ASSALAMUALAIKUM
aku rasa aku tak suruh korang jawab salam tu menjerit jerit bagai nak pecah urat tengkuk korang . cukup setakat kau jawab dendiam . macam biasa aku kalau bab bab nak mulakan cerita aku awal awal ni aku memang failed . kalau dah tetengah kang memang kau nak baca pun naik menyampah , merepek sana sini . sadis je kisah blog aku ni kan . selama 4 hari aku berpijak di bumi nyata ni tanpa menjengah alam maya *blog* , dapatlah aku satu cerita yang menarik . bagi kau kalau tak menarik tu kau punya pasal . takde hal pun bagi aku . yang penting aku makan berak tidur takda orang kacau . sekarang aku rasa kau dah boleh dekatkan muka kau kat screen , bukak telinga kau bebesar then jangan lupa nganga sepanjang masa kau baca entry aku kali ni . tak buat kau kena sumpah jadi tin biskut .
*******
semalam ,
YE ,
semalam...
YELAH ,
semalamlah....
tepat pukul 5 aku dah lari pergi thumb print sebab cecepat nak keluar dari office . bukan sebab aku nak cirit birit ke , usus aku tersumbat ke , tapi sebab aku nak kejarkan drive thru semata mata nak beli McFlurry . pergh , memang tahap ketagih aku kat benda tu kalah mat ganja . tapi takdelah sampai everyday aku nak kena makan . nak mati kena kencing manis kerat kaki , jalan pakai tongkat nenangis kat rumah . kau nak ? then sebab nak elak sesak punya pasal , aku macam orang bingai rerebut dengan membe aku semata mata siapa nak thumb print dulu . aku rasa kalau ada budak tadika kat situ pun ketawa tetonggeng tonggeng tengok aku dengan kawan aku berpelakuan seperti manusia yang cetek mindanya . keluar je daripada simpang office , mata aku terpaku , jiwa meruntun , seperti pecahnya hempedu dalam mulut kau , pasal apa ? jammed dia , umakaihhh sesak barak sampai kalau kau jalan kaki pun kena beratur . aku ingat akulah manusia paling awal keluar , rupanya ramai spesis macam aku yang pentingkan diri sendiri . jangan contohi perangai buruk hapak aku okay . take note ! *salin
bila dah tengok keadaan camtu , aku bagi signal belah kanan , then balik je . malas aku nak melayan beratur lama lama sampai 2 3 jam , lepastu dapat makannya cinonet je , entah entah punya gagah bagai aku beratur , McFlurry habis . kalau macam tu aku rasa kau dah boleh kerat leher kau sendiri lepastu kepala kau campak bagi buaya tembaga makan . dalam ondaway nak balik tu berapi api jugak kepala aku sebab jammed . aku pasang lagu then start nyanyi . cermin kereta nak retak 4 5 ribu tu dia punya pasal . yang penting nak tak nak dia kena dengar aku nyanyi . sebelum sampai traffic light terakhir nak kerumah aku , terdapatlah sekumpulan mat mat motor dok berhenti sebab lampu merah kan . okay kali ni aku salute sebab tahu pulak peraturan jalan raya . kang kalau ada yang langgar lampu merah , akan aku hambat sensorang lepastu kasi langgar . daripada dia kena langgar dengan lori bawak tong gas ke baik aku yang langgar , paling koman pun gigi depan patah dua batang ye tak . then aku pun tengoklah mereka mereka yang bergurau senda bersama pasangan masing masing . tak nak kalah , semuanya ada bawak awek . terdetik dalam hati aku :
"AGAK AGAK KALAU AKU HON NI TERPERANJAT BERUK TAK DIORANG ?"
aku rasa mereka sahaja yang terperanjat sebab tiada beruk di situ , yang beruknya perangai aku . tapi sebab aku nak elak masuk ICU kan mana tahu tak memasal kena hentak kat kepala , aku just tengok jelah diorang macam orang gayat tak pernah tengok manusia naik motor . then aku terpandang sorang awek cun dalam ramai ramai tu . aku tengok awek lain , semua tak se-cun dia . tiba tiba aku terpaku bila tepandang pemijak kaki motor awek tu lalu mulutku berkata kecil sambil ketawa menutup mulut dengan tangan kananku yang comel :
"WTFFF ! ADA BULU KAKI BANYAK ! FAILED"
confirm lepas kantoi dengan boyfriend yang bulu kaki dia banyak bapak ni terus break up...
*******
sampai rumah.....
tak sabar pulak aku nak dok mencotcet *bercerita* dengan adik aku pasal awek bulu kaki tadi . tapi yang sadisnya bila aku bukak je pintu bilik... *sound effect , beg kerja jatuh ala ala cuak cuak dalam movie* , bilik aku punya bersepah macamkan kapal bawak bijih timah terbalik lalu terdampar dalam bilik aku menyepahkan isi isi perut kapalnya . aku tengok bebudak ni takda pulak dalam bilik , bila aku check lagi sekali tepi katil , rupanya adik saudara aku dok main dalam bilik aku sampai tertidur . dengan komik aku tercampak sana sini , dengan baju aku sesepah . entah apa yang dia buat aku pun tak tahu . dan hasilnya , dia tertidur terselit celah katil . apakah ? nak marah budak kecik , nak kejutkan suruh kemas budak kecik , tapi hati punya terbakar , kalau kau nak masak kek batik pun dah boleh masak dah aku rasa . then aku letak beg , angkat dia letak atas katil aku . punya lena dia tidur sampai berpeluh peluh badan . nak tak nak terpaksa jelah aku kemas sendiri bilik tu . nak harapkan adik aku , belum sempat aku nak panggil memasing dah kunci pintu bilik bukak lagu kekuat . derhaka tak kau rasa ?
masa tengah sibuk sibuk kekemas tu , tetiba aku ternampak sesuatu yang familiar kat tepi meja aku , dan , benda nilah yang buat aku mula teringat balik kat zaman kekecik aku . sekarang kalau nak beli benda ni , tokei kedai tu pun hambat kau dengan tong gas kat kedai dia tu . and teringat jugak kisah aku masa kekecik .
*REWIND 10 TAHUN YANG LALU...
"Ira , aku ada beli ni *TORA* , kau takde , padan muka kau takda benda ni"
"Ini benda apa abang ? best ke abang ? Ira nak boleh tak ?"
"tak boleh , jom kita pasang sama sama , dalam ni ada coklat , sedap !" *kenkadang coklat dia buat lelempar je , yang penting mainan dalam tu .
then adik aku yang macam gayat pun datang . aku pun keluarkanlah sesatu nak tunjukkan kat dia macam abang yang mithali .
"Dapat kapal terbang ! kejap abang pasang lepastu kita main mainan ni sama sama tau ?!" *excited
"okay abang !" *excited jugak
10 MINIT KEMUDIAN.... *aku main bantai 10 minit , kekecik memang haram jadah aku tak ingat berapa lama .
"Okay ! dah siapp , jom kita main . kita makan coklat sama sama dulu"
"Coklat Ira dah makan , coklat dia sedap"
*nafas aku kencang turun naik turun naik
"Kau ni B*DO* ! aku nak jugak benda tu , kenapa kau habiskan ?!"
belum sempat dia nak cakap apa apa , tangan aku dah sampai kat perut dia . dah dia dok melaung sebab perut dia senak . bila dah melaung kau sekali Ibu Norry aku turun join . dia tahu kau selalu makan benda benda merepek ni mesti kau kena bebel punya . bila dia datang pandai pulak aku dok tutup mulut Shyyra jangan bagi melaung , rupanya Shyyra baru je makan sebijik coklat tu . ada lagi 5 biji dalam tu . bila Ibu Norry nampak memang kau kena soal siasat kalah En Polis yang selalu tahan kau masa roadblock tu .
"ada tanda halal tak ni ? kenapa makan coklat ? haritu kan dah makan ? tak takut sakit eh ? nanti ulat besar datang makan gigi tu biar takda gigi jadi macam ni nak ?" *keluarkan gambar
masa dia nak keluarkan gambar tu memasing dah terkinja kinja takut . takut sebab apa kau tahu ? kekecik dulu Ibu Norry suka cari gambar dalam majalah , macam gambar orang kencing manis ke , kanser mulut ke , lepastu dia tunjuk kat kitaorang . dia cakap kalau makan gula gula selalu , makan coklat selalu , macam nilah jadinya . kitaorang punya cuak macam nak tercabut nyawa . tak rasa macam nyawa kau di hujung kepala je ? ingat betul betul benda tu berlaku sebab budak budak mana tahu apa apa , lurus bendul . tapi naluri budak budak siapa je boleh elak kan , kenkadang bila pergi kedai memang sana ambik sini ambik , then ayah bayar . masa kecik kau rasa cara tu kejam , tapi bila besar kau pikir ada betul cara tu nak didik anak kau supaya tak ketagih makan gegula , coklat sampai rongak gigi depan and make sure setiap apa yang dia makan tu berkhasiat . bila dah besar kau sendiri akan terdidik yang kurangkan benda manis dalam kehidupan kau sebab dari kecik kau dah jarang makan benda manis kan . macam Ibu Norry sejak aku kecik sampai dah besar tu bangka ni , setiap pagi and malam dia dok paksa kitaorang minum susu full cream . nak tak nak kau kena telan jugak , kalau tak dia dok hadap kau dedepan tak nak berganjak . mana kau nak ? *nangis tutup mulut . tu jelah sebenarnya nak aku cerita pasal tora and zaman kekecik aku . pasal coklat pun boleh bergaduh kan . budak budak memang tak sah kalau tak bergaduh .
lamunan aku tersentak bila dengar suara orang memanggil nama aku . ayat ! novel sangat kan . rupanya ayah aku panggil sebab kunci kereta aku letak atas bonet kereta je . tak angkat . memang kaya raya kan kereta free free je nak bagi kat orang suruh curi . aku senyum tengok kotak tora tu , pandang tong sampah , pandang kotak tora semula , kemudian... BUANG !
TAMAT
NOTE : saya cadangkan supaya hadiah dalam tora / ding dang tu diletakkan permainan seperti PES2013 , angry bird , dota dan barbie .