ASSALAMUALAIKUM
bangkit selepas cuti selama sehari . ecewah bangkit tu macam nak seru hantu mintak nombor ekor . cuti sehari macam hari selasa aku rasa tak berbaloi . kalau cuti hari jumaat or hari isnin tu bagi aku berbaloi gila nak mati . lama sikit terasa cuti tu . tapi nak buat cemana , tak kan sesuka aku je nak ubah calender . dan seperti biasa , bila menarinya tangan aku atas keyboard laptop ni , mesti terciptanya satu kisah . tak kiralah kelakar ke , sedih ke , marah ke , asalkan ada cerita yang aku nak ceritakan . korang usha usha tajuk entry pun dah nampak pelik ye tak . meskipun *tatabahasa sangat* entry kali ini bunyinya agak menjijikkan dan menunjukkan ketidaksenonohan aku sebagai manusia , tapi ada terselitnya pengajaran kat situ . rugi tak baca , kalau baca pun rugi . acane tu ? so kalau kau rasa korang membuang masa baca entry kali ni , button pangkah ada kat belah kanan . click je , settle .
AHAD HARITU...
aku ditinggalkan keseorangan di rumah . cerita nak sadis bagai kan . actually ada wedding kat Johor . kira cousin jauh belah Ibu Norry . so disebabkan esoknya aku kena pergi office , memang terpaksa aku batalkan niat nak kesana sebabnya mungkin diorang tidur sana sampai selasa , kalau aku pergi tergadai cuti aku . buat penat aku terkinja kinja sebab gembira nak pergi , lepastu pikir balik yang esoknya aku kena kerja . nak tak nak aku kunci pintu bilik buat buat merajuk . kahkahkah ! cinderella sangat . boleh je nak ambik emergency punya MC tapi sebabkan aku ni berdisiplin , malas aku nak ambik cuti tu *membangga diri amalan syaiton , jangan ikut* . lepas dah babai babai family aku , diorang pun bertolak meninggalkan aku sebatang kara di rumah . nak kata kejam tak boleh jugak , aku yang menggedik tak nak cuti . tetibe....
kriukkk kriukkk kriukk
ok bunyi perut dah lapar . aku pun pergi dapur cari cari makanan . lunch apa semua cukup dah untuk buat aku makan 2 3 hari punya . tapi sebabkan harini nak jadi tekak western , aku tutup balik periuk tu tak jadi nak makan . haa berlagak kau . bukak freezer ambik air masak then minum . ok tak perlu rasanya aku nak bagitahu yang aku minum . tutup je freezer ada satu kertas terjatuh , bila aku angkat , tertulisnya :
"LEPAS MAKAN , KELUARKAN BAJU DALAM WASH MACHINE THEN SIDAI , NANTI HUJAN TAK KERING BAJU TU"
kan aku dah cakap , macam cerita cinderella . nak tak nak aku sidailah sebelum baju baju tu semua bau kepam mepam . kalau kat sini bahasa melayu aku memang tunggang langgang . sukahati mak apak aku je dok bantai apa aku nak cakap . lepas sidai baju bagai , aku pun capai handphone then text Jue and Adah setelah perut aku sudah mem-vibrate sebanyak 3 kali . nak ajak Ayed dengan Danny belum tentu waktu ceni dia dah bangun . memang membongkang tak ingat malam ke siang . kalau kau bacakan Yaasin depan dia pun belum tentu dia bangun . tak payah nak cerita pasal aku bersiap apa semua bagai , jom je lompat ke cerita selepas bersiap .
SEJAM KEMUDIAN....
sampailah mall . tengok orang macamkan ada perarakan kemerdekaan . punya bapak ramai . dengan sesak barak jammed mampu untuk buat aku buat kuih raya , bakar and siap susun dalam bekas sebab kitaorang tersekat dalam jammed hampir sejam lebih . nak tak nak kau kena hadapi jelah . melainkan kat sini ada kereta terbang . dah cari parking , masuk mall baru lega . dada aku ni punya lega macam gajah 4 ekor keluar dari dada aku . tengok kiri kanan orang punya ramai , sampai kau nak jalan pun tergesel gesel bontot . benci aku orang dok ragut teruna bontot aku . ok tak kelakar . sebabkan nafsu makan yang rakus and membuak , kitaorang pun pikir nak makan sana sini apa semua , then last last pergi pizza . kenyang tak kenyang tu tolak tepi . daripada tak makan langsung kan . bila capai je menu , masing masing dah mula rakus . order tak nak kalah , macam lepasni nak darurat . bila makanan sampai , masing masing dah termenung kekenyangan salahkan satu sama lain sebab order terlalu banyak . apadehal , take away sudah .
PERINGATAN ! PIZZA UDANG TEMPURA YANG BARU TU TAK SEDAP LANGSUNG !
entah kenapa aku rasa macam mual je makan benda tu . mungkin sebab terlalu banyak cheese kot . nak tak nak telan gak 2 slice . then lepastu aku membaham meatball je . bila dah makan banyak benda , perut pun mula sakit . tandanya apa ? tandanya nak berak . pergh perut aku punya sakit tak dapat aku gambarkan macam mana . gampang kan ayat ? sementara diorang nak gi shopping shopping tu , aku cakap aku nak berak . memang sakit perut . dan satu habit aku kan , bukan kira habit lah . kebiasaan mungkin , kalau pergi mana mana mall ke , airport ke , RnR ke , mesti aku akan merasa tandas dia . bukan dok jilat jilat lantai or dinding tandas tu , tapi mesti aku rasa macam nak terkencing or terberak . sambil sambil tu aku dok tengok and judge tandas tu macam mana . tandas paling best tandas airport dengan mall . yang lain punya tandas dia punya kotor macam nak mintak penampar aku je .
masuk je tandas aku tengok tak ramai orang , aku pun pilih tandas paling hujung . selamat . bukan apa , mana tahu ada terbunyik bunyik ke kan masa yak yak tu , takdelah orang dengar . masuk masuk je aku tengok tandas jenis duduk . okay lahtu , memang peberet aku . kalau cangkung ni buat sakit kaki aku je . then bila dah selesai menanggalkan apa yang perlu , nak duduk je aku stop kejap . dalam kepala aku terpikir memacam . pikir ada orang terkencing lah kat tempat duduk tu , terberak lah kat situ , lastly aku decide cangkung je atas tempat duduk tu . tak senonoh kan perangai ? takyah kau nak bayangkan cemana keadaan aku time tu . kalau ada CCTV kat dalam tu , dah berdekak pak cik tu hentak hentak meja ketawa tengok aku dalam CCTV tu . sambil aku membuang sisa kumbahan tu , sambil tu aku menghayati segala contengan yang ada kat pintu tandas tu , macam macam aku baca . yang terserlah kebingaian seseorang bila dia tulis camni :
"BAPAK KORANG MAIN CONTENG CONTENG KAT SINI , JANGAN CONTENG LAH !"
nampak tak bingai ? abistu yang dia conteng jugak tu kemenda ? ke dia ingat tu ada pertandingan mewarna ? sebab malas nak pikir , aku pun ambik handphone dok tweet tweet reply mention , reply whatss app . bila orang tanya "AIZAT BUAT APA ?" , aku jawab tengah jenjalan . padahal....
SELEPAS SELESAI...
lega pun setelah membuang segala sisa perkumuhan . tapi belum flush lagi . pengotor gampang . mana sempat , kejap lagi baru flush . sebab nak tengok ia berlalu pergi seketul demi seketul sambil mengucapkan selamat tinggal . lepas dah pakai apa yang patut semua , aku pun dengan happy tekan button flush .
"eh tak keluar air ?"
kata aku sendirian . aku tekan lagi kuat kuat . masih tak keluar lagi . sudah ! mati aku . mati . kat luar aku dah dengar suara suara orang berdekatan dengan tandas aku . mati kalau dia masuk sini , mati aku malu . aku pun capai paip , then bukak . dah namanya tandas hujung , air mesti dah disedut oleh tandas lain . bila bukak paip je , cinonet je keluar .
then aku pun simbahlah dalam toilet bowl tu dengan gigih . punya lama dia nak pergi jangan cakaplah . memerlukan erti kesabaran yang tinggi . siram punya siram , tetibe , air tu jadi kuat secara mendadak . aku pun apalagi , terkejut beruk . beruk pun tak terkejut macam aku . then terlepas paip tu lalu terkena cardigan aku . aku pandang cardigan aku , pandang paip tu , pandang cardigan aku , pandang balik paip tu . lepastu aku pijak paip yang tak bersalah tu sebab terbakar + marah punya pasal . nasib baik aku pakai shirt kat dalam . kalau aku tak pakai shirt ke , tak ke nak kena bogel . half naked baby . ok lucah . then aku simbah "BENDA" dalam toilet bowl tu kuat kuat , lalu dia pergi . sebab bengang punya pasal , malas aku nak cakap selamat tinggal . lantak sama dia .
lepas dah selesai apa semua bertarung bagai dalam bilik air , aku bukak cardigan , then tengok lantai . ok lantai penuh dengan air . tengok kat bawah pintu , macam ada tapak kaki orang , argh pergi lantak sama dia . aku pun bukak pintu , nampak ada sorang remaja terpacak depan aku pandang aku , then tengok baju aku . apehal ? aku buat buat betulkan baju , then jalan secepat yang mungkin keluar dari tandas durjana yang meragut maruah aku sebagai pengguna . kurang ajar punya tandas . blacklist dah lepasni . moral of the story , kalau korang nak buang air kat mana mana , tak kiralah tandas petrol pump sekalipun , checklah flush boleh guna ke tak , paip ada air ke tak . nanti tak memasal kau malu macam aku . memang rasa macam nak pakai topeng power rangers je masa tu .
sampai je kat kawan aku , diorang pun cakap :
"KAU BERAK KE KAU BUAT MOIST CAKE KAT DALAM TANDAS TU ?"
aku senyum and cakap dalam hati , "tak , aku berperang dengan sisa kumbahan aku sendiri"
ada satu restoran Toilet Bowl kat Melaka . larat tak nak makan kalau macam ni ?
NOTE : lepasni nak cipta tandas yang boleh tolong cucikan ehem ehem kita secara automatik lepas yak yak . boleh ?