APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, October 14, 2012

saya rindu kamu

ASSALAMUALAIKUM

*dok terpacak tengah padang tunggu hujan turun* okay benda ni tipu semata mata . harini tak hujan macam hari hari yang lain . hanya panas menemani hariku sahaja pada harini . kalau cikgu BM hakoo baca ni walaweh dia terus luluskan aku tak payah nak hambik exam lagi . hari ahad yang indah lemah gemalai . sebab apa lemah gemalai , sebabnya esok isnin ye tak . and aku pasti malam ni pasti yang akan tweet . esok isnin ? OMG ! okay aku dah masak dah dengan perangai korang . cuma aku tak hadiahkan tembikai dalam nam bijik hempuk je muka kau . aku rasa dah lama aku tak guna ayat tembikai ni . its so lame . kena cari benda baru . sambung cerita tadi . lemaklah kalau tak nak isnin . mana lak kau nak campak dia . dah dah campak jejauh pasal sekolah kerja apa bagai ni . now nak cerita lak pulak kan siapa yang aku rindu . memang semua orang ada orang yang dia rindu , tapi tak semua rindu pakwe makwe dia kan . bagi aku yang single mingle ni *takde siapa kisah kau single , batak punya Aizat* so takde siapalah nak aku rindukan selain family . awww Aizat become so sweet . tapi rindu tu mesti ada sebab kan ? sebab apa aku rindu ? jomma baca . aku nak gi ambik pampers saiz dewasa buat lap air mata .




#AYAH ABD
dia ni memang hakoo rindu . even dia selalu call aku borak borak pendek kan *normal bagi semua bapa bapa sedunia* tapi aku rindu nak bercanggah pendapat dengan dia . kalau kat rumah wa cakap sama lu , apa dia cakap semua tak sama pendapat dengan aku . lepastu bila dah kenakan dia , aku masuk bilik ketawa sensorang sampai mengalir air mata sebab kelakar okay . kalau ayah aku tahu bukak link blog aku ni sekarang ni jugak dia freeze account aku . wakakakaka . okay ni tak lawak . mati papa kedana aku nanti . so dia ni jugak kalau kat rumah pun suka membuli , dia suka buat buat tak dengar . aku cakap sekali dia akan "hah ?" , ulang balik dia akan "hah ?" ulang balik dia akan "hah ?" lepastu dia ketawa sensorang . kau ingat dia tak pandai nak kenakan aku ?! lepastu habit dia kalau nak kejut aku , suka tutup semua bekalan elektrik kat bilik aku dan hanya tinggalkan lampu je , mati kepanasan aku dalam tu . dengan cara tu aku akan bangun dari tidur . tapi bila dia tidur aku nak buat camtu memang masuk neraka aku japgi sebab derhaka ye tak . bila dah jauh ni masatu lah aku rasa rindu dengan semua ni . swear ! *angkat dua dua tangan*

#IBU NORRY
dialah kawan , dialah ibu aku . dia ni kalau sehari aku tak kacau tak sah . dia ni penakut sikit . so kalau nak ke dapur tu selalu aku cakap ada mak cik jual karipap kejap lagi muncul kat tingkap lah akemenda semualah . sampaikan dia seret aku sekali ajak pergi dapur . bahana kau menakutkan orang lagi . bila dia masak aku suka dok berborak dengan dia . korek korek kisah cinta dia dengan ayah aku , bukan tahu nak menolong . duduk atas kabinet lepastu berborak je . menangis kabinet tu menahan beratnya bontot aku . kalau kat rumah dia yang paling sporting , nak gelak gurau bagai dengan dia pun boleh . sebabtu lah aku rindukan semua ni . dia suka bukak langsir bilik aku kalau aku tidur sampai tengah hari biar cahaya memancar kat muka aku . dia suka marah bila bilik aku bersepah sebab dia kata daripada situ kita nak corakkan attitude . dia memang suka membebel . lepastu bila aku tutup telinga dia ketawa . dia selalu marah aku bila bangun tidur je aku tanpa cuci muka terus makan breakfast , dia selalu suruh aku tolong dia kemaskan halaman rumah , dia selalu suruh aku temankan dia pergi beli barang . and aku rindu semua tu . serious... *duduk sambil nangis nangis hentak kaki*

#ABANG AMAR
ekekekekekeke *ni ketawa yang dia suka pakai* dia ni serious kadang kadang buat aku rasa nak ambil tali kapal pergi sebat dia . tapi dia ni baik . kalau dah datang gila dia , kau sampai dah tak terlayan and malas nak layan dah . tapi selalunya cuti dia tak sama dengan cuti aku kan , bila aku balik dia tak , bila dia balik aku tak . kemain nak bergurau senda bagai cuti ni kan dengan kami . but then bila raya tu semua bolehlah jumpa . haritu waa dapat duit raya daripada dia wooo . banyak tahu . wa bukak je wa sengih sensorang . dia belum kerja lagi , masih belajar . kalau dah kerja memang wa kikis duit dia sampai takde sesen pun dalam account dia . dia nak kumpul duit nak menikah anak orang tu belakang cerita , tolak tepi . yang penting wa dengan adik adik nak kikis duit dia . wa tak kira .

#SHYYRA
minah gilaaa ni kau jangan tanyalah kan kenapa aku rindu kat dia . dah namanya pun gila kan mestilah rindu . dia ni kalau kat rumah suka menyibuk ambil tahu pasal aku . bila aku balik rumah je dialah orang pertama yang akan datang bilik aku menyibuk nak tanya macam macam and nak cerita macam macam . dia nilah jugak yang aku suka buli and suka pow . adik perempuan aku sorang . sorang je dalam keluarga aku . so kalau kau nak ngorat dia . jumpa aku dulu , ada 99 syarat yang aku nak listkan . kalau tak nak pergi main jauh jauh . jangan nak cakap aku batak ke apa . aku sula sorang sorang guna buluh lemang sampai pecah rectum korang kan . sila google ye apa tu rectum . hahahaha . dia pun sama macam Ibu Norry aku , penakut , aku selalu bukak Voice Note pontianak kat lobang telinga dia sampai dia nangis nangis suruh tutup sebab takut . dia ni jugak yang selalu aku suka serabaikan rambut dia , dia ni jugak yang selalu aku suka ajak keluar pergi shopping tapi menghabiskan duit aku nak melayan beli barang dia . tapi dia punya gilaa sampai kau rasa nak ikat dia kat batu besar , lepastu golekkan masuk kat tengah laut . tapi dia pendengar aku yang setia... anyonyonyonyo *cubit cubit pipi dia*

#AIMAN
ni bukan Aiman Hakim Ridza vanilla coklat tu mahupun Aiman Rahman . ni Aiman adik aku yang pemalas sampaikan kalau makan pun dia boleh nak suruh orang suap even dah umur 12 tahun . dialah adik yang sangat manja . memang dia bongsu tapi perangai manja dia tu kalah budak tadika . dia memang rapat dengan aku , kalau boleh tidur pun nak sentiasa berkepit dengan aku . yang comelnya dia tak boleh kena marah sikit dengan aku . tak kiralah kalau aku tertinggi sikit suara dengan dia memang lepastu kalau aku panggil dia memang jadah haram dia tak akan layan or pandang . lepastu kalau aku dah belikan dia komik , terus haa baik . tapi dialah pemusnah segala komik aku . baca tak reti nak jaga elok elok . nak aku sumbatkan je dalam mulut dia semua komik tu baru dia tahu macam mana rasa rabaknya mulut . okay dah boleh masuk pembunuhan kejam . tapi siapa berani sentuh adik adik wa , memang wa kasi tumbuk muka dia sebiji . adik wa darah daging wa . berani nak cari pasal . eceh gangstaa konon . jumpa cikgu disiplin dah berterabur lari aku . nyenyenyenyenye *ketawa sambil jelirkan lidah* .

bila ceritakan semua nilah yang buat rindu aku kat mereka semakin bertambah . kadang kadang sampai aku fikir bestnya kalau aku ada sayap .bila bila masa aku boleh terbang balik . ataupun aku boleh alihkan rumah aku sebelah campus ni ke kan . memang takda masalah rindu bagai ni . tapi orang kata kalau kita rindu sebab kita fikir , sebab kita sayang . yes memang aku sayang mereka semua . macam orang kata , tak kisahlah kau takda siapa siapa kat dunia ni , yang penting kau ada FAMILY !


NOTE : even jahat manapun keluarga kau tu , akan ada sedikit perasaan sayang dalam hati mereka untuk kau