APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Friday, September 4, 2015

Trip to South Korea : Seoul Day 3

ASSALAMUALAIKUM

Ok harini kita boleh sambung pula cerita untuk Day 3 yang semua dok bising update ler bangjat update ler ni bergetar rusuk nak baca ni. Sungguh benci kan melihat perangai aku sebegini? Maka untuk membuatkan korang tak gusar and untuk guide korang yang dah nak travel ke Korea dalam masa terdekat ni, maka aku menyelak kembali beratus ribu gambar untuk dipilih sebagai bahan update (to be honest aku check satu satu sampai tertidur ok sebab gambar sehari je beribu, deep dia tu boleh kasi nangis).


Seoul, July 30, 2015

Harini adalah hari yang paling kitaorang rasa tak sabar nak pergi sampai menggoncang adrenalin sejak dekat Malaysia lagi sebab destinasi harini, Everland. Untuk yang tertanya apa kejadah Everland tu, dia satu theme park yang famous dekat Korea ni macam korang tahu Hong Kong Disneyland. Untuk orang yang tak suka sangat theme park macam aku, aku rasa benda tu biasa je sebab aku memang tak suka ride ride yang tercampak campak ni sebab aku rasa benda tu annoying even aku ni bukan jenis gayat ataupun takut tempat tinggi. Kalau kasi roller coaster tu aku suka tapi kalau yang benda pusing pusing sampai kaki kau terjongket tunjuk langit tu level benci dia 97 kalau markah dia per 100. 

Tips, untuk korang yang memang plan nak pergi Everland and plan nak stay dekat Myeongdong, mohon keluar awal sebab nak ke sana tu memang agak jauh sebab korang kena naik train and turun dekat Gangnam, from Gangnam pula kena naik bas around 40 minutes ke Carribean Bay, from Carribean Bay pula naik around 10 minutes untuk ke Everland (orang memang ramai macam ada tunjuk perasaan). Complicated kan hidup? Untuk kitaorang, kitaorang memang plan nak keluar lambat since masa Day 2 punya penat pun tak habis lagi. Lambat pun dalam around 10 macam tu keluar and sampai Everland dalam pukul 1 macam tu. 


Kalau rasa nak fefeeling running man ke, drama ke, boleh record berpura pura berlakon depan ni ok


Macam kitaorang yang stay Myeongdong, train memang dekat if we guys nak pergi mana mana and kalau rasa nak alas perut pun convenience store everywhere dekat situ. Plus train station dia memang every minute akan ada, tapi kau still akan nampak orang Korea berlari lari kejar train. So nak dibandingkan dengan aku yang pemalas ni, aku rela tertinggal train and tunggu next train daripada nak kena berlari. 

Macam aku cakap tadi korang kena pergi Gangnam kan (joget Oppa Gangnam Style dengan rancak), from Myeongdong korang kena ambil train line 2 and check berapa station korang kena hadap untuk sampai ke Gangnam Station. Please, be alert dengan apa yang minah train tu announce dekat station mana sebab kalau kau leka confirm tiba tiba kau tahu sampai dekat Masjid Jamek, KL. Plus benefit naik train ni boleh cuci mata, make sure dah pandang tu mata jangan berkelip ok sebab yang naik train ni daripada besar janin sampai ke dah tua tinggal masa nak nazak je sebab kira train ni macam pengangkutan utama dekat Korea.


pilihlah mana kau nak. aku rasa aku dah macam lelaki gatal tiba tiba nak snap gambar dia semata mata nak update blog


Aku tak pasti from Myeongdong tu berapa station korang nak kena naik sebab if korang nak tukar ke line 2, kadang kadang korang kena ubah korang punya line dekat another station (dia ada banyak line and banyak station). So, pandai pandailah korang baca map ok sebab kewarganegaraan aku Malaysia, muka je nampak korean. Nak tahu berapa lama tu from Myeongdong memang lama, sampai aku boleh tidur dengan nyenyak lah dalam train tu. Tahu tahu je dah sampai Gangnam Station.


tercari cari gak aku mana PSY


If korang dah sampai Gangnam Station, korang kena ambil exit 3 sebab dekat situ ada banyak exit. Jangan main suka je nak keluar, karang main exit tahu tahu sampai Mongolia je. So daripada exit 3 tu korang boleh jalan kedepan sikit and cari bus station. Memang probably dekat situ akan ramai orang beratur tunggu bas. Kau memang takda chance punya nak dapat naik awal sebab dekat sana etika beratur dia memang bagus. Kalau rasa nak kena ketuk dengan tayar bas cubalah potong queue masa nak naik bas tu.


susah nak jumpa tong sampah tapi tempat dia sangat bersih


sambil beratur boleh cuci mata tengok baju dalam boutique. tapi jangan sesekali masa beratur gerak
mana mana, memang babai beratur kau dekat belakang balik




Daripada Gangnam tu korang kena ambil bas 5002 untuk korang ke Everland tu. Tapi bas tu akan berhenti dekat Carribean Bay (kalau tak salah lah, maafkan daku kalau nama tempat tu lain). Tapi tak jauh dah pun nak ke Everland, cuma korang kena tukar bas and again kena tunggu bas juga. Dekat sana tahap kesabaran tu memang perlu dipupuk dalam diri masing masing ye anak anak. Untuk tambang aku tak ingat exact amout tapi less than 2,000KRW. Semua kena guna T-Money. Takda T-Money bersiap sedialah nak kena halau. Daripada Gangnam tu nak ke Everland tu memang lama juga, nearly 30-40 minutes sampai tertoggeng tonggeng kepala tertidur. 


Plus, dekat sana diorang sangat hormat dekat Ibu mengandung dengan orang tua. Kadang kadang uncle bas tu akan terus kasi orang tua masuk potong queue. Jangan pula kau tiba tiba bersuara:

"Halo ahjussi why you give this grandmother potong queue?"

Automatically kau akan dibantai di tempat kejadian tanpa uncle tu berfikir panjang, dengan halo kau tu lagi.

After menanggung segala susah payah derita, tada!


tengok pintu masuk pun rusuk dah vibrate


Ada lagi, untuk korang yang memang betul betul rasa jiwa dia meronta nak pergi Everland, jangan lupa check official website Everland ni sebab kadang kadang ada promotion untuk ticket dia. Kadang kadang boleh sampai 50% discount tapi ikut suka dia je nak letak bila bila. Ada untung, kau dapatlah discount tu. 

Macam we guys, memang masa tu kebetulan tengah ada promotion summer, dapat 50% discount. Sebab ticket dia 48,000KRW nak masuk and boleh main semua benda tapi sebab ada promotion masa tu, we guys dapat 24,000KRW and dia bagi lagi another ticket untuk 50% discount yang valid until 2016. Tapi kena check masa dekat Malaysia sebab discount poster tu kena print and we guys memang print since dekat Malaysia lagi. Faham?


masuk masuk je bangunan dah cantik, padahal restaurant je


Untuk ticket masuk ni, dia unlimited and korang boleh masuk je and naik je ride mana mana yang korang nak. Kalau malas nak beratur, korang boleh beli express ticket (kalau bawa duit berkepuk) dia tapi dia limit untuk one ride je for 1 ticket. Mahal gila dan nasib baiklah masa tu ticket sold plus we guys ni antara golongan yang berjimat sikit (sejenis riak kan ni?) so syaiton tak dapat hasut untuk membazir beli express ticket tu. Plus, aku rasa if one day korang nak habiskan semua ride memang tak cukup masa sebab orang punya ramai beratur macam kena halau pindah negara. Serious kadang kadang kena beratur sampai 1 jam. Kalau permainan yang biasa biasa tembak hantu, tengok wayang cartoon tu, 10 minit dah boleh masuk. Sebab tu kena datang awal awal and kalau awal pun belum tentu dapat main semua benda (stress sebab pergi semua tempat ramai orang, nangis).


If nak sambung ootd pun boleh sebab banyak tempat lawa 


Taman bunga pun ada ha. Yang nak propose makwe boleh buat dekat sini kalau muka kau memang tebal


Antara tempat yang kau boleh masuk tanpa perlu beratur sebab takda orang berminat hahaha


Aku tak boleh betul lah tengok patung line sebab comel!


Apa yang paling best dekat sini? Bagi aku Kpop Hologram dengan T-Express. Kpop Hologram ni ada timing and korang boleh tengok dekat depan tu pukul berapa show idol yang korang minat. Kalau takda idol yang kau minat, so kau boleh pergi blah daripada tempat tu. Tapi dia bukan show betul ada idol pun, cuma hologram. Kalau bengap sangat hologram pun tak tahu sila buat research ok. So, memang dia rasa real gila and kau rasa nak naik atas pentas ni nak peluk idol tu! (Yang ni kalau peluk tak kena bash and tangkap dekat Malaysia sebab hologram je). 

Tapi dalam tu korang tak boleh ambil gambar after show start and dia more to YG Ent artists macam Big Bang, 2NE1 and PSY (aku yakin yang show PSY ni mesti kau fikir lebih 7 kali nak tengok ke tak). Jujur, aku dengan diorang terkinja kinja bila hologram tu muncul (kecuali Dini yang mengaku dia tak terkinja) sebab nampak real gila. Nak tahu real macam mana ko gi sana tengok sendiri. Dalam ni masuk memang tak payah bayar and ada satu sudut tu korang boleh ambil gambar saja saja. Muka guna muka kau tapi badan dengan kepala guna Big Bang, 2NE1 and PSY punya muka. Agak jijiklah sebab dia nampak tak normal nak nak guna muka kau kan? #deep


Poster PSY tu macam patut gantikan Winner je? (tak habis dok dengki dekat PSY)

 
Make sure kau jangan mendekati area sini sebab ikut suka diaorang je nanti tembak kau pakai pistol air


Benda kedua yang aku suka, T-Ekspress, roller coaster kayu (even rasa 3/4 nyawa hilang masa tu). Aku tak boleh nak ingat betul dia punya ride tu sebab aku rasa masa aku dihabiskan dengan terkedu je daripada naik sampai ke habis ride tu. Part paling aku tak keruan betul masa part dia junamkan kebawah tu. Rasa kau punya badan nak terpisah daripada seat kau and masa tu fikir mengucap je and harap keluarga halal makan minum and ampunkan dosa kau je. Memang dia kasi bawa cedok simbah kau dekat roller coaster tu. Even 3 minit je naik benda tu, trauma dia sampai 3 hari. If korang ada peluang naik, please jangan tutup mata sebab rasa macam rugi dah naik benda tu tutup mata.

Masa dekat bawah tempat ni pun kau dah boleh dengar bunyi gedegang gedegang roller coaster dia sampai terlintas dekat hati aku:

"Agak agak boleh roboh tak benda ni"

Sebab dia kayu and dah lama. Tak ke aku rasa curious nak tahu boleh roboh ke tak kan. Macam macam dah aku bayangkan, paling terbayang final destination.


Fully kayu kalau aku kapak satu kayu, semua runtuh ranap


Sebelum naik, aku nampak benda ni. Ni kerja siapa pula ni, patut Baekhyun and Aizat Abd


Kalau nak pergi sini, kalau ada kawan kau yang takut, better jangan paksa dia sebab dia akan benci kau seumur hidup.


Untuk makan pula, dekat sana memang agak susah korang nak cari makanan (I mean Everland) since dekat sana banyak tourist for sure lah dia tak pernah kisah pun nak jual apa kan. So korang research tempat apa yang boleh makan dekat sana and and memang ada yang halal. Kalau air tak ada masalah sebab minum air mineral pun okay dah. Makanan diorang dekat sana memang pedas (pecah deria rasa aku) lebih kurang makanan dekat Malaysia ada yang pastinya menyelerakan. Memang ramai akan tanya:

"Senang tak nak cari makanan halal dekat sana?"

"Halal ke minuman tu euwwwwwww?" (even aku minum air mineral)

Memang, bab bab halal haram ni kita as orang Islam memang kena ambil berat, sebab tu kitaorang memang akan buat research about makanan dekat sana. Plus Dini memang jenis particular dekat bab makanan, so memang kitaorang kalau nak beli apa apa, awal awal akan seret dia pergi counter dulu. Kalau Dini kata eee tak boleh tak boleh makan, so tahan lah tekak kau even makanan tu agak menyelerakan. Yang penting korang tak ada rasa was was and research makanan tu awal awal halal ataupun tak. Peringatan lagi, elakkan makan any makanan yang ada base daging and sosej. Kalau semua benda kau rasa was was, memang pergi Korea balik dah jadi Mak Lampir sebab kurus tak makan.


Memang favourite aku dari dekat Malaysia lagi tteokbokki


Dekat dalam Everland makanan dia memang agak mahal sikit daripada makanan dekat luar. Standard macam kita pergi mana mana theme park juga. Tapi korang masih boleh beli lagi. Untuk tteokbokki kitaorang just bayar 5,500KRW and cucuk cucuk tu 4,800 untuk 2 cucuk. Air mineral boleh dapat around 1,500KRW je. Janganlah makan beria sangat sampai nak kena ada pencuci mulut. Cukup untuk alas perut korang je pun dah cukup dah okay.


Juice korang boleh beli only 1,500KRW - 2,500KRW and ada banyak perisa!


Candy shop yang aku masuk and pandang je sebab tak tahu dia punya ingredients. Sedih


Apa yang aku suka about Everland ni, tempat dia lawa and memang sangat green environment. Actually we guys tak habiskan semua ride sebab puncanya malas nak beratur and nak berjalan satu ride ke satu ride tu memang jauh and tersangat panas. If korang berangan nak pakai tebal tebal and outwear yang melambak, lupakan niat tu and unpacking semua sebab dekat sana tak kan ada punya tiba tiba salji nak turun. If yang rasa tak nak membazir, korang boleh naik semua ride, cuma kena pupuk nilai kesabaran tu. 


Do Min Joon-shi!!! 


Okay kalau korang memang stan or ada yang stan YG artists, dekat luar after korang keluar from Kpop Hologram tu, ada one shop yang korang boleh beli official YG Ent Merchandise. Gila tak nak beli?! Lightstick dia memang murah sikit compare yang official punya dekat luar, contohnya aku beli lightstick winner, 18,000KRW tapi aku tak tahu dekat luar berapa. If kau survey harga dia sama, atau murah, maafkan daku. Takpun mungkin kau survey tu yang cetak rompak punya? Goyang goyang huruf W tu tercabut? (nampak tak aku punya dengki tu). Kalau tak minat Winner, yang lain punya pun ada, nak mask ala ala Big Bang pun ada ha hambik. 


Ada gunanya ni kalau rumah tiba tiba blackout ke kan


To be honest, masuk Everland ni if ada kacip fatimah ke tongkat ali ke bawa je sebab tenaga tu nak kena guna banyak. We guys yang datang sekejap pun dah exhausted. Malam malam stay sana pun tak ada apa yang menarik. Cuma pokok pokok dia letakkan lampu. Naik roller coaster pun nanti tahu tahu dah tercampak dalam hutan. So kitorang bertolak balik ke sana Gangnam around 8.00 malam sebab nak kejar train sebab last train dekat sana midnight. Naik bas yang sama macam bas yang naik untuk ke Everland. Memang waktu waktu nak balik ramai orang. Jangan sukahati je nak potong queue sebab pakcik bas tu akan automatically halau kau sambil pegang kayu. Aku menyaksikan kejadian tu dan agak kelakar bila tengok orang kena hambat dengan kayu. Better, beratur kalau tak nak mati dibantai kayu.

Sampai Myeongdong pun nak dekat pukul 10 malam waktu Korea, banyak kedai makan dah tutup and memang we guys plan tak nak makan benda berat berat pun. Tapi street foods dekat area Myeongdong tu memang banyak and korang takyah risau kalau dah lewat malam korang tak ada benda nak makan. Kalau kau expect dekat situ ada kueh tiaw kungfu memang silaplah kan. Street market dekat Myeongdong ni memang meriah dengan makanan and yang pastinya banyak yang halal. If korang rasa macam ragu ragu je nak makan, ada juga halal food dekat sana macam kebab ayam and daging (kitaorang memang craving daging masa tu sumpah cakap). And korang boleh pilih nak pedas ke, biasa biasa ke ataupun extra pedas. Kalau nak extra pedas tu make sure dah ready untuk lidah tu terputus sebab dia memang akan letak pedas gila punya. Makan sambil nangis.


Don't worry sebab diorang memang pentingkan kebersihan and guna sarung tangan


Salah satu nikmat hidup. Korang boleh dapat dengan 2,500KRW je. So sedap and affordable


Halal Kebab nampak tu. Dia meniaga kebab macam nak bunuh orang, banyak betul pisau dia simpan.
Untuk kebab korang boleh dapat around 5,000KRW ikutlah perisa apa kau nak.


Kalau rasa nak jimat duit beli air tapi tekak nak minum air berperisa, korang wajib singgah mana mana convenience store dekat tepi tepi jalan masa on the way nak balik sebab ada jual juice siap free ice cup dengan harga 600KRW - 1,000KRW only. Air dia memang sedap and ada banyak perisa. Serious sampai sekarang aku masih rasa menyesal and ralat tak beli air ni satu luggage buat meniaga dekat sini. Kadang kadang ada covenience store dia yang kau rasa macam kedai belakang rumah kau yang tunggu masa nak terbakar je, tapi bila masuk dalam tu memang every single thing yang korang nak ada. From head to toes, from bahan mentah ke bahan yang dah siap masak. Cuma kena baca elok elok halal ke tak because not every single thing kat sana tak halal and not every single thing boleh makan.


Air berperisa, come to appa!


Sampai je guesthouse masing masing memang terperap dalam bilik lepas mandi sebabnya semua kepenatan and takda aktiviti nak pakai mask pun. Rasanya semua tidur awal. For your information, both of our guesthouse tandas dia bukan personal toilet, tapi dekat luar. Bukan dekat luar tepi jalan macam zaman dulu. Tapi still in the same level and sangat bersih. Kau tak akan nampak ada rambut sehelai pun dekat sana. If you guys rasa macam tak selesanya toilet dekat luar, tu depends dekat diri masing masing sebab for us benda tu tak ada masalah asalkan kau tahu macam mana nak survive. If tak, ada juga hotel berdekatan dekat sana tapi agak membazir sebab kau sewa untuk tidur je, banyak habiskan masa berjalan.

Untuk yang nak tahu berapa total budget apa semua tu, come on tak kan skip terus ke entry 3? Hahahaha. Korang boleh check dekat update Seoul Tips Aizat and update Day 1 Aizat. Dekat sana semua ada and Aizat tak boleh nak bagi details amount dekat sana sebab if ada yang tanya ticket bas apa semua, Aizat naik bas, bukan bawa bas hahaha. That's all. If ada yang nak tanya anything yang related to this entry, korang boleh tinggalkan comment korang dekat bawah.

Ouh ya, Happy 22nd Birthday Mark Tuan!


See you guys in Trip to South Korea : Seoul Day 4 soon. I think rasa macam dah nak sampai ke entry kitaorang pergi idol company je. Next update ada apa? Tunggu! Hehehe




NOTE : teringat pula dekat kimbap ahjumma dekat sana. sangat sedap and sangat affordable. ahjumma, bogoshipda.


TWITTER : @AizatAbd
INSTAGRAM : @skullsulivan
FACEBOOK : Aizat Abd



15 comments:

  1. Pedas dia mcm Asam pedas ke sambal belacan? Or lagi pedas bang.. ?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. "Kalau bengap sangat hologram pun tak tahu sila buat research ok" "Kalau semua benda kau rasa was was, memang pergi Korea balik dah jadi Mak Lampir sebab kurus tak makan." HAHAHAHA adoiii kelakar!!! (or maybe it just me lulz tapi serious best baca)

    ReplyDelete
  4. ingat kan ada selit sikit video kebaaa cedok siimbah . ingat baru nak terbahak bahak ketawa

    ReplyDelete
  5. macam mana abang aizat convertkan duit korea ke malaysia ?

    ReplyDelete
  6. nanti update skali price range untuk barang-ii kat SUM Coex please hahah nak tengok mampu milik ke tidak (kalau ingat lah) :D

    ReplyDelete
  7. bang jat topup berapa dalam t-money utk 8 hari tu?

    ReplyDelete
  8. macam mana nak booking guesthouse tu bang jat ?

    ReplyDelete
  9. Pergi sana bwk banyak baju tak ��

    ReplyDelete
  10. haha caption gambar win lulz

    ReplyDelete
  11. Amboi bangjat suka got7 keeeee tak lupa dekat birthday mark tu haaa. #igot7 hereee haha. Hmm anyway, macam susah je nak travel sana sini sebab guna map kan. Takut sesat pulak. Map dia guna english ke korea??? Or korang memang tibai je buat buat paham kat peta tu?

    ReplyDelete
  12. bangjat post satu album kat rumah i !!

    ReplyDelete
  13. yang meniaga kebab macam nak bunuh org tu memang kelaka giler.. hahahaha..

    ReplyDelete
  14. Em nak tanya agak agak en laki muda kat korea hensem hensem dok cam idol hahaaha and panas korea tu cam panas kat malaysia jugak ke or biasa biasa je ! Harap dibalas

    ReplyDelete
  15. Solat kat sana macam mana? Is it easy esp for girls? Just wondering la Abang Aizat.

    ReplyDelete