ASSALAMUALAIKUM
cuti sekolah dah nak habis dah pun . tinggal beberapa kerat malah ketul hari je lagi . kalau nak kira guna jari pun cukup . takyah nak kira dua tangan , sebelah tangan pun dah cukup . dan pastinya akan kedengaran suara suara budak sekolah mengomel kekonon perasan manja yang diorang malas nak gi sekolah lah , malas nak buat homework , malas nak bangun awal dan lain lain . cheitt ! tulis dalam biodata nak jadi cikgu doctor engineer segala , gi sekolah pun malas nak buat apa . ingat goyang kaki makan kopok ubi tengok tibi duit boleh keluar dari mulut ? mimpi tu tak akan jadi kenyataan ok . never !
dan bila dah nak habis cuti ni , adik aku pun mula berbisik bisik mengumpat aku cakap cuti ni tak bawak diorang jalan mana mana . bukan setakat diorang , dengan Ibu aku siap join mengumpat buat cucur udang buat kudap kudap masa nak mengumpat aku . nak tak nak ambiklah cuti satu hari . memang lunyai aku kena kerjakan dalam satu hari tu . get ready red bull 6 7 tin sebab diorang akan berjalan berjalan dan terus berjalan non stop . aku dengan aiman kalau bab bab macam tu memang boleh bawakkan , tapi aku dok habiskan masa dalam bookstore baca curik curik buku dia dalam tu . kalau promoter dia nampak paling koman kena 2 3 kali hentak dengan kamus dewan kat dalam bookstore tu .
bila dah lama berjalan and bosan , perut mula kosong lalu mengeluarkan bunyik pelik . sampai kadang kadang aku terpaksa "berdehem" konon dok cover bukan perut aku yang berbunyik , tapi tekak . tahi sangat ok , malu kau tahu tak . tapi yang phailed nya aku ni , aku memang tak tahu and tak reti kedai mana yang best nak makan . sebab aku ni jenis sebat je mana mana makanan ada depan mata aku . bak kata nenek "nak cari rezeki tu bukan senang" . so aku decide nak singgah je mana mana kedai . sebat je masuk mana mana kedai asalkan kepala aku tak meletop nak jawab Ibu tanya nak makan mana nak makan mana nonstop . seakan dapat membaca apa yang aku pikir , tetibe Ibu bersuara :
"harini bang ngah nak belanja , so dia kena bawak kita makan kedai sedap sedap .
tak sedap kita beduk dia . dia yang kena pilih kedai"
tertelan 2 3 kali air liur aku dengar Ibu cakap centu . aduh mana pulak kedai aku nak sebat yang sesedap ni kan . nak tangkap muat secret recipe ke old town ke papa john's je semua dah ada dalam list Ibu , "do not enter" . pening kepala aku pikir . bila kat traffic light je aku sibuk google "kedai makan mana yang best kat melaka" . pathetic gila ok aku . cari bukan main payah , jumpanya tidak . yang banyak result kat search tu kedai rumah urut di melaka . cari gaduh ok , memang cari gaduh . last last Shyyra bagi aku idea makan kat "Rasa Kampung" sebab dia kata makan kat situ best even dia tak pernah pergi . ni spesis nak kena beduk 4 kali ke cemana ?
kira jauh gak kedai tu dari bandar . cari cari tak sampai gak sebab Shyyra kata dia tahu kat mana kedai tu . aku dengar nama "Rasa Kampung" tu mesti masakan dia ala ala kampung and mesti ada kat kampung , rupanya tak . sampai je kat situ aku tengok kedai dia moden tapi berasaskan kampung . paham ? orang dalam tu punyalah pack sampai tergopoh gopoh tonggeng tonggeng mak cik kat dapur tu bawak keluar nasik seret seret letak atas meja . at first aku suruh Aiman yang cop tempat dulu . sebab aku belum pernah rasa lagi macam mana makan berdiri kan . so memang tak nak rasa pun . lauk kat situ memang banyak and buat kau rambang mata . nampak pun macam sedap . kalau tak sedap memang aku terbalikkan semua meja kat situ . ok tetibe nak emo pehal . yelah ada kedai yang orang citer pom pang pom pang , tapi bila makan tak sedap .
aku takda masa nak posing depan kedai ni ok .
MENU :
Aku : nasi putih , ikan siakap , sayur goreng , kari ikan , telur asin + tembikai laici
Ibu : nasi putih , ikan siakap , sup sayur , asam pedas , sambal belacan + sirap limau
Shyyra : nasi putih , ikan keli goreng sambal , masak lemak cili padi , sambal belacan , sayur + tembikai
Aiman : nasi putih , ayam goreng , telur goreng , sayur , kari ikan + limau ais
maaf le kan terpaksa nak tulis satu satu menu . nak ambik gambar rasa segan ok . orang kat sini semua nak busy body pandang je bila orang makan . macam kan aku makan sarung bantal berlaukkan kekabu kan . so aku listkan je apa yang aku makan . tapi makan kat sini serious best ok . makanan dia memang bila kau suap , dah tak kisah dah nak pandang kiri kanan . tak tahulah makanan tu sedap ke memang aku yang lapar . tapi perut aku kalau kau suruh ratah ikan paus pun aku boleh makan sekali harung je . yang agak merimaskan aku , orang memang tak putus putus masuk . memang makan kat sini akan kenyang . magic ok .
bila dah settle makan , Ibu pun cakap "sedap eh makanan kat sini , next time boleh pergi lagi" . lepastu dia bantaikan main angry bad kat phone buat tak tahu macam kitaorang ni bunga hiasan dalam kedai tu . alasannya aku akan bayar segala apa yang kami makan kat situ . dia tahu pulak sekarang ni awal awal bulan kan , kalau private selalu gaji masuk awal bulan , nak nak bila shopping tadi , memang parah aku kena . takpe dah namanya Ibu , layankan . so aku pun check wallet kot kot tak cukup ke kan nak bayar semua tu . masing masing makan selera besar punya makanan . sekali tak cukup duit buat malu je ok tak memasal aku nak kena mop lantai kedai dia nak lunaskan hutang aku tu . keliling ni takda ATM langsung . bila nak bayar je , dia pun cakap :
"table 18 ye dik ?"
"haah . table 18" *tertulis di kertas menu
"ok semua sekali RM 29.80"
"eh betul ke kak ?"
"haah , table 18 kan ?"
"ok ok"
lalu aku pun membayar . aku bukan terkejut sebab mahal ke apa . sebab harga dia macam tak kena dengan apa yang kami makan . aku bajet bajet macam 50 hengget keatas harga dia . tup tup bila nak bayar dalam 30 hengget je . mahu tak rasa nak meloncat . kalau ada orang sebelah aku , dah aku peluk dia erat erat nak tunjuk rasa kegembiraan aku tu . tengok menu kat atas tu pun kau dah boleh agak berapa harga aku makan tu . ditambah pulak dengan kedai dia yang ala ala esklusif gak . so rasa pelik mula timbul dengan kadar harga sebegitu . so yang duduk melaka , tak tahu nak makan tengah hari kat mana , or yang berkunjung ke melaka tak tahu nak makan mana , korang boleh singgah ke "Rasa Kampung" ni berhadapan dengan Giant Taman Merdeka . lepastu bila balik kau boleh buat modal nak berlagak kat kengkawan kau citer yang kau makan memacam kat situ padahal hakikatnya kau try sup sayur dengan sambal belacan dia je . next , please ambik saya jadi duta awak ok Rasa Kampung . harini family aku gi picnic . sebaik tak ambik cuti . aku tak suka picnic ok .
NOTE : ada sesetengah kedai tu , ikan keli sekor dah 5 hengget . aku cekik kang baru tahu .