APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Monday, May 13, 2013

she's the one

ASSALAMUALAIKUM

tersebut kisah seorang budak kecil .


DI TADIKA..

"Ijat , kau ada makwe ?"

"Ada  , Ibu aku"

"weeee tak malu . tu bukan makwe , itu mak . ijat tak malu tidur dengan mak dia lagi"

"haah , sebab aku sayang Ibu aku . kau tak malu , kau tak sayang Ibu kau sebab tu kau tak tidur dengan Ibu kau"


DI SEKOLAH RENDAH..

"Aizat janganlah menangis . kan dah darjah satu . nanti balik Cikgu panggil Ibu ok ?"

"tak nak... nak Ibu... nak Ibu...."


DI SEKOLAH MENENGAH..

"Jat , jom keluar lepak nak . shisha ke , mamak ke jom !"

"takpelah weh , Ibu aku bising nanti . Dia marah kang"

"pergh pergh anak mak lah siot !"

"haah , kenapa ? kau anak angkat mak kau ke ?"


DI UNIVERSITI..

"kau ni jat tetiap malam Ibu kau call . ada je topic kau nak cakap kan ?"

"haah , sebab dia Ibu aku"

"memanglah , tapi tak kan sampai kahwin pun kau nak macam ni"

"yap , even jodoh aku pun kalau Ibu aku tak suka , macam mana sayang aku kat perempuan tu pun , aku akan dengar cakap Ibu aku"

"sebab ?"

"sebab dia Ibu aku"

"yelah kenapa pulak ?"

"9 bulan dulu kau duduk dalam perut Ibu kau ke dalam perut awek kau ? fikir"


siapa kanak kanak tu ? ye , aku . kau cakaplah , ajaklah macam mana , kalau Ibu cakap "NO" , bagi aku akan "NO" jugak . mungkin ada orang kata aku dah tua bangka pun masih nak ikut cakap mak . bayangkan kalau kau keluar tanpa restu Ibu kau , tak sempat nak balik ada orang langgar kau dan kau pergi tanpa sempat Ibu kau cakap "Ibu maafkan semua kesalahan kau" . sanggup ? semua orang tidak akan ada kesempurnaan termasuklah aku , semua orang pernah melakukan kesilapan termasuklah aku .

kalau kau tak boleh nak buat baik dengan orang lain , buatlah baik dengan Ibu dan juga Ayah kau .



Ibu ,

terima kasih atas kasih sayang ,

terima kasih atas bergelen gelen susu badan yang Ibu berikan ,

terima kasih atas senyuman yang Ibu berikan ,

terima kasih atas segala ilmu yang Ibu tunjukkan ,

terima kasih atas segala penat lelah untuk membesarkan kami ,

terima kasih atas perlindungan ,

terima kasih atas pujukan ,

terima kasih kerana melahirkan .


sekarang , duduklah di belakang . terima kasih kerana selama ni berada di hadapan . even macam mana pun masa depan , ingat , kami sentiasa menjadi benteng di hadapan .


SELAMAT HARI IBU , PUAN NORIAH .