APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, November 3, 2012

4 Gadis

ASSALAMUALAIKUM

hari  sabtu ! hari yang , memang jadi kewajipan sorang sorang nak tidur sampai ke petang . tahu tahu bangun je dah boleh minum petang , takyah nak lunch and breakfast bagai . eceh bukan main tahu nak cuti je , tapi bagi yang dah nak SPM hambik kau tinggal sehari je lagi nak SPM . bunyi macam dahsyat kan tapi kalau tak nak takut , sehari ni kau darabkan dengan saat . so masa kau lama lagi . takyah nak risau . okay aku tengah buat kelakar ke ? dan hari sabtu ni jugaklah aku dapat idea untuk entry baru lepas dah aku hentak hentakan kepala aku kat batu lesung and cucikan otak aku dengan dynamo white . dia punya tajuk entry macamkan hebat je kan 4 gadis . macamkan nak kahwin bebanyak je . tapikan 4 gadis aku nak ceritakan pasal 4 orang gadis yang mana bagi aku adorable , elegant and gorgeous . sebabnya masing masing ada aura and cara tersediri . ni aku punya pilihan , yang korang lantaklah nak suka siapa . even kau suka Rosnah Mat Aris dengan Azwan Ali pun takda siapa kisah . lepas dah aku kaji and tapis satu persatu gadis gadis yang berlegar dalam kepala aku , akhirnya aku muntahkan 4 orang gadis yang mana berada di senarai teratas dalam kepala aku , tapi yang penting , Ibu Norry aku tetap nombor 1 dalam hati aku *peluk Ibu kekuat keketat*


#Gadis 1 : YUNA
dalam kepala hotak aku mesti dia ni je yang selalu pertama menari nari shuffle . bukan apa , wa dah minat dia sejak dulu lagi . kira dia ni otai dalam kepala hotak wa . kalau kau hulur aku Naomi Campbell pun dia ni tetap gak aku pilih and tolak Naomi masuk tangki tahi gajah . Yuna ni dia ada tarikan dia tersendiri . even kau tengok dia ni macam cool , macam slow je tapi bila dia make something memang kebabooom sampai nak terberak merah jambu kau ternganga tengok perfomance dia . aku suka tengok cara dia , gaya dia and apa semualah dari kepala sampai hujung kuku kaki dia . setiap apa yang dia buat tu comel bagi aku . kau cakaplah dia pakai turban tu macam nak kesawah ke , macam nak pergi tanam padi ke , tapi bagi aku tetap anggun dan elegant macam nenek aku zaman 20an *tenung gambar Yuna* aku bukan gila bayang lah , kwahajo aku tepek muka sorang sorang dengan inti karipap baru tahu . even ada yang pelik kenapa orang suka Yuna , cubalah kau suka dia , and nanti kau akan terus suka dia . kadang kadang ada yang tanya aku "kenapa Aizat suka Yuna ?" , tak dapat aku nak jawab kadang kadang sampai dah aku Google cari jawapan . minat tu datang sendiri . tak kan aku nak jawab "sebab Aizat suka tengok tahi hidung dia melekat dalam lubang hidung dia" pulak kan . macam korang minat KPop , minat Bieber apa jadah tu semua kan , macam tu jugaklah aku minat Yuna . Yuna , I Lebiu three four five . ecewah *lari masuk dalam jamban duduk cangkung tutup muka*



#Gadis 2 : FAZURA
ni lagi sorang gadis yang bagi aku orang akan terpegun bila tengok dia sampai nganga mulut tengok dia bila lalu depan kau . memang aku tahu ramai yang menyampah dengan dia sebab kata dia sakai gediklah , sakai perampas boyfriend orang lah . ecewah mengalahkan boyfriend kau pulak dia rampas kan . tapi dia ni at least gedik semulajadi . ada tu yang gedik buat buat dekat lelaki buatkan aku rasa nak ambik tangki air hentak tepat kat dahi dia . geli kadang kadang , konon over nak tunjuk kat semua yang kau ada boyfriend tapi bila kena tinggal melalak sampai sanggup nak minum clorox . lempang kang sampai senget bibir ke pipi baru tahu . okay berceramah motivasi pulak aku . sambung balik kat cik awek Fazura ni . Fazura jadi no 2 dalam carta kepala hotak aku sebab aku tengok dia ni natural , tak fake sangat . kalau pasal mekap tu lantak dialah nak tebal buku teks sekalipun , tapi bagi aku cara dia layan orang , cara dia senyum tu semua ikhlas je aku tengok . yang benci dia tu aku tahu even dia kelip mata pun kau dah menyampah kan . tapi dia ni bagi aku salah satu daripada gadis or selebriti yang jelita kat Malaysia ni . kau tengok gaya dia kau dah tahu dah . dulu dia takdelah cantik macam sekarang , dulu rambut pun malas nak sikat , main selak selak je guna sikat doposen , tapi sekarang Fazura dah cantik , jelita , mahal and bla bla bla . melambung kau aku puji dia . kalau Fazura baca entry ni pun buat dia menyampah je tengok ayat ayat aku . sadlife tapi yang penting kau kacau Fazura dengan Yuna aku , aku pukul buku lali kau dengan botol syampoo . *Google gambar Fazura*


#Gadis 3 : DEMI LOVATO
ini dia Cik Adik Manis Demi . kau tengok muka dia pun dah boleh buat kau senyum sensorang sebab dia gila babeng bapak umakyay punya comel . kalau dia ada depan aku dah aku tarikkan pepanjang pipi dia sebab terlalu comel , biar gelebeh sampai ke pusat pipi dia asalkan aku puas tarik pipi dia . actually dia ni bintang Disney Channel macam Celenah Gomehh (Selena Gomez) dengan Meleyy Cerus (Miley Cyrus) tu . aku yang tua bangka bajet bebudak ni kekadang rajin gak nak bukak Disney Channel semata mata nak tengok cerita Sonny With A Change . dalam tu ada dia . nanti aku senyum senyum ah sensorang tengok dia . actually aku suka tengok cara dia yang selamba and gila gila tu , nak nak senyuman dia yang tunjuk semua gigi dia tu serious bapak comel *sambil tangan hehentak meja makan* . sebabkan muka dia ada iras iras adik sedara aku yang 4 tahun , puas dah aku membuli adik sedara aku tu sampai dia naik takut dah jumpa aku . bila jumpa je aku dok tarik pipi dia pepanjang . siapa je tak takut kan . aku ni punya perangai tak boleh tengok orang comel , nanti aku rasa macam nak capai lesung batu pergi baling kat muka comel dia je . rasa jelah , bukan buat betul betul pun . kalau buat bebetul mahu aku dipijak sampai kepeng oleh orang ramai sampaikan mak ayah aku pun dah tak kenal siapa aku . tapi wa cakap sama lu , Demi Lovato ni memang comel , bukan takat muka dia je , suara dia pun sama . ni aku dah cop , korang nak pergi pilih yang lain . aku tak kira , kang tak memasal aku hentak dengan nam biji tembikai kat dagu kau kang . *ikatkan tocang rambut Demi*


#Gadis 4 : FATIN LIYANA
ini dia jugak gadis bertudung yang atotototoooo kebabommm umakyay comel tahap gaban . Fatin Liyana ni blogger . nak bandingkan dia dengan aku memang tak boleh , serious dia lebih hebat , aku ni blogger cikai tepi jalan je . ditambah pulak dia ni pelajar jurusan Medic kat Indonesia tapi dia rakyat Malaysia . kalau siapa yang suka blogwalking tu mesti kenal dia which is blogger ketiga terhebat kat Malaysia ni selepas Hanis Zalikha and Ben Ashaari . aku suka dia sebab perwatakan dia , cara dia and penggunaan ayat dia dalam setiap apa yang dia cakap and tulis . bakal menjadi adik ipar Maria Elena . siapa je tak kenal kakak youtube yang cool and selamba tu kan . tapi bukan si Fatin Liyana tu yang kahwin dengan adik Maria Elena , tapi abang Fatin Liyana yang kahwin dengan Maria Elena . ok aku rasa tak perlu aku nak terangkan salasilah perkahwinan mereka ni . tak memasal kena terajang dengan pembaca blog aku yang dua tiga ketul je ni . blog Fatin Liyana memang kalau sekali kau baca dah jadi ketagih tapi aku dah jarang kesana . kesian Fatin Liyana rindukan Putera Mahkota dia ni . wakakakakaka ! nak berak ungu aku baca ayat aku sendiri . yang tak tahu link blog Fatin Liyana , korang boleh click link ni : FATIN LIYANA PUNYA BLOG LAH ! . rasakan kegelian perut kau nak ketawa menangis nangis baca blog dia , cool gila babe wa cakap sama lu . lepasni kalau rate blog aku menurun mendadak aku tahu dah kenapa and aku kena upah agensi untuk menculik Fatin Liyana . mohon Fatin Liyana tak baca blog aku . amin *sambil cubit cubit bahu Fatin Liyana*


*tutup buku Kamus Dewan Hati Aizat Abd* okay cukup dah aku ceritakan 4 orang gadis yang menduduki tangga teratas selain daripada keluarga aku sendiri , and yang utama Ratu Hati aku , Ibu Norry . diorang ni semua ada cara tersendiri , ada tarikan tersendiri . kadang kadang kau sendiri pun tak tahu kenapa kau boleh suka kat dia kan . tapi diorang ni semua memang gadis hebat . and susah kau nak tackle macam tu je . personaliti masing masing yang berbeza tulah jadikan mereka disenangi oleh semua orang . tapi kalau ada yang nak benci tu , benci jugak kan . tapi ni baru setakat nilah , mana tahu tetibe muncul gadis yang umakyay bukan main cun kan , pasti kedudukan mereka akan goyah . ecewah cara aku cakap mengalahkan perempuan ni semua nak tergila gilakan aku je kan . dah aku kata ni setakat minat je kan , dah aku hempuk korang sesatu guna pintu kereta jangan tanya kenapa . dan dan aku rasa macam terlalu awal je kan nak cakap , tapi lantaklah daripada aku lupa terus . yang nak SPM tu goodluck ! fighting fighting ! jangan kerja nak meniru je , kurangkan sikit tidur tu . kalau rasa nak tertidur geletek tapak kaki sendiri , mesti rasa nak terkencing kencing ketawa . jangan lupa sebelum buat tu baca doa semoga apa yang korang usahakan selama ni , itulah yang korang akan dapat . GOODLUCK !


NOTE : masa zaman 2020 nanti , agak agak kita jawab SPM bukan atas kertas maybe , atas IPad , boleh Google . straight A's !