APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Friday, December 14, 2012

padah menipu

ASSALAMUALAIKUM

harini *semalam* aku berkesempatan untuk meluangkan masa kat rumah dengan alasan demam yang tidak mampu untuk berkata kata . tak macam hari hari lain , dia punya busy nauzubillah sampaikan aku nak berak pun asyik tengok jam tangan je sambil fefeeling yang tandas tu punya suasana macam dalam taman , padahal dia punya kepam mampu buat ibu ibu mengandung keguguran . bila dah free ni macam bendalah yang aku dok terpikir nak buat , yang penting aku tak nak habiskan masa aku untuk berkebun . pergh guwa kalau bab bab nak sapu sampah depan rumah ni dia punya malas macam lu nak suruh gua cemolot Azwan Ali . memang guwa tak hingin . tak kisahlah kalau Ibu aku dah cakap 5 6 kali suruh sapu , sanggup aku upah adik aku suruh pergi sapu . budak budak , nampak duit depan mata semua sanggup kan . aku pun jengah bilik Shyyra , dia tengah fefeeling tengok majalah sambil senyum sensorang , entah apa yang dia pikir malas aku nak semak tanya . aku tengok bilik Aiman pulak tengah main PES . dia kalau ganti Rajagopal pun dah mampu dah tu . tiap hari dok hadap pagi petang malam , kau nak tidur pun dia still dok hadap , kau bangun pun dia masih hadap . gila tak kau rasa ?

tambahan pula *penanda wacana* disebabkan aku memang dah tercalon sebagai abang mithali 2012 *kalau bab kelontong bagi aku* , so aku pun dok raba raba punggung aku , bukan gatal kurap kat bontot ke apa , sebab nak check wallet aku , check check duit dalam wallet tak berganjak sebab dah practical ni lunch bagai dengan Encik Ayah , so kerja dok perabis duit dia jelah , nak makan cuma tunjuk , save duit poket sendiri , pergi office pun naik kereta dengan dia , indahnya dunia hanya aku je merasa , puih . so lepas dah check wallet tu , pikir nak bawak adik aku gi keluar jenjalan makan makan tengok wayang ke kan , tapi cerita baru semua macam jamban je takbest langsong . then rancanglah nak pi makan lama lama , yang diorang nak melantak apa sekalipun layankan aje . sementara tengah mewah sekejap kan , dah bankrup nanti dia ajakkan aku pergi kedai 2 hengget pun aku dah rasakan itu sebuah kedai yang mahal lagi mewah . so kalau memang dah namanya malas , nak panggil diorang jejerit pun aku dah rasa malas , aku bukakkan lagu Oppa Gangnam Style sekuat hati sampai habis volume , dua dua orang datang jengah bilik aku dengan ayat :

"KAU CIRIT BIRIT KE OR KUTU MASUK DALAM SELUAR KAU ?"

sebabnya aku bukak volume lagu tu sampai jiran selang 10 rumah pun boleh dengar . kalau tengah malam tu mahu dihalau aku sekeluarga keluar daripada rumah oleh Encik Ketua Kawasan . dan sebelum Cik Puan Bonda Ibuku menjerit mengeluarkan vokal lantangnya , aku pun cecepat tutup lagu tu daripada dia suruh aku tolong dia pergi buang sampah , omg , menatang tu pun aku malas nak buat . so takyah lah kau nak buatkan aku ni laki korang , nampak je muka aku calon suami terus reject ok ? then aku pun mula bersuara kepada dua orang adikku *ayat nak skema gampang

"KORANG NAK GI JOHNNY'S TAK ?"

dan mereka pun mula terkinja kinja kegembiraan bila dengar aku cakap camtu . siapa je tak terkinja kan orang nak belanja . kalau aku pun orang cakap camtu aku nak loncat terkinja kinja cuma keadaan aku yang sudah melangkaui usia tua bangka menyekat segala pergerakan aku . ecewah . sebelum ke-kinjaan mereka bertambah , aku kembali menyuarakan sesuatu :

"tapi kalau korang nak pergi sana ada satu syarat . kalau aku menang main saidina , cancel semua tu , kalau aku kalah , kita pergi"

Aiman menyekat percakapanku :

"eleh setakat main saidina , sambil aku cebok pun boleh kalahkan kaulah abang"

pergh dia punya perlekehkan aku macamkan aku ni tongkang sangat tak pandai main menatang tu . tapikan yang takbestnya aku ni bengap sikit kalau main dengan adik adik aku , tapi kalau main dengan kawan kawan aku , kawan kawan aku pulak yang bengap , aku tak . mungkin adik aku punya cara main bagus ke apa ke aku pun tak pernah nak pikir . tak kuasa aku nak semak kepala pikir semua tu . so diorang dengan semangat pun pergilah ambil saidina . lima minit aku tunggu tak sampai , masuk sepuluh minit pun tak sampai . aku punya membara nak je aku lagakan sorang sorang kat tangga , baru aku nak jengah diorang dah sampai . so mulakan lah game . punya bersemangat diorang ni nak main . punya baik siap nak bagi aku duit percuma 2000 , aku yang mata duitan ni hangkot jelah . duit saidina je pun , tak beri apa makna pun dalam hidup kau .

FIRST GAME - AKU KALAH

SECOND GAME - AKU KALAH

THIRD GAME - SEKALI LAGI AKU KALAH

memang sampai nak dekat 2 jam lebih dok menghadap menatang tu . yang akunya asyik bankrup , yang adik aku bukan main kaya raya buat hotel lima nam biji dengan rumah berbelas biji bagai sana sini . amboi tak nak kalah . sekali kena tapak dia memang pokai aku dok gadai gadai tanah yang aku dah beli , kemudian miskin lalu muflis . aku pulak jenis yang tak suka kalah . repeat game sampai aku menang . tapi repeat pun takda guna sebab asyik kalah je . yang Shyyra dengan Aiman dah terkekek kekek ketawakan aku sampai memasing pergi toilet sebab nak terkecing tak tahan asyik ketawa , derhaka .

makin lama aku rasa macam game dah mula pelik , sebabnya aku tengok mula mula Aiman dah guna dua dua duit lima ribu dia , sebab dalam game saidina , kau hanya akan dapat 2 keping sahaja duit 5000 , tiba tiba bila dia nak beli hotel , dia ada lagi 3 keping duit 5000 dan duit seribu dia sangat melambak . uihhhhh tak boleh jadi ni . aku diamkan je , aku tengok Shyyra pulak , dia punya geran tanah takdelah banyak mana tadi , tiba tiba bertambah pulak . ohh korang pikir aku bingai sangat tak boleh nampak semua tu . aku diam dulu , tunggu kejap duit Aiman habis baru aku pikir nak sergah dia kasi terberak dalam seluar pulak . patutlah dok baik pekena aku sumbatkan 2000 . konon nak kasi aku diam and nak tunjuk memasing baik . entah entah masa dok lama aku tunggu tu dah rembat awal awal duit 5000 dengan seribu .

bila habis je duit dia , on the spot aku cakap :


"aiman , kau berdiri sekejap"

"nak buat apa berdiri ? malaslah , sambung je main"

"nak berdiri ke nak aku yang dukung kau kasi berdiri"


lepastu diorang bantaikan ketawa dua dua orang biarkan aku kebingungan terkebil kebil pandang diorang macam orang baru lepas kena terajang . pergh tak boleh jadi , membara guwa tengok , sekali dengan dua dua orang aku suruh berdiri . bila berdiri je , bersepah terbang duit 5000 keluar kat bawah peha Aiman , lepastu yang bawah peha Shyyra pulak penuh dengan geran tanah macamkan orang kerja pejabat tanah dia punya banyak . ewah , pikir dia ambik sikit sikit and keluarkan satu satu aku tak perasanlah . ingat abang kau ni lurus bendul sangat .


"ohhh korang main tipu rupanya , dah cancel Johnny's . ini serious . takde Johnny's harini" *buat muka serious gila , lempar duit

"alaaaaaaa..... !"

"takdelah nak alaaa alaaaa ni , sekarang kau pergi keluar daripada bilik aku , takyah nak semak dengan duit bagai ni . keluar !"


then memasing cuak kelam kabut kutip duit melinjang linjang . sebabnya aku jarang marah diorang , tapi kalau dah marah diorang memang akan takut gila sampai naik pucat muka . nak tutup pintu bilik aku masa keluar pun slow slow takda bunyi langsung . yang aku dok hadap laptop buat tak layan apa diorang cakap . bila  diorang keluar aku dok bantaikan ketawa sampai aku pulak rasa nak terkecing atas katil . tulah sebabkan nak kena belanja je sampai sanggup menipu . padahal memang niat aku nak belanja pun . tapi sebab nak kasi ajar bebudak ni supaya jangan menipu , camnilah caranya . memang nampak kasar , tapi daripada kasar tulah nanti dia akan ingat sampai bila bila .

bila aku dah stop ketawa tu , bangun jap gi depan cermin lap mata aku yang dah berair dok ketawa . aku jengah masing masing tengah duduk berdua kat hall . padahal tibi dengan kipas tak bukak pun . entah apa yang dia ngumpat aku pun aku tak tahu . baru tahu rasa serba salah lah tu kat aku . Ibu pulak bantaikan perli diorang "TULAH , PADAN MUKA ABANG DAH MARAH , JANGAN MIMPILAH DIA NAK BAWAK KORANG KELUAR LAGI LEPASNI" . yang aku ketawa balik terkekek kekek sampai mengalir airmata aku . entah apa yang kelakar aku pun tak tahu . macam takda motif je aku ketawa . kalau abang Amar aku ada kat rumah , memang aku dengan dia dah dok bantai ketawa tengok diorang cuak bagai . then , aku masuk bilik balik , carik carik handphone yang dok terselit celah bantal , capai handphone and dail :

"+606 283 6328" *booked table at Johnny's




NOTE : kau marah macam manapun kat adik beradik kau tu , perasaan sayang kau kat diorang tu tak akan pernah berubah .