APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Friday, March 29, 2013

today is today

ASSALAMUALAIKUM

harini aku ambil cuti gedik dan aku rasa terperuk kat rumah mampu buat perut aku senak semacam . bila rasa nak keluar perut terus baik . alasan namanya tu . then semata mata nak makan tutti frutti aku sanggup mengigihkan diri pergi sampai ke dataran pahlawan mengheret adik adik aku yang kebetulan lak cuti sekolah . bila aku cakap nak keluar memasing panjang langkah nak ikut . sambil fefeeling dengar lagu gangnam style kat radio dalam kereta yang entah apakemenda maksudnya tu , tetibe adik aku bersuara lantang :

"abangggg ! jalan hijau"

"apa hijau ?"

"tu lampu isyarat lah gila"

"ehh !"


then aku masuk gear tekan minyak bagai nak rak bagi nak tutup kemaluan aku yang besar itu . bukan kemaluan sebenar maksud aku , tapi malu yang besar ok ? get it ? no lucah lucah at this blog before I kick you out to the jail . kemain . sampai je kat tutti frutti aku tengok jam dah pukul 12.00 . omg dah nak solat jumaat . sekejap je kot makan menatang tutti tu . masuk masuk je aku hengatkan lengang , rupanya orang berhimpit himpit sampai terlaga laga bontot kau dengan orang sebelah . sebabkan rimas aku take away je . buat masam ketiak je duduk reremai dalam tu . baik aku makan dalam keta . 

"bang , kau pernah dengar kat twitter ke , memana ke orang cakap panas bak hang ?"


Shyyra bersuara sambil suap Aiman makan ice cream sambil jalan . kau jagan ikot perangai burok aku adik beradik makan sambil berjalan ok .

"pernah . asal ?"

"actually apa bak hang tu ?"

"entah , bahang kot . panas bahang haba haba gitu" *sambil buat gaya haba haba berterbangan

"!@#$%^&*"


sebabkan bengang dia malas dah nak tanya aku . dah aku tak tahu nak jawab cemana . then masuk kereta and aku ingat nak gi solat kat masjid selat . sebab dekat je dengan sini .

"hantar aku balik dulu . aku malas nak tunggu"

"tak nak , kau tunggu aku dengan Aiman dalam kereta . lepas aku solat baru balik ok"

"eeeeee menyampahnyaaaaaaaaaaaaaaaa ! kau lambat aku tinggalkan kau"

"centu kau balik jalan kaki dengan panas panas bak hang haba haba ni!"

again , "!@#$%^&*()"


sampai je kat tempat pintu nak keluar parking tu , aku pun keluarkan touch n go aku sebab pikir malas aku nak beratur sebab orang pun ramai nak keluar nak gi solat kot . punya berlagak kau nak pakai touch n go , touch touch pastu blah kan . sekali sampai kat situ , aku touch je card aku ingatkan boleh go , rupanya :

"out of kredit , please reload"


DAMN !

muka aku serious cuak bagai darah ni disedut sedut dari dalam badan aku . camna ni camna ni camna ni sambil rasa nak loncat loncat terkencing . padahal tadi masa masuk aku touch card tu aku tengok baki ada lagi 21 hengget . tak kan parking sekejap tak sampai sejam pun sampai 30 hengget . takleh jadi takleh jadi aku langgar gak mesin ni kang kasi patah . then aku touch again :

"out of kredit , please reload"


touch again , 

""out of kredit , please reload"


kalau dia boleh tambah tulisan lain , aku rasa ayat dia berkemungkinan begini :

"out of kredit lah gampang , kau tak reti nak reload ke bingai ?"


aku tengok orang belakang dah hon hon aku dah berderet deret . ohmyjay ohmyjay . adik adik aku pulak memasing dah gelonsorkan badan kebawah .

"korang pehal ?"

"malulah dodol . kau asal tak reload benda tu"

"tadi ada baki lagi"

"tapi sekarang takda kan . dodolnya kau . malu dodol . malu haaaaaaa"


lepas aku rasa hon makin lama makin bergema , pakgad parking tu pun datang . lepastu ketuk cermin tingkap kereta aku .

"kenapa ni dik ?"

"dia cakap kredit dalam card ni habis , tapi tadi masuk ada 21 hengget lagi . melampaunya parking mahal sampai lebih 20 hengget"


kata aku cuba kekonon nak teasing pakgad tu supaya dia bagitahu majikan dia parking kemain mahal . kalah parking yang ada bumbung . padahal jemur tersadai je kereta aku dia buat .

"ohh ada masalah ni , cuba adik undur kebelakang sikit kereta adik . dah lebih sikit kot dari had sebenar"


then aku masuk gear , aku undur kebelakang . lepastu pakcik tu ambik card aku , touchkan kat menatang durjana nakharom tu . 

"tittt , thank you , please come again"


ehhh tetibe boleh eh . Ya Allah , kau ampunkanlah dosa hambamu ini . kau tahu tak malunya aku sampai rasa nak letak bawah karpet kereta je muka aku ni . malu kau tahu tak ?

"errr terima kasih encik . terima kasih"


lepas aku ambik card aku , aku terus pecut kereta aku blah lelaju gi masjid tak kira ada camera had laju ke apa ke , yang penting muka aku dapat sorok daripada manusia belakang belakang aku yang dok tunggu aku tadi . biadap punya machine . aku jumpa kau lagi aku bom kasi mati . malu k malu .


NOTE : lain kali jangan cepat gelabah , nanti kau sendiri yang malu k .