APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, December 22, 2012

kfc , silap dan bengang

ASSALAMUALAIKUM

hari sabtu yang indah lagi menawan hati sanubari . kalau waktu sekolah ni memang semorang terhegeh hegeh batak dok tunggu hari sabtu ni . bukan apa , semua pikir nak cuti je . boleh keluar dengan boipren , gelpren , bapokpren dan pengkidpren . sejak dah jadi warga tua ni , aku dah malas nak pikir hari apa . kengkadang sampai hari pun boleh lupa , punya bengap . dan setiap hari yang berdetik kurasakan semakin boring . bukak facebook bosan , bukak blog bosan , bukak twitter bosan . nak harapkan myspace ? Tom Anderson pun belum tentu lagi online ke tak . memandangkan tertulisnya satu kisah yang terjadi semalam . aku gagahkan jari ini menari nari mengikut rentak minda lalu tertulisnya entry baru "kfc , silap dan bengang" . clap your hand ! hoyehhhhh . okay kegampangan melampau . bahasa melayu aku semakin hari semakin membanggakan kan ?

*flashback !

SEMALAM...

kelingggg kelingggg kelingggg ! *bunyi message

*bukak mesej*

"ABANG , AIMAN DAPAT SURAT TAWARAN ASRAMA , SMKA SULTAN MUHAMMAD . BALIK CEPAT OK . NAK PERGI BELI BARANG ASRAMA"

kekonfirm je dia terus accept nak masuk asrama kan padahal sebelum ni beriya iya hentak hentak mea bercerita kat aku yang dia tak nak masuk asrama , nak ulang alik je . kiranya nak sekolah harian biasa jelah . actually tulah sekolah yang dia dok kejar selama ni . dok sibuk setiap malam sebelum tidur cerita kat aku sekolah tulah sekolah nilah , padahal dia tak tahu aku dah pasang headphone volume paling tinggi sebelum dia nak mulakan cerita lagi . so aku senyum , then just reply "K" . character aku sebagai seorang ayah sudah mula kelihatan kerana semua ayah di seluruh Malaysia akan membalas mesej yang sangat penting dengan menggunakan huruf "K" . tak kiralah lima nam page kau dok taip bagi kat dia , yang dia balas hanya "K" . silap silap kes bunuh diri kat Malaysia ni , gantung gantung diri tu semua disebabkan membaca mesej yang dibalas dengan "K" . ok , aku rasa tak perlu nak cerita pasal "K" ni sampai satu perenggan .

bila sampai rumah je aku tengok Ibu Norry , Shyyra and Aiman dah siap sambil tengok cerita ape entah kat hall . ewah , tak menyempat aku nak rest bagai . nak mandi apatah lagi . inikan nak berak pulak . memang tak sempat kau meneran diorang dah dok ketuk pintu toilet kau suruh cepat . baru je aku nak masuk bilik , Ibu dah cakap "TAKYAH MANDI , CUCI MUKA AND TERUS PERGI , BALIK NANTI MANDI . DAH LEWAT DAH NI" , tanpa menoleh ke arah aku . ada mata kat belakang ke apa . nak tak nak aku letak beg aku terus je keluar dengan berkemeja . "SUNGGUH BEKERJAYA" *getus hatiku* . keluar je rumah semua terkinja kinja dengan rancak sebab hujan dah mula turun dengan lebat . even dah hujan ribut segala , gigih jugak tu nak keluar . layankan aje . kang kena sumpah jadi batu sebab derhaka kang tak memasal je . then drive punya drive dah nak sampai dah ke Jusco sebab nak beli main things dulu , macam spender , baju and bla bla . malas aku nak ambik tahu . sambil sambil tu dengarlah yang Aiman tengah berborak dengan Shyyra kat belakang .


"kau betul ke nak masuk asrama dik ? seram aku"

"asal ?"

"kat asrama banyak hantu tau . ada nenek kebayan . ada pocong , ada pontianak meriam . macam macamlah . kawan akak selalu cakap , dia pernah duduk asrama . dia keluar asrama sebab kena kacau dengan nenek kebayan mengira"

"hantu kopek banyak tak kak ?"


lepastu memasing gelak sakan , tak sedar yang orang belakang dah hon hon sebab lampu hijau . eh gampang punya adik . aku ingatkan dia takut , rupanya menggatal . tengah cecari parking tetibe ada perut aku berbunyi bergoncang goncang . ok serious aku lapar . nak nak time hujan ceni , memang kalau dapat batang kayu pun aku gagah kunyahkan sampai lumat . bila dah jumpa parking mulalah cari barang sana sini . yang aku dok tolak troli kesana kemari , singgah usha awek , then tolak troli balik . lepastu main turun lif naik lif . macam takda life kan ? macam tulah cara aku nak hilangkan bosan bila ikut Ibu Norry pergi shopping . mungkin dia cakap "sekejap je kita pergi , tak nak lama , penat" tapi dia punya sekejap tu mampu untuk kau bermain bola untuk dua perlawanan . lepas settle bayar barang aku pun tengok jam dah nak pukul 10 lebih . lapar dia bukan main lagi . aku tolak troli terus je masuk memana kedai yang jual makanan . dengan troli aku kekejap tersenget ke kiri , tersenget ke kanan , sebab barang banyak . eh nak je aku langgar sorang sorang kat depan aku ni sebab bengang punya pasal . then kedai yang paling dekat dengan aku , KFC . tengok kedai lain semua suram macam nak tutup je . so terus masuk and order .


"hello encik , makan sini ke bungkus ?"

"saya ramai , tak boleh nak makan kat kaunter ni"

*kakak cashier tersenyum*

"order encik"

"2 variety bucket , ayam nak semua spicy , tak nak peha , nak garing and tak nak terlalu hangus" *godaan nafsu makan*

"okay encik , tapi ayam spicy kena tunggu lagi 20 minit ye . sebab baru nak goreng , boleh ?"

aku toleh kat arah Ibu and bisik ajak pergi KFC lain sebab aku malas nak tunggu . tapi Ibu cakap makan kat situ jugak sebab malas nak pergi tempat lain .

"okay , saya tunggu"


then aku ambil air and segala bagai yang dia hidangkan tu and cari seat yang selesa . barang yang beli punya banyak buat aku rasa nak humban satu satu keluar . buat semak and sempit tempat aku nak duduk je . bila terlepas pandang sikit mesti Ibu Norry akan cakap :

"EHHHH TENGOK BARANG TU , DAH BAYAR . NANTI HILANG KANG"

padahal jarak barang tu dengan aku satu ibu jari pun tak sampai . memang nak kena sentiasa pandang agaknya . tunggu punya tunggu tak sampai sampai jugak ayam KFC tu . yang table lain aku tengok dah mula mengunyah ngunyah dengan enak . membuat aku menelan air liur aku sedikit demi sedikit . nugget and segala side dishes yang dia bagi licin dah aku baham , yang main dishes ni tak sesampai jugak . aku toleh kat kaunter tengok orang dah makin kurang . shop lot area area sini pun dah mula nak tutup . aku tengok Ibu Norry tengah bergelak ketawa dengan Shyyra . yang Aiman lak tengah main angry bird . semua macam tak risau ayam goreng yang tak dihantar .

30 MINIT KEMUDIAN....

aku toleh lagi , aku tengok orang langsung dah takda kat kaunter . salah satu daripada pintu besi kat KFC dah diturunkan . eh tak boleh jadi camni . bengang pun ada gak aku rasa bila orang dah terlalu lembab camni . then aku terus pergi kaunter dengan muka yang serious .


"kak , ayam saya tak siap lagi ke ?"

"ayam encik ? no berapa ehh tadi ?"

"no 8 . takda pun"

"kitaorang dah hantar dah tadi . dah tick dah pun . so dah hantar"

"kalau dah hantar takdelah saya berdiri kat sini kak"


even aku dah cakap camtu pun dia msih tak percaya . dia siapa keluar daripada kaunter tu semata mata nak pergi table aku nak tengok betul ke tak apa aku cakap . jangan tanyalah terbakar ke tak aku time tu . nak masak bubur kacang pun dah boleh dah rasanya . then dia sampai dia tanya Ibu aku . yang aku nampak dari jauh Ibu hanya geleng geleng je . maknanya tak sampai lagilah tu . kalau tak caya gak , dia boleh jilat dulang dengan meja tu ada rasa ayam goreng ke tak . kalau takda rasa aku hentak kepala dia dengan baldi yang aku beli tadi . then dia datang balik cakap :


"maaf encik , kitaorang ingat dah hantar . encik boleh tunggu tak ? kitaorang goreng ayam"

"so maknanya ayam dah habislah ni ?"

"aah encik , yang tinggal original je . tu pun lima ketul . takpun saya bagi lima ketul ayam original , yang lain tu encik tukar dengan cheezy wedges and twister orange"

"kak , twister orange kat 7E pun saya boleh beli . masalah sekarang kami lapar , bukan haus"

"maaf encik . kalau macam tu encik duduk dulu , kami goreng ayam"


aku dengan ekspressi bengang terus je blah . terbakar je rasa . nak marah pun takda guna . nak mintak refund duit aku dah makan nugget segala tu . susah pulak nak kira nanti . macam macam benda bermain kat kepala aku . kalau aku jumpa tukang hantar ayam tu memang tak nampak dunia dah dia . brutal tak ? dalam 10 minit lepastu barulah dia hantar . tu pun macam takut takut . aku tengok sekeliling orang memang dah takda sangat . semua dah balik sebab nak pukul 11 dah . apa aku kisah , bukan salah aku order lelambat . then makan je macam biasa even table table lain semua dah bersih dikemaskan . nak makan punya pasal pun sampai camni jadinya . tapi nak buat macam mana , memang dah tertulis macam tu ye tak , nak bising camne pun benda dah jadi . lastly nak makan pun tak selera . bawak balik je benda tu semua sambil aku menolak troli yang berat gampang tu .


"terima kasih encik . maaf lambat . datang lagi"

dan aku , hanya mengangkat tangan tanda sama sama . malas nak bertekak .




NOTE : pagi tadi nak breakfast kat McD , yang ada hanya coffee je sebab mesin diaorang rosak . hampa betul .