then apa je yang ada jual kat cafe ? sampah sarap sisa sisa makanan budak budak . so google jelah kat tenet gambar makanan , tu pun dah boleh buat aku kenyang sampai kentut bau pau kari ayam . kalau susah sangat , kau beli chewing gum banyak banyak lepastu kunyah je sampai dia takda rasa dah . benda tu juga one of makanan yang boleh hilangkan mengantuk .
untuk kali ni , cukup rasanya aku bagi 3 tips dulu . mana tahu kan kalau aku rajin rajin bila ada free time ke kan , aku akan sambung lak TIPS EXAM KEBABOOM PART II . tu pun kalau aku ada masa and rajin . jangan ditanya aku bila sebab aku sendiri pun tak mampu nak jawab . kalau dah datang mood aku pemalas nak mati tu , memang harapan aku nak buat entry . kenkadang sampai 3 minggu aku pemalas nak update . tapi tunggu kau masa cuti semester nanti , kau akan naik muak hadap cerita aku kat blog ni yang tak henti henti . tapi kadang kadang aku sendiri pelik dengan diri aku , padahal idea punyalah kering tau bila nak buat entry , tapi bila buat entry je , dah macam essay SPM dia punya panjang . budak SPM pun terkejut tengok entry blog aku , awwww *kena baling dengan tembikai 6 biji dari Neelofa* . so untuk tips tips kat atas tu ada yang positive and dicampur dengan mengarut mengarut sikit . kau pilihlah yang mana positive tu . tak kan aku nak highlight kan ye tak . so kepada yang tengah nak exam ni , goodluck jawab ! jangan asyik ingat nak kahwin je , dah gatal nau nak kahwin ? buang air besar pun masih bersepah tak masuk lubang jamban lagi ada hati nak tanggung anak orang . fikir masa depan dulu , insyaAllah akan ada someone buat kita jugak nanti . all the best guys !
NOTE : jika ada 4 jam masa untuk belajar , hanya setengah jam sahaja digunakan untuk memandang buku . 3 jam setengah lagi digunakan memandang ke laman sosial .