ASSALAMUALAIKUM
memandangkan minggu minggu dan minggu lepas aku dah berhabisan tenaga berhabisan peluh berhabisan duit buat final report sampai tiap hari aku dok pow mak ayah aku duit gi print report sana sini , then harini aku boleh lepak goyang kaki tengok tibi kat rumah like a boss . nak makan apa mintak je adik adik aku tolong ambikkan dengan ugutan "tak buat kau takyah ikut aku tengok movie minggu ni" padahal memang tak hingin pun membawa meraka kesana . HAHAHAHA *ketawa syok sendiri . k* . tengah tengah aku duduk tengok tibi , terdengar suara umpatan adik adik aku kat meja dapor . amboi seronok kau mengumpat aku .
"abang mirul pemalas . kurang hasam punya jantan"
"kau cakap aku pemalas ke ?"
maka , adik adik aku pun menjerit ketakutan . sebab apa ? sebab tetibe kepala aku tercongok kat gerbang dapor . kalau orang buat kat aku pun aku terkejut beruk mengalahkan beruk .
"nak dengar cerita aku kecik kecik dengan korang masa kecik kecik tak ?"
"alahai , mengalahkan kau ingat je bang . kang kau tambah tambah bukan bukan"
"sekarang ni nak dengar ke tak nak ? tu je aku tanya"
"ok ok ok kitaorang dengar . kalau bosan aku lempang kau lelaju"
biarlah aku cerita secara umum k .bukan secara dialog . menyemak . apa bezanya dulu dan sekarang ?
masa zaman aku dulu sempatlah aku merasa jugak hidup sebelum zaman moden . adik adik aku semua hidup nak moden je . tapi pemalas nauzubillah . bak kata nenek "patotlah orang sekarang sihat sihat , semua benda ada depan mata" . betul kata nenek tu . masa zaman aku takdelah sampai aku nak kena ambik air kat perigi . tu zaman penjajah bolehlah nak cerita kan . tapi sebabkan aku bukan tokoh sejarah , kau jangan nak tanya aku memacam . aku sebat kau kang . masa aku kecik memang serious kalau nak mandi pergi sekolah tu aku suka share bilik air dengan abang . alah sorang darjah 1 lagi sorang darjah 4 . apa je tahu kan masa tu . lagipun kalau tengok pun sama jenis . kisah pun tidak . sebelum mandi mesti bukak shower dulu lepastu pandang je air tu melimpah . aku dengan abang dok cangkung sebelum masing masing ready nak bertempur kat shower tu . sebab apanya ? air dia punya sejuk mampu dah buat kau melinjang linjang tahan kesejukan . nak dibandingkan dengan sekarang ? kau tekan button merah , maka keluarlah air panas / suam suam gitu . kalau tertekan panas sangat , ambik kau melecur jadi manusia rebus . letak kicap makan begitu je .
bukan tu je yang aku nak cerita . masa aku kekecik dulu memang kat area area rumah aku ni ada geng . otai ah kawasan ni . bukan geng nak merempit ni . tapi geng memain . kekecik dulu memang tiap petang mesti gi padang mainlah . kerja aku asyik main main main je sampai aku pikir ah tak payah nak pening jawab exam masa tu . yang aku pikir bila dah besar mesti kerja tu sesenang je dapat duit boleh beli rumah kereta segala . takyah nak ambik exam lagi . punyalah bingai time tu kan . tapi bila balik memain siaplah kau kena hadap buku dari lepas maghrib sampai ke tengah malam . selagi kau tak hafal sifir , hafal 10 words from dictionary , selagi tu ayah aku tak bagi tidur . I ken die time tu ok . memang setiap hari bila main kat luar mak aku akan cakap "ni bukan anak ibu ni hitam berkeladak ni . nak anak siapa ni" , time tu punyalah sedih aku rasa sampai rasa nak lari je dari rumah dengan abang aku . rasa nak packing barang je time tu pergi kolumpo cari kerja . rasa macam hidup kau gelap gelita sangat . drama melayu sangat kan . padahal Ibu aku bergurau . kekecik manalah kau nak tahu sangat pasal bergurau segala ni kan , yang kau tahu nak merajuk and menagih simpati dipujuk . berbanding sekarang ? biarlah aku hambik contoh contoh adik adik aku . example :
AIMAN :
"aiman jom ikut abang main tenis jom"
"lama tak ?"
"2 jam camtu"
"tak nak lah"
"asal ?"
"kawan nak datang main game"
SHYYRA :
"budak jom teman aku main tenis"
"jom . panas tak ?"
"tak sangat"
"kau start kereta dulu . nak guna sunblock"
see boleh nampak kan perbezaan dulu dan sekarang even sekarang dengan dulu takdelah jauh beza . masa dulu ada je sunblock cuma aku tak mempraktiskan . bila aku tanya kenapa mak aku make up segala masa aku kecik , mesti dia akan cakap :
"jangan ambik tahu apa Ibu pakai make up ni semua . nanti jadi pondan"
so sejak pada tu dalam kepala aku dengan abang sentiasa berputar :
"MAKE UP , DON'T DARE YOU COME TO ME , I SLAP YOU WITH MY HAND AND LEG . I DON'T WANT TO BE A PONDAN TUA"
tapi sekarang apa orang kisah . even foundation pun ada lelaki pakai . bedak compact segala tu dah tak menjadi pelik dah sekarang , bagi orang lainlah , tapi bagi aku sangat pelik k . kenkadang bila berjalan ada gak nampak lelaki pakai bedak compact . dia punya tebal kalau aku tampar kiri kanan pipi dia , berjerebu tiga hari satu melaka ni tanpa henti . tapi lip balm sekarang pun ada yang dah buat untuk lelaki sebab normal untuk orang yang bibir dia selalu kering . aku sendiri pun pernah pakai lip balm . comel tak ? lip ice perisa cherry lagi tu . tu pun masa aku demam . bibir dah kemarau gila memang dah tak boleh nak diselamatkan . siap terbelah lagi bibir aku . macam orang tua sakit tenat je aku rasa masa tu . lepastu adik aku letakkan kat bibir aku . comel kan adik aku punya caring ? tapi degil dia sentiasa buat darah aku over boiling .
bila bercerita pasal sekolah . masa sekolah rendah duit sekolah aku dapat 2 ringgit je . je tu tak menahan kau , bukan tahu nak bersyukur kau aizat . tu pun balik sekolah kenkadang jalan kaki dengan abang sebab sekolah rendah dekat je dengan sekolah . lain pulak ceritanya dengan adik adik aku masa sekolah rendah . pergi sekolah rendah je bawak 5 ringgit . pagi ayah hantar , balik ibu ambil naik kereta . duit 5 ringgit habis ditelan . bila Ibu lambat ambik , muka dah mencuka . punyalah manja bebudak sekarang . tak kira Shyyra , tak kira Aiman . sama je dua dua . aku dengan abang geng *laga kepala* . tapi tu cerita masa diorang kecik . sekarang dah sekolah menengah nak buat perangai macam tu sorang sorang aku sebat kang . bak kata ayah aku "korang ni tak lasak ah macam abang abang korang dulu . ada gaduh gaduh tak kat sekolah ?" bukan main ayat ayah . lasak bukan bermakna nak kena bertumbuk ayah oi . tapi bila fikir balik , dalam nakal nakal masa kecik dulu , Alhamdulillah aku terdidik sampai dah besar ni . memang bersyukur sebab tak pernah aku terasa nak rosakkan masa depan aku sendiri dengan benda benda yang mengarut . bukan riak , bukan bangga tapi sebagai pesanan kat korang gak . bak kata atok , nenek , ayah and ibu aku :
"HIDUP HANYA SEKALI . HIDUP TAK PERNAH AKAN KEMBALI . HIDUP TAK PERNAH AKAN BERULANG . JAGALAH DIRI , JAGALAH MARUAH , JAGALAH HATI , JAGALAH IMAN . KORANG YANG MEMBENTUK MASA DEPAN KORANG SENDIRI . HIDUP KAT TANGAN KORANG . BUKAN KAT IBU , BUKAN KAT AYAH"
nilah ayat yang selalu ibu aku cakap kat aku tetiap kali aku dengan adik adik dok teman dia masak kat dapur , nilah ayat yang selalu ayah cakap time aku nak pergi beli surat khabar kat kedai , nilah ayat atok dengan nenek bila aku sarapan dengan diorang . mungkin ni ayat mak ayah aku copy paste je dari atok nenek aku . sebab bila kau dah terdidik dengan satu ayat . kau akan sentiasa ingat ayat tu . agak agak dah jauh sangat tak aku melencong bercerita ?
the moral of the story sebenarnya yang aku nak sampaikan , hidup ni memang ada kemajuan . zaman dulu tak akan sama dengan sekarang . kemajuan akan ada setiap hari . yang penting macam mana kau nak sesuaikan diri kau dengan keadaan sekeliling . macam tu dengan hidup kau gak . kalau kau tak nak senyum untuk diri and masa depan kau , at least , buatlah mak ayah kau tersenyum .
NOTE : berus gigi , handphone , kasut , baju , wallet , laptop semua boleh cari baru kalau hilang , tapi masa depan tak akan kau jumpa kembali kalau dah gelap dan hilang .