APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Sunday, March 24, 2013

meet them

ASSALAMUALAIKUM

"jangan keluar lewat sangat , nanti nak pergi family day lagi semua . okay ? call Ibu bila dah sampai"

itulah mesej yang aku dapat daripada Ibu . eh nak kena cakap ke apasal dia bagi text camtu ?

ceritanya.....


JUMAAT !

harini terpaksa berkejar kejar balik sebab ada hal yang penting nak aku uruskan kat kl . lepas final presentation je terus aku hangkot barang barang bawak masuk kereta . sampaikan membe aku tengah hantar assignment dia pun aku kulu kilir kulu kilir depan bilik lecturer . dalam hati aku memang sentiasa terdetik "eeeee cepatlah kau keluar . aku rempuh pintu ni kang" . dalam setengah jam lepastu dia pun keluar . tengok jam . alamak dah pukul berapa dah ni . dah settle semua masalah , aku pun drive terus ke kl . hujan lebat segala kat tengah highway pun aku redah je amik lorong memotong . nampak nau kan nak kejar masa .

mata aku kau jangan cakaplah kan kekejap tengok jam . dengan text yang berlambak lambak aku dapat . call lagi , bbm lagi . yang peliknya siap ada email ? ok takda kena mengena email nak masuk secara tiba tiba . abaikan . then dapat text dari keba :

"jat aku sampai dalam pukul 3 tau . aku tunggu tbs"

aku read tapi aku tak reply  .


dapat pulak text dari megat :

"mano ? kau gerak macam mana ?"

"dengan keba kat tbs . kau ?

"aku parking kereta kat tbs then naik train"


lepastu aku tak reply dah sebab nak mati bawak kereta sambil seronok seronok reply text . tengok membe aku punyalah lena tidur , yang aku tahan mata bagai nak rak memang mengantuk gila .

keluar je tol KL aku tengok jam dah pukul 5 . ok memang dah lambat . sebab aku janji dengan diorang pukul 5 nak sampai KLCC . tapi apedehal , aku drive kereta , jalan KL memang sesak . sorry kengkawan tak sengaja lambat . bagi mengelakkan aku sampai lebih lambat kat sana , aku suruh membe aku turunkan aku kat kl sentral then aku plan nak naik train je kesana . takdelah lambat nau daripada kau sesak barak kat jammed yang meragut masa semorang tu .

sampai je kl sentral aku pun pergi area locker bawak barang barang aku yang berat nauzubillah tu . sambil tu call anna :

"anna , kat mana dah ?"

"anna kat kl sentral ni . aizat ?"

"sama gak . anna area mana ?"

"area ticket . nak naik train dah"

"k k anna gi dulu"


lepas letak je phone agak mencungap aku berjalan sambil bawak barang yang aku rasa nak lempar je ke dinding . lepas dah sumbat barang dalam tu , masukkan token . tetibe locker tu telan token aku , yang pintu lockernya tak boleh tutup . amboi umakaihhh tensionnya hati aku bagai rasa nak hentak orang yang lalu lalang depan aku je masa tu . takpe aizat takpe kau boleh punya . then aku hentak pintu locker tu kuat kuat , tenenet , tertutup . hebat tak aku ? aku cabut kunci then terus blah . takpe , kau buat hal lagi locker aku pecahkan pintu kau nanti balik . sampai je kat klcc anna pun call :

"aizat anna tunggu depan papa roti"

"ok ok"


the mata aku pun mula melilau cari sini sana . cari gadis gadis bertudung yang tinggi tinggi . "mana pulak anna ni" , kata hatiku . hahaha takyah nak kata hati sangatlah kan . then dari jauh aku nampak ada seorang gadis pakai dress warna biru and tudung warna coklat . aku pandang je tanpa senyum . kau tengok betapa sombongnya guwa dengan orang . dah dekat baru aku perasan tu anna , sebab apa tak perasan . sebab anna rendah , tak cakap pun pendek k . then dua dua tersenyum . macam dalam pilem melayu kan ? lepas dah sesi sesi hai meng-hai . kitaorang pun gerak pergi ben's sebab MB cakap kat situ . aku check phone tengok melambak lambak text dengan bbm segala . ahh abaikan . sekarang yang penting aku dengan anna dah lewat sejam . 

sampai je kat ben's cari kulu kilir kulu kilir tak jumpa gak . sampaikan waiter tu tanya kitaorang cari apa . aku dengan anna pulak manusia yang suka mengabaikan sesuatu , ada handphone bukan tahu nak call megat or keba kan . lepastu baru nak teringat call keba . then all the power rangers pun berkumpul kat dalam satu privacy space . kemain kan . yang penting aku nak power rangers merah . 

"sorry sorry we guys lambat . jammed"


padahal naik train pun boleh lambat kan . tak pernah aku dengar train jammed sebelum ni . after order mulalah borak borak and terus borak . MB (@melakaboy) is so cute bila depan depan . hahahaha . bukan mengampu MB but serious talk memang cute . memang lama kitaorang dok berborak borak habiskan masa kat situ dari pukul 6 sampai nak dekat pukul 10 . dari satu cerita ke satu cerita kitaorang bukak sampaikan orang sekeliling dah berganti ganti , yang kitaorang masih terpacak panaskan punggung memasing atas kerusi yang sama . yang bagusnya kan , dah nak balik baru nak ambik ambik gambar . memang ceritanya kat sini gambar tak banyak k *menangis balik pintu*


adik beradik , cousin ataupun kawan ? choose 1 .


from left @akbarazman , me @AizatAbd , @melakaboy , @thekhayalan15
and @MegatAD . sorry , turn off the flash .


lepas dah nak dekat pukul 10 tu aku terus pandang keba . yang keba tak perasan pulak aku pandang dia . sebab apa aku pandang dia ? sebabnya dah pukul 10 . aku dengan dia decide nak balik ke melaka naik bas . memang aku rasa tak sempat nak sampai tbs kalau waktu dah macam ni . tapi yang bestnya kau nak tahu apa ? dalam pada pada aku rasa lambat tu , sempat lagi nak camwhore sana sini , posing gitu gini . tak kisah orang nak pandang gi abaikan je . bukan kitaorang dok singkap kain orang kan .


abaikan anna , tengok aku je k ?


abaikan diorang , tengok aku je k ?


abaikan keba dgn megat . tengok aku je k ?


again , abaikan anna . tengok aku je k ?


ok melampau semua gambar nak suruh tengok aku je k . but then anna dengan kitaorang terpaksa separate awal , sebabnya dia nak pergi concert Demi Lovato . aku jealous ? memang taklah kan . ye tak . serious tak . sekarang ni je aku cakap tak tapi hati aku meronta nak pergi kau tahu tak tak tak ! sebab apa ? sebab dia antara 4 gadis yang aku adore . check this out : http://eijatabdullah.blogspot.com/2012/11/4-gadis.html . aku dapat lambai dia dari jauh je . padahal lambai pun tidak . Demi Lovato ! I Love You soooooooo much , but but I LOVE Yuna moreeeee . sorry . 

see you guys here :

twitter , facebook , instagram and keek


NOTE : 4 jam tak cukup untuk melepak sama sama habiskan masa ok . next time ok gaissssss !