pagi indah aku yang nyaman lagi harmoni dispoiledkan oleh si gila boncet adik Shyyra aku . ecewah bahasa melayu aku kalau cikgu BM aku nampak memang mati aku kena radak kat perut dengan roda basikal . actually plan aku harini nak tidur sampai ke tengah hari selepas subuh , tapi baru je aku nak tidur sambil dengar lagu beghunoo mars , tetibe adik aku bukak lampu bagai tarik selimut semata mata nak cakap kat Ibu Norry aku suruh ambil order kat McD pukul 9 nanti . so aku tak boleh tidur sampai pukul 9 sebab nanti takut terlajak sebabnya sekarang dah pukul 7 . aku kena duduk terpacak je sementara tunggu pukul 9 . okay fine okay fine okay fine . Shyrra yang dah janji nak pergi sama dengan aku tetibe tak jadi nak ponteng sekolah sebab nak pergi jumpa cikgu katanya . pigidaaa kau nak pergi hadap crush kau , alasan nak jumpa cikgu . dah aku tocangkan rambut kau baru kau tahu kenapa . then lepas Ibu Norry dah letak duit atas meja , dia pun gerak pergi office dia . katanya dia tempah 40 set McD . memang aku ni power rangers nak angkat semua benda tu sensorang . yang aku hanya mampu tenung duit atas meja tu sambil telan susu full cream and roti bakar depan mata aku .
dalam pukul 8 lebih aku pun dah bersiap . sambil tu senyum senyum depan cermin sambil puji diri sendiri macam Aaron Aziz . malahan Aaron Aziz pun kalah , indahnya hidup katanya . kalau rasa nak upah pembunuh culik aku and kerat 19 masuk dalam lobang jamban dah boleh dah sekarang ni aku rasa . lepas dah memuji diri sendiri , then capai duit , capai kunci kereta , terus masuk kereta . tengok duit dalam wallet tinggal 5 hengget . lupa nak pow Ibu Norry . kang aku dah terguna duit dia bagi tu tak cukup pulak dengan nak bayar 40 set Mekdi tu . tak memasal aku kena kerja cuci jamban mekdi nak bayar semua tu kang . lastly aku singgah je ATM withdraw duit . keluar 50 hengget je tak boleh bebanyak . aku ni boros nak mati , 10 hinggit tu boleh habis dalam masa 10 minit je . then sampai mekdi aku pun nampak lah akak akak cashier tengah sibuk dok betulkan tudung apa semua kat screen order tu . kat situ pun boleh dia jadikan cermin , umakyay kakak kakak sekarang dah tahu melawa je kerja . sampai je kat kaunter dengan sapaan yang ramah dia pun cakap :
*tulisan hijau kakak tu cakap , tulisan kuning aku yang cakap , tulisan pink Ibu yang cakap
"SELAMAT PAGI DIK , NAK MAKAN SINI KE BUNGKUS ?"
dengan selamba gajah aku pun senyum and jawab dengan niat nak bergurau di pagi yang hening harmoni wekk wekk kedabomm ni :
"OHH BOLEH MAKAN KAT DEPAN CASHIER NI EH KAK ?"
kakak tu hanya ketawa je , aku tahu dalam hati dia mesti dah !@#$%^&* sumpah seranah aku . then aku pun tanya , "EH KAK , YANG ORDER 40 SET MEKDI TU DAH SIAP TAK ?"
dia pun buat muka pelik sambil pandang kat belakang . "YANG MANA SATU EHH ADIK ? AKAK TAK DAPAT ORDER PUN"
aku pun dengan muka risau ala ala terkejut pun cakap "HARITU ADA ORANG CALL SINI CAKAP NAK AMBIL PUKUL 9 . KENAPA TAK SIAP LAGI KAK ? NI DAH PUKUL 9.30 DAH" , sambil aku buat muka kesian . tapi dalam hati aku macamkan nak ambil mesin duit tu campak kat muka dia sampai bengkak . aku kalau bab berlakon nak buat muka sedih kesian memang takda siapa boleh kalahkan *flip hair sambil cabut sesatu bulu hidung*
*ketawa kecil sambil tutup mulut* "ADALAH ADIK , TAPI BELUM SIAP LAGI , ADIK TUNGGU KEJAP OK?"
kemudian aku tersenyum lebar . tapi dalam hati aku !@#$%^&* . memang dia suka bergurau kan , ni kes nak balas dendam aku kenakan dia ke apa ni . then sebabkan aku malas nak hadap kaunter tu lelama sebab orang kat belakang aku dah mengalahkan nak beli tiket bas balik raya , then aku just order large breakfast set . makan tak nak kalah kan , nak yang besar je . kalau bab menelan makanan kau sumbatkan je kat aku . pasti pinggan je aku tinggalkan . then ambik baki yang penuh dengan duit sehinggit tu , aku pun bawak makanan , nak duduk aras bawah orang pepagi ni melambak macamkan nak buat konsert kemerdekaan . then aku pun naik atas . rasa tenang macam ada kat taman bunga . aku ambik space belah tepi sambil tengok kereta lalu lalang sebabnya mekdi ni tengah jalan , bukan tepi hutan . ok aku lawak . tanpa buang masa aku pun makan perlahan lahan , kemudian dikejutkan dengan mesej yang terpapar :
"McD TAK SIAP LAGI KE ? DAH PUKUL 9.50 NI" *sah sah mesej dari Ibu kesayangan jiwa raga sanubari aku*
"BELUM PERGI PUN LAGI , TENGAH BERENANG KAT KOLAM MANDI NI" . kekekekekekeke . tersembur sembur makanan aku ketawa reply text Ibu aku . pastinya dia akan call aku tanya pasal ni .
20 MINIT KEMUDIAN...
aku turun bawah and semuanya dah settle . then bila aku bayar , berbaki lagi 30 hengget *hentak kepala kat cashier mekdi* . menyesal aku keluarkan duit and menyesal tak baca text Ibu 2 jam yang lepas : "DUIT IBU BAGI TU ADA BAKI , AMBIK UNTUK BREAKFAST KAT SANA SEMENTARA TUNGGU MCD" . tulah kau jadi anak derhaka lagi , kan dan kena panahan duit . lepas kakak cashier arahkan pekerja Mekdi angkatkan makanan tu semua masuk kereta , aku pun blah keluar dari Mekdi tu dengan muka berlagak . ecewah macamkan handsome je kan . kalau aku jadi akak Mekdi tu , dah aku ambik batang kayu buat mop lantai tu pukul leher aku yang berlagak ni . bila dah happy happy ni tetibe lak tengok minyak kereta berkelip kelip mintak nyawa . dalam kepala aku fikir , memang Ibu bagi duit based on pengalaman dia ke , pengalaman aku ? sini kau cuba tengok .
TOTAL DUIT : RM 30
LARGE SET BREAKFAST : RM 13.90
MINYAK KERETA : RM 10
ICE CREAM KAT PETRONAS : RM 2
BAKI : RM 4.10 *masuk tabung sendiri*
actually aku kat rumah ada tabung , tapi baru masuk sehari , esoknya dah korek keluarkan balik . kekekeke . then bila sampai kat station minyak , aku pun korek poket belah kanan konon tak nak guna duit sepuloh hengget nak guna duit singgit singgit yang tebal tu . bila aku selak sesatu duit tu , tetibe terselit 50 hengget kat duit tu . aku duduk balik dalam kereta and pikir . kau bayangkan . begini jalan ceritanya *harini belajar matematik*
DUIT : RM 50
LARGE SET BREAKFAST : RM 13.90
BAKI SEPATUTNYA : RM 36.10
tapi...
BAKI SEKARANG : RM 85.10
kaya tak hakoooooooooooooooo ?! hanya pergi ke Mekdi je dah mampu buat duit aku berganda . dalam kepala hotak aku fikir yang akak ni mesti silap bagi baki . sebab dia dah gelabah ramai customer sampai tak sempat nak recheck baki aku tadi . yang aku lak memang jenis malas nak kira baki terus sumbat je dalam poket . memang orang selalu keliru antara duit singgit dengan duit lima puloh . kiranya duit seringgit yang lama sebelum dia tukar jadi duit plastik tu . mohon DS Najib tukar warna duit lima puloh tu jadi warna merah jambu . baru ramai gegadis jadi mata duitan semata mata nak duit warna merah jambu . then lepas isi minyak tu aku ambil keputusan nak pulangkan balik duit tu . baik kan aku ? contohi nilai murni ni . kalau ada kena buat karangan pasal nilai murni , jangan lupa letak watak utama dia aku . lagipun aku cuak gak nak guna duit yang tak halal ni , sebabnya kalau tak perasan takpe . ni aku dah perasan pulak kan , menyesal tak sudah haaa . tapi takpe daripada aku berlandaskan nafsu syaiton ni , lebih baik aku pulangkan . sampai kat Mekdi tu , aku masuk and kakak tu senyum and cakap :
"KENAPA DIK ? TERCICIR BURGER SATU KE ?" *sambil senyum lebar sampai ke kepala*
ni kes perli ke memang betul nak tanya ni . then aku just cakap "NAK TAMBAH RM 50 DALAM CASH MACHINE AKAK AND AKAK BAGI SAYA RM 1" *nampak tak kedekutnya aku sampaikan singgit pun nak berkira*
lepastu dia buat muka pelik and aku pun terangkanlah segalanya . malas aku nak cerita kat sini . yang ni punya cerita pun dah mengalahkan karangan SPM . lepastu bila masuk kereta balik , aku tengok dah ada 13 miss call . tudiaaaa daripada siapa kau tak payah tanya . daripada si Ibu tercintaaaa yang dah tunggu aku selama 1 jam lebih . apedehal , alasan aku :
"KAKAK MEKDI INGAT IBU ORDER 20 SET JE , DIA LUPA TENGOK ORDER"
lalu kakak Mekdi akan dipersalahkan . nak hidup kena bijak untuk mencari alasan ! okbai *sambil curik curik makan fries yang melambak dalam kereta*
*ni pow Ibu Norry punya ayam goreng mekdi lepastu agak poyo nak ambil gambar ceni