APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, May 18, 2013

gigit kuku

ASSALAMUALAIKUM

gigit kuku tu kadang kadang dah menjadi habit bagi sesetengah orang . bila aku tanya membe membe aku yang dok gegigit gigit kuku tu jawapan diorang senang , "benda ni kalau dah jadi habit , susah kau nak tinggal . dia punya ketagih kalah mat ganja nak dadah" . sampai macam tu sekali bombastiknya jawapan dia . sebaik statement tu tak keluar muka depan harian metro . aku bukanlah pengigit kuku yang tegar . dulu pernah gak masa sekolah rendah try try nak rasa apa bestnya kuku ni sampai diorang dok gigit . lepastu dah gigit tengok kuku capuk memang nyesal tak habis . rasa macam gelap je dunia tengok kuku cacat satu jari .

so aku tahu kat dunia ni , ceh takyah nak dunia sangat . kat Malaysia ni pun dah ramai "pengigitkukupers" *ala ala kpopers* . kebetulan salah sorang membe aku memang kerja dia dok gigit kuku je . kalau boleh dia nak bukak kasut dia , nak gigit kuku kaki dia pulak . kuku dia jangan cakap dia punya capuk kalau budak kecik tengok boleh jadi nightmare untuk dia . banyak kali dah aku tegor "weh ayed , kau jangan nak gigit kuku , macam beruk kau tahu tak ?!" . tapi yang dia jawab ,"kalau aku beruk , kau berkawan dengan beruk . hai jat , kita se-beruk" . ok ayat mintak putus persahabatan . tapi kebelakangan ni bila aku jumpa dia aku nampak dia dah tak gigit kuku lagi dah .

at first aku ingat macam aku terlepas pandang ke , or dia dah tetapkan schedule dia pukul berapa dia nak gigit kuku . ataupun dia dah tak jadi ahli "pengigitkukupers" lagi dah . argh tolak tepi semua tu . tapi yang pastinya habit tu dah kemana dah dia campak aku pun tak tahu . bila kau dah biasa tengok habit orang , kalau dia tak buat kau mesti akan rasa pelik . rasa macam aku nak tadahkan kuku aku suruh dia gigitkan . teringin pulak aku nak tanya dia . tapi nampak macam kecoh mak jah je kan . balik rumah rasa nyesal pulak tak tanya . dok terfikir asal tak tanya . makan tak kenyang , tidur tak lena , mandi pun tak basah aku fikirkan benda tu . ah jangan kau nak membohong kau jat mandi tak basah , bukak shower basah lencun badan kau . 

so aku pun decide nak text dia . terfikir gak aku , dah makan ke dia . yelah mana tahu gigit kuku tu boleh buat dia kenyang kan . bila dah tak gigit kuku tak ke nanti dia lapar . siapa nak dermakan kuku kat dia , sila taip "DERMA KUKU" jarak , isikan berapa panjang kuku nak diderma dan hantarkan ke 32456 . talian 24 jam mengikut terma dan syarat . nampak tak keprihatian seorang kawan yang handsome ? k aku buat lawak . ketawa k . tengah dok belek belek phone , tetibe terasa nak tanya . so aku pun tanya dia .

"yed , free ?"

"hah asal ? nak lepak ?"

"tak , nak tanya something ."

"penting ke ? or nak jumpa mana mana ?"

"tak , em kau asal tak gigit kuku lagi eh ?"

"palotak . text aku semata mata nak tanya benda ni"

"aku tanya jawablah ! rogol kang"

"yeay dapat anak dengan ijat . rogol lah rogol lah"

"argh tension aku . jawablah"

"taklah , aku tak akan berhenti gigit kuku . kuku aku tak panjang 
lagi . tunggu panjang then baru gigit balik . baru feeling"

"k . beruk"

"kau kawan beruk"

"kau gila"

"kau beruk !"


bercakap dengan Ayed memang akan selalu menyakitkan hati aku . tapi dialah kawan lelaki aku yang paling baik . hmm sayang dia . argh takyah nak gay sangat kat sini . tak guna punya Ayed . aku ingatkan dia dah berhenti gigit kuku . rupanya tak . tapi mungkin betullah orang cakap , once kau dah try nak gigit kuku tu , benda tu akan jadi ketagih kat kau . sebab ramai orang yang aku tengok , bila termenung , dia gigit kuku . bila cuak , dia gigit kuku . bila sedih , dia gigit kuku . tak paham aku kenapa nak kena gigit kuku ? takda rasa strawberry pun kat kuku ku . mungkin diorang patut tubuhkan persatuan gigit kuku dan membuat kerja amal mengigit kuku sesiapa yang malas nak memotong kuku . mungkin boleh jugak buat produk . kaya kak ton camtu . tetibe nak kak ton pehal lak . pergh .

ok , yang dok happy tengah mengigit kuku sambil baca entry tu , kau ingat kau boleh terus nak happy gembira gigit kuku bergolek golek kat lantai ? nah ambik kau kesan mengigit kuku . ambik kau . ambik . ayat nak seram . tak seram k aizat .


kesan buruk menggigit kuku bukan hanya pada kecantikan semata-mata malah lebih dari itu . kebiasaan buruk ini boleh menyebabkan gangguan kesihatan yang serius. Antaranya, akan menimbulkan luka pada hujung jari dan kutikula, sehingga meningkatkan risiko radang pada kuku dan mulut. Jadi pastikan kamu membuang kebiasaan buruk.



so daripada kau dok mengigit kuku tu , ada baikya kau ambik part time bukak kulit kuaci kat supermarket . kan sekarang manusia dah makin pemalas terutamanya aku . kalau ada teknologi yang boleh mandikan aku , sanggup aku beli even terpaksa gadai semua komik aku . teknologi membunuh kesihatan manusia . k ni yang dah nak start ceramah ni . sampai kulit kuaci pun ada yang dah siap bukak . tinggal nak makan je . jap ! kulit kuaci yang dah siap bukak kat supermarket tu pekerja pekerja bangla dia ke yang tolong gigit bukakkan then terus packing ? ok bangla . ok bangla bukak kulit kuaci guna mulut . ok . 




NOTE : kepada pengigitkukupers , kalau kuku dah takda korang nak gigit apa ? rambut ? gitu .