ASSALAMUALAIKUM
sejak kecik kenenot sampai dah besar panjang ni , bila jumpa kengkawan lama ke bekas bekas jiran lama lama ke mesti tak lekang dari mulut diorang akan tanya "eh kau buat apa sekarang ?" , "eh kau jadi apa sekarang ?" , "eh kau pakai kereta apa sekarang"" dan tujuan mereka tak lain tak bukan nak membangga dengan diri sendiri or nak membangga dengan anak anak diorang yang mungkin lagi berjaya daripada korang . tapi apedehal rezeki masing masing kan . mungkin rezeki kau bukan macam anak dia , tapi bila kerja or kahwin nanti mungkin membuak buak sampai anak kau umur 2 bulan pun kau dah belikan Porsche . manusia ni memang tak akan lari dari membangga dengan apa yang dia ada . kenkadang tu rasa macam nak tenyeh muka dia kat karpet kasi luka mulut tu baru dia diam .
macam aku , bosan gak bila ada mak cik strangers datang rumah aku dengan tujuan nak ceritakan pasal anak anak dia yang telah berjaya ke situ ke sini jadi itu jadi ini pos pes pos pes . what the spender kan datang rumah aku 4 5 jam pom pang pom pang cerita pasal anak dia yang aku pon tak kenal siapa anak dia . lepastu balik macam takda benda je , siap pakej mintak makan tengah hari kat rumah orang . nasib baik semangat kejiranan tu utuh . dah orang datang tak kan kau nak halau pulak . dan aku bersyukur yang Ibu aku bukan jenis macam tu . I ken dai ok if my mom like that , gantung diri mugkin ? yelah kalau tu rezeki anak kau , bersyukur jelah . kau cerita anak kau pandai macam mana pun , ye memang didikan daripada kau , tapi ingat , kena berterima kasih gak kat cikgu . kalau takda cikgu , dia nak eja nama kau pun tak reti . baik baik nama kau Siti Nur Fatimah Al Zahrah , dia eja Mak Jah je . faham mak cik mak cik strangers ?
cita cita ?
guwa ingat lagik dalam kepala hotak guwa ni masa sekolah dulu cita cita guwa memang sesuka je nak bertukar tukar . bila nampak orang cita cita polis , sibuk gak nak jadi polis dengan harapan boleh pegang pistol and boleh tembak orang sesukahati sampai mati . bila dah bosan dengan cita cita polis , tukar pulak nak jadi askar sebab pikir askar punya senapang lagi panjang daripada polis . sekali tembak 4 5 orang sekali boleh mati terkangkang . lagi extreme kan . bila dah besar sikit , tukar pulak nak jadik cikgu sebab nak rotan anak murih kat bontot sampai darah . macam tulah realiti seorang budak hingusan yang tidak mengenal erti dunia sebenar . ok gampang . bila dah besar , tukar lagi cita cita nak jadi doktor . dan cita cita itulah yang tetap kekal mekar tertanam dalam hati aku sampai aku form 4 . kau takyah nak bertatabahasa sangat aizat .
so lama gak aku pendam dengan cita cita doktor . ada jugak alasan aku nak jadi doktor tu . kau ingat aku suka suka je random nak pilih . the main is aku nak travel sebenarnya apa yang ada dalam badan manusia ni . kenapa jantung boleh berdegup , kenapa darah boleh mengalir , kenapa mata boleh berkelip . kenapa orang suka mengumpat , eh ? sejak bertukar cita cita tulah memang aku berazam nak jadi doktor . Ibu guwa tak halang cita cita guwa tu cuma dia cakap guwa lebih sesuai jadi lecturer . tapi aku fikir kalau aku jadi lecturer , hancur punah anak murid aku kerjakan . mengajar lain , masuk exam lain . tapi tujuan sampingan cita cita aku sebagai doktor is , aku nak bermain dengan nyawa orang .
kalau kau tengok balik cita cita aku dari kecik , macam kerja nak bunuh and main dengan nyawa orang kan . bahaya orang nak ambik aku kerja . bila makin lama , aku jadi tertarik dengan kerjaya sebagai doktor . mula mula ayah macam senyum je dengar aku punya cita cita tu . dia macam tak kisah . lama lama mula membuka mulut , "tak rasa nak jadi engineer ke , architect ke , or terlibat dalam bidang construction ?" . ayah mana yang tak nak ikut anak jantan dia ikut jejak dia kan . tapi aku rasa darah tu ada cuma aku je tak minat nak jadi and berkerjaya macam dia . so aku ignore buat tak tahu and teruskan cita cita aku sebagai doktor . nasib ayah aku tak berapa nak kisah sangat sebab tu hidup aku . kalau dia tak restu habis semua exam aku dari form 1 sampai from 3 semua failed .
masuk je form 4 aku ditawarkan dua aliran , which is sains tulen or sains kejuruteraan yang mana bagi aku sains kejuruteraan lagi tough sebab dalam kepala aku dah mengusai sains tulen . ayat macam nak mintak kena kapak kan . lama gak aku fikir , tanya abang semua, then dia cakap , lets try with science engineering . masa tu rasa macam nak nangis je sebab dalam rumah tu semua macam tak support ok cita cita aku . rasa nak bungkus baju malam tu and lari dari rumah tidur bus top . sebab abang aku pun ikut jejak ayah menceburkan diri dalam bidang engineering . tapi nak buat cemana , macam lurus bendul , aku ikut cakap diorang . bermulalah hidup aku sebagai seorang pelajar science engineering . demi menjaga hubungan kekeluargaan gitu .
mula mula aku rasa kelas tu memang bosan . dengan budak budak yang entah apa apa , gila tak tentu pasal . stress tak tentu pasal , menangis sensorang , ketawa sensorang , hadap buku sensorang . lama lama aku pun jadi centu , malah lebih teruk . kalau kau tengok aku time tu serupa orang zaman batu . sebab , quite tough gak menatang tu . masa zaman aku , aku ambik 11 mata pelajaran . lepastu aku fikir jangan nanti dapat 10A+ lepastu satu gagal sebab matapelajaran engineering tu . nak nangis cemana pun , masa tak akan berpatah balik . ayat sedih ok , sila menangis . dengan berkat usaha , aku boleh catch up and carry on sampailah nak masuk ke IPTA . borang UPU pun abang aku yang isikan . yang aku dok keluar pi tengok wayang . nak terbalik ke , nak tertonggeng ke borang UPU tu aku tak kisah . asalkan aku dapat sambung belajar . tak dapat , aku pusing pusing and lontar abang aku dalam gaung sepenuh hati .
at the end , aku ditawarkan untuk further study dalam bidang engineering di bawah Faculty Architecture , Planning and Surveying sampailah aku bergelar graduan sekarang . mungkin betullah apa yang orang cakap , kalau satu benda tu Ibu Ayah kita restu , insyaAllah benda tu akan berterusan even susah payah macam mana pun benda tu kau kena tanggung and hadapi . bila tengok balik aku yang dulunya cita cita nak jadi polis , terus ke bidang engineering . jarak dia bukan main jauh . dalam bidang engineering ni kau tak boleh nak bermain dengan nyawa orang , melainkan kau tetibe nak ambik batu bata tu lepastu hentak kepala orang yang tengah kerja kat situ . lepastu kau masuk jailed kena gantung . tak ke naya ? belum kira dosa kau lagi kan .
so korang yang bercita cita tinggi tu tak salah nak bercita cita setinggi gunung kinabalu , ewah . ada kawan aku , yang dari kecik cita cita dia nak jadi cikgu , sampai sekarang dia dah bergelar seorang cikgu . pergh aku sangat jealous ok . bukan jealous sebab dia jadi cikgu , tapi sebab dia berjaya capai cita cita dia sejak dia tadika lagi . rezeki ada kat mana mana . cuma kena cari . itu jelah kot aku nak membebel . dengar and baca panjang panjang pun bosan . kisah cita cita aku je pun kan . tak bawak apa faedah and tak boleh buat korang kenyang ye tak . melainkan sepatah kau baca ayat aku keluar big mac set medium berserta mcflurry milo dua set .
untuk yang masih bersekolah , selamat kembali ke sekolah ! untuk yang berkerja , guna cuti sabtu ahad kau ni wisely . jangan dok tidur je . sekejap je nanti dah sampai hari isnin . okbai .
NOTE : boleh tak sekarang ni nak tukar cita cita jadi Dr Rozmey ? ehem *betulkan suara