APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, October 28, 2012

satu hari tu akan tiba

ASSALAMUALAIKUM

AHAD , memang hari yang semua orang tunggu untuk bangun lambat , untuk menggedik gedik shopping ataupun duduk menolong ibu di dapur , awww mithali over . baik kau yang sekolah , belajar mahupun bekerja semua sukakan hari cuti . dok melepak goyang kaki sambil tengok cerita Ombak Rindu yang ada En Haris Ombak Rindu tu . macam aku jugak , tak terkecuali jugak turut meloncat locat shuffle remix dengan oppa gangnam style bila tahu hari ahad dah sampai . tapi ada yang benci ahad sebab esoknya dah isnin . nak buat cemana , tak kan nak humban campak gaung pulak kan . bermulalah perjalanan aku untuk hari ini . actually cerita ni aku nak ceritakan seminggu yang lepas . tapi kebusyan aku yang mendalam membuatkan aku campak je semua laptop cerita aku dalam jamban . so ni hah cerita seminggu yang lepas aku luahkan harini . nak baca ke tak tu , hang punya suka . tak nak baca dengar je background song aku kat blog ni haaa sambil makan tempe cicah sos cili thai .




#SABTU , 9.00 PAGI , 20 OKTOBER 2012 *pilih baju apa nak pakai*
bangun awal pagi semata mata nak pergi sarapan dengan kawan sebab dah nak cuti semester yang tinggal beberapa hari je lagi . so nak habiskan masa makan , tidur , mandi , yak yak dengan kawan kawan . lepasni masing masing dah susah nak jumpa . dah siap siap , capai kunci bilik dan terus keluar . lepas fikir fikir and fikir , akhirnya decide nak pergi makan dekat tempat yang kami selalu lepak , mamak , Restoran Al-Bayan sebabnya aku dah ketagih dengan mee goreng dia kat situ . memang kalau makan sepinggan , nak mintak lagi sekuali . entah apa madrem dia letak tu lantaklah , yang penting Bismillah jangan lupa sebelum makan .

#SABTU , 9.45 PAGI , 20 OKTOBER 2012 *menyuap sesudu demi sesudu makanan ke dalam mulut*
lepas order dah sampai , memang makan tanpa toleh kiri kanan . tak kisahlah orang nak hempuk aku masa tu pun aku tak perasan . memandangkan perut dah lapar and berjoget joget samba mintak makanan . masuk suapan keenam , aku tertoleh ke aras dua orang sahabat yang berjalan masuk ke dalam restoran tersebut . lelaki , dalam lingkungan umur lewat 20-an . aku tersenyum sebab melihat keakraban mereka yang boleh nampak sejak mereka turun dari kereta sehingga mengambil tempat duduk masing masing yang betul betul bersebelahan meja aku . aku abaikan mereka and aku terus meneruskan suapan aku .

#SABTU , 10.10 PAGI , 20 OKTOBER 2012 *sendawa dan mencapai surat khabar*
sambil berbual kosong dengan kawan aku , aku menyelak sehelai demi sehelai surat khabar . kadang kadang pelik , macam manalah wartawan ni boleh dapat berita untuk setiap hari . ada je kes yang dia jumpa . sambil menunggu kawan aku yang tengah download movie kat mamak tu , sesekali aku scroll timeline twitter nak tengok mana tahu pagi pagi ni dah ada drama meletop kan . hidup memang penuh dengan drama *sambil berangan pasal masa depan aku* . tiba tiba lamunan aku dikejutkan dengan ketawa besar oleh dua orang lelaki yang duduk di sebelah meja aku . terus aku rasa dia annoying . tiba tiba aku dengar salah sorang daripada lelaki tu bersuara :

KAU SERIOUS YANG KAU DAH JUMPA SIAPA YANG KAU CARI SELAMA NI ?

nampak macam cerita yang menarik . aku selak satu demi satu surat khabar yang dah pun aku habis baca supaya takdelah nampak macam terlalu nak mendengar apa yang orang tu cakap . aku terus meneliti satu demi satu perbualan yang dia nak sampaikan sementara kawan aku masih leka menghadap screen laptop .

#SABTU , 10.25 PAGI , 20 OKTOBER 2012 *selak satu demi satu surat khabar yang dah habis dibaca*
biarlah hanya aku menggelarkan seorang lelaki bernama A dan seorang lagi bernama B .


A : kau serious ke yang kau nak kahwin dah ? serious ?
B : yelah , tak kan aku main main . nak kad jemputan kahwin aku . tengok nama betul betul kat kad jemputan tu .
A : kau gilalah . bukan apa , dulu kau memang susah gila nak dekat dengan perempuan . bila lepak sama , kau tak pernah meroyan nak cari awek ke apa ke , yang kau tahu hidup hidup dan hidup mesti diteruskan .
B : hahahaha *ketawa besar* , bukan apa yed *mungkin nama kawan dia* kadang kadang kau couple awal awal , benda tu tak kekal manapun . sebab tu aku tak fikir dulu . dululah , mana ada orang nak kat aku . aku bukan reti sangat nak usha usha ayat ayat perempuan ni . tapi aku yakin , jodoh tu ada jugak buat aku . tak kisahlah cepat atau lambat sekalipun .
A : macam mana kau boleh kenal dia ?
B : aku tak pernah terniat pun nak kenal . tapi sebabkan orang kata jodoh tu ada kat mana mana kan . aku percaya pada jodoh . jodoh ni pun mak aku yang pilihkan tanpa pengetahuan aku . aku tak pernah kisah pun dengan apa mak aku cakap pasal jodoh . dia dah carikan jodoh aku tapi aku cakap aku tak sedia lagi . sampai satu hari masa aku nak beli nasi lemak , just tinggal satu je nasi lemak . ada lagi sorang perempuan nak beli , aku bagi jelah dia beli . lagipun ada mee goreng . aku belilah mee goreng . bukan nak tunjuk sweet ke apa . tapi sebab aku rasa berdebar semacam je bila sebelah dia . meremang jangan cakaplah . nak tegur takut . seminggu lepastu selalu jugak aku terjumpa dia kat kedai sama beli kuih atau makanan . sampai satu hari bila mak aku tunjukkan gambar pilihan mak aku , rupanya tu perempuan sama yang aku jumpa kat kedai kuih tu .
A : *ketawa kuat* HAHAHAHAHA ! oh cinta nasi lemak lah ni ? habistu macam mana ?
B : lepastu aku start tegur dia and dah sampai sinilah . nak nikah dah pun .
A : babe , aku rasa cerita kau boleh buat filem . cinta nasi lemak *ketawa kuat lagi*
B : *tersenyum* itulah orang kata yed . jodoh tu kita tak boleh pilih . kalau kita percaya dengan ketentuan , akan ada buat kita . jangan berhenti berdoa , jangan terlalu mengejar , jangan terlalu berharap . tak mati manapun kalau takda couple couple ni yed . boleh je kau nak hidup . ada tu yang meroyan kadang kadang pelik aku tengok . sampai bunuh diri . tak faham aku .


#SABTU , 10.50 PAGI , 20 OKTOBER 2012 *masih termenung mendegar cerita*
lamunan aku tersentak bila kawan aku ajak balik . aku terus tutup surat khabar yang ada kat depan aku . menoleh ke arah dua sahabat yang masih meneruskan cerita . aku tersenyum bangun , lalu membayar harga makanan di kaunter . bila masuk dalam kereta , aku tersenyum and terfikir sendiri . ya , jodoh tu ada kat mana mana . kita tak tahu siapa . sebab itu semua rahsia Allah . nak tahu siapa , kita kena terus kuat untuk teruskan hidup . satu hari , dia akan muncul membawa cinta buat kita . insyaAllah .


NOTE : sebelum cintakan seseorang , cintakan dulu penciptaNya .