ASSALAMUALAIKUM
seronok cuti sekolah ? kalau aku tanya bebudak satu Malaysia ni , semua melinjang terkinja kinja cakap seronok . mana taknya . sejak awal tahun , first day masuk sekolah dia dah dok tengok calendar bila ada cuti sekolah . yang penting dia akan highlight dulu bila raya . kalau kau tanya aku pun and aku masih bersekolah pun aku memang terkinja jawab aku seronok nak cuti sekolah . dahlah lama kan cuti . boleh tidur lambat , bangun lambat . tulah kerja and hobi baru kau tetiap hari bila cuti sekolah . mindset bebudak sekolah kan memang camtu . nasib masa zaman aku sekolah dulu aku fikir nak belajar je . tahi tak dengar ?
bila cuti sekolah opkos adik aku seminggu awal lagi dah listkan mana tempat dia nak pergi . kadang kadang siap dia gi google lagi mana tempat yang best . dulu masa sekolah dengan aku sekali join dia pikir mana nak pergi sambil tengok tibi citer power rangers and makan keropok moni . sekarang ni bila dah further study , tiap kali cuti sekolah , apa yang aku dapat ? dapat dengar diorang pergi jenjalan sambil tengok gambar diorang , nasib baik hubungan kekeluargaan masih utuh dan penerapan ilmu agama sejak tadika kukuh dalam dada aku ni membuatkan aku berfikir 3 4 mahupun 5 kali kalau nak terjun bangunan sebab family aku gi holiday tak bawak aku . kelakar kan aku ? sila ketawa ok .
yuna bukanlah duta cuti sekolah ok . asal aku letak gambar dia ? sebab dia cun k
imbas kembali beberapa tahun lepas...
masa tu yang aku ingat kitaorang pergi mandi manda kat water world je . dah lah dekat dengan rumah aku tempat tu . takda feeling langsung . kalau aku dok berdiri atas gelonsor dia pun dah boleh nampak atap rumah aku , malah boleh nampak langsir rumah aku warna apa . memang guwa cakap lu takda feeling langsung pergi situ . kalau aku ajak kak jah jual togeh kat Pasar Mini D'Mart tu pun boleh . tapi sebabkan aku paham ayah aku kenkadang busy dengan paper work segala , nak tak nak terpaksa berpura pura eksited nak pergi situ . dah lah tahu menghabiskan duit mak ayah je , tapi bila dia nak bawak jenjalan nak mengeluh lak kan . tapi kan , kalau aku naik basikal tanpa henti , 30 minit je dah boleh sampai tempat tu .
sampai kat tempat tu yang adik adik dengan abang aku dah terloncat loncat tak sabar mandi *yang ni pun kes berpura pura* . yang aku pulak konon nak tolong mak aku jaga barang . padahal orang dalam tu memang pack sesak barak sampai kalau kau mandi and menyelam , boleh sesat kau dalam kaki kaki orang yang banyak tu . aku dengan abang aku pun mulalah cari port yang tak ramai orang . so dengan megahnya aku ajak dia pergi gelonsor tinggi kat dalam water world tu . bebajet konon tak ramai orang dalam tu . mulalah berjalan dengan penuh gaya mengalahkan handsome je kan gi kat gelonsor tu .
dah sampai sana , nak naik tangga pun dah macam orang nak ambik bantuan tsunami . lalu hati aku mula pedih . tunggu jelah kat situ macam orang bongok tengok sorang sorang terjerit jerit dok turun gelonsor tu . sampai je giliran aku , dah tak rasa eksited aku nak turun . sebab ramai nak mati , aku pun terpaksalah turun . padahal dalam hati tu adalah sikit rasa eksited plus cuak cuak tahi kan sebab gelonsor tu tinggi ok . kalau kau terjun bunuh diri dari platform tu sampai je bawak gigi kau je yang tinggal . lain semua dah tak jumpa dah . bila turun je , dia punya kelajuan memang maksimum . sebab aku pakai seluar mandi kan . licin bak hang punya . nak menjerit pun dah tak sempat . bukak mulut tak keluar suara pun .
tiba tiba , sampai je kat tengah gelonsor , air macam kering . lalu badan aku tergesek kat gelonsor tu . bila dah ada geseran , penghabaan akan berlaku . lalu akan menyebabkan kulit mula merah lalu terhakis . ok belajar sains harini . dengan tak semena mena , aku terus je berdiri atas gelonsor tu sebab badan aku dah luka , plus aku dah tak tahan pedih . masa aku bangun tu pulak , air mula melimpah dan mula lalu di kaki aku , apa jadi ? aku jatuh terduduk lalu terkontang kanting tergolek golek ikut flow gelonsor tu . yang aku tahu aku berputar putar kat benda tu and kepala aku terhentak hentak kat sisi gelonsor tu macam jatuh dari gunung everest aku rasa .
dalam kepala aku fikir macam mana aku nak stop dari benda ni sebab aku dah rasa bibir aku kebas . dan , tanpa kuduga *ayat bahasa melayu sangat* ada sorang lagi manusia dari belakang turun kat gelonsor sama . and apa jadi ? dia heret sekali aku turun . aku dah takut mana tahu aku tercampak terjatuh daripada gelonsor ni , tak memasal goodbye dunia . sampai je kat bawah , memang aku dah takleh nak buat apa , terus tenggelam masuk dalam air yang dalam tu . bila pikir balik , filem sangat kan tragedi aku tu . siap nak tenggelam segala . lepastu ada penyelamat tarik tangan aku . yang aku tahu bila aku sampai je atas , bibir belah dalam aku dah terbelah okay dan aku mampu nampak tisu bibir aku sendiri . yang Ibu aku dah pucat lesi muka . hek eleh , bibir koyak je pun .
tapi memang rasa nak nangis gak ah time tu sebab badan aku rasa macam baling dengan batu bata berulang kali and bibir aku rasa macam kena belah dengan kapak . memang lama aku tak boleh nak makan sangat . merana ok merana . mungkin tu sumpahan tempat tu sebab aku benci betul nak bercuti dengan family kat situ . last last hambik kau betul betul water world tu belasah aku dengan sebatang gelonsor je . lepastu bila pergi water world je , aku dah jadi fobia nak main benda tu , rasa macam nak tendang je sampai pecah gelonsor tu . takpun bom kan . takpun kapak kan dia . tapi tak lama fobia tu , bila 3 4 kali gi sana , dah terkinja balik nak naik menatang tu . siap boleh nak gelonsor terbalik lak tu . mati kang baru tahu .
so , pengajaran yang kau boleh dapat daripada cerita aku ni , bila mak ayah kau nak bawak memana gi cuti , even dia bawak kau pergi camping kat dusun belakang rumah sekalipun , ikut je takyah nak bantah . kang kalau kau bantah mana tahu tetibe durian hempap tapak kaki kau , tak ke naya ? bersyukur dengan apa yang kau ada , bukan mengeluh . ada orang cuti sekolah pun tak dapat nak gi memana sebab kena kerja nak kumpul duit untuk dia guna bukak sekolah nanti . ye , bersyukur .
NOTE : agak agak kalau parents nak pergi korea lepastu aku tak nak gi , aku terjatuh daripada flight ke cemana ? final destination sangat kan .