APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Tuesday, September 1, 2015

Trip to South Korea : Seoul Day 2

ASSALAMUALAIKUM

Ingatkan dah post ketujuh aku update, rupanya baru nak masuk post dua.

Seoul, July 29, 2015

Bangun pagi harini rasa macam terkejut nyawa sikit sebab bangun bangun je dah terang benderang dekat luar and ingatkan dah tengah hari. Tengok jam, baru pukul 6 pagi. Terlupa pula yang dekat sini pukul 5.30 pagi kau dah boleh nak berpicnic dekat tepi jalan sebab memang terang dia macam pukul 8 pagi dekat Malaysia. 

Plan harini nak pergi Namsan Tower (tempat orang sibuk nak kunci cinta dia) dengan Bukchon Hanok Village since Namsan Tower tu dengan guesthouse kitaorang tak jauh pun. Daripada guesthouse kau dah boleh nampak Namsan Tower tu lambai lambai dekat kau suruh datang. After semua dah siap, we guys turun untuk breakfast, Tips, if korang cari mana mana guesthouse dekat sini, please ambil yang ada sekali breakfast. Selain daripada jimat duit, jimat masa juga. Takdalah engkau menjajau (entah bahasa apa entah aku guna) nak cari tempat untuk breakfast.


Rumah dia macam rumah mainan. So comel!


Antara benda yang paling aku suka dekat Myeongdong selain daripada kelengkapan dia, dia punya street arts. Kiranya dekat tepi jalan jalan or mana mana dinding, korang akan nampak street arts and senanglah kau nak buat ootd kau. Setiap dinding boleh ambil gambar buat stock ootd kau untuk setahun setengah. Tapi, apa yang aku perasan dekat sini, jalan dia semua berbukit. Kalau ada yang berniat nak jadi idol guna high heels, boleh campak dah heels kau tu dekat dalam longkang sekarang. 


Kalau balik nak berguling pun tak apa kalau rasa nak mati dekat Korea


Dekat satu dinding je dah boleh snap gambar nak dekat 100 keping (hai Namsan Tower dekat belakang tu)


From left ; junior year and senior year (senior ajar junior ponteng sekolah)

Satu je nasihat aku, if korang travel dengan kawan kawan korang yang tak suka berjalan, maksud aku jalan kaki ke satu tempat ke satu tempat, better sebelum pergi korang fikir lebih daripada 67 kali nak pergi dengan dia ke tak sebab dekat sini, selain daripada korang naik public transport, korang akan kena berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Kadang kadang sampai 2 3 kilometer juga kena berjalan daripada train station. Nak nak if korang nak pergi idol company. Kau nampak je happy terloncat loncat kitaorang ambil gambar, dia punya jauh buat kau mengucap panjang. 

Plus, if dah sampai Myeongdong, if tak tahu jalan nak ke Namsan Tower tu, korang tanya je any ahjussi or ahjumma dekat situ. If tak tahu nak cakap panjang, cakap simple je. 

"Halo halo, Namsan Tower where where? Namsan Tower where?" (elak kena bantai je main halo)

So dia akan tunjuk kau jalan. Kalau tak tunjuk pun dia akan lari masuk dekat dalam kedai dia or rumah dia lepastu tak keluar keluar dah sebab mostly orang berusia dekat sini takut sikit dengan tourist yang speaking ni. Kau ingat dia ada masa nak melayan kau? Tapi kitaorang ada Dini and Didi so boleh berlagak macam rakyat jelata Korea tapi still ada masalah juga nak cari tempat sebabnya ada bangunan or tempat yang diorang tak familiar sangat.

So, sampailah ke Namsan Tower Cable Car station. Nak naik atas tu korang kena naik cable car ataupun dengan cara lain, naik tangga. Dinasihatkan, lupakan niat naik tangga sebab tangga dia punya tinggi 7 kali tangga dekat Batu Caves. Ticket aku beli round trip dengan harga 8,500KRW. Jangan beli one way nanti ticket takda naiklah kau tangga, padan muka. 


Masa ni baru lepas hujan so kabus kabus tu ada fefeeling winter puih


Sampai dekat sana, korang akan berhenti dekat satu platform dan korang kena naik tangga sikit untuk sampai ke Namsan Tower. Sebab tu aku kata lupakan niat naik tangga sebab dekat sini punya banyak tangga nak kena daki. Aku tengok Meen, Didi and Dini punya tudung pun dah macam tuala mandi. 


Aisehh men boleh fefeeling Lee Min Ho ni. Tak sabar guwa


Do Min Joon-shi!!!! (tukar fikiran, nak jadi Kim Soo Hyun pula)


Dekat sini korang memang akan banyak jumpa tempat padlocks ni tapi yang paling famous area paling atas sekali dekat Namsan Tower. Kalau siapa ada bawa kunci basikal untuk letak dekat sana (aku akan ketawa bagai nak mati kalau ada yang bawa), korang jangan letak dekat bawah tu dulu. Make sure dah sampai area Namsan Tower tu baru letak.

Kalau ada yang berangan nak letak nama dia dengan pasangan dia ke kengkawan dia ke or family dia, korang boleh beli padlocks ni dekat shop area Namsan Tower tu dengan harga 10,000KRW - 12,000KRW (takda GST ya) dengan corak yang comel comel. Kalau yang dah bawa kunci basikal tu terus pergi lekat je ok. Dia akan kasi korang pen percuma untuk korang tulis apa apa dekat padlock. 


Dalam banyak banyak padlocks ni, aku rasa 10 pasangan je kekal till jannah #relationshipgoals


ni view yang paling aku suka even aku rasa nak halau je orang orang ni buat semak dalam gambar


Tengok, kan aku dah cakap kunci basikal pun ada. Jenama solex hahahahahah kasi cinta kukuh gittuw


Dekat area padlocks ni korang akan nampak benda benda pelik orang gantung sekali dengan padlock dia tu. Ada casing phone, and paling pelik tisu dia letak dalam plastics pun ada. Mungkin tisu hingus first diorang kongsi sama sama? Jijik betul.

Kalau rasa nak beli souvenir ke, korang boleh masuk dekat kedai area situ and ada banyak barang barang yang korang boleh beli. Nak naik puncak Namsan Tower pun boleh tapi korang kena beli ticket 7,000KRW. Dekat sini kerja main duit je, benci. 


Sampai sampai je Kris sambut. Happy kejap


View from Namsan Tower. Baru lepas hujan so view berkabus dia agak menyedihkan


Dekat sini juga ada show yang korang boleh tengok. Macam tarian naga juga cuma a bit different


Kitaorang tak ambil masa lama pun dekat Namsan Tower sebabnya masa tu dah mula gerimis sikit and nak pergi tempat lain pula. Dekat sini pun ada padlocks je tapi wajib pergi sebab benda ni macam dah jadi simbolik kan (menyampah betul ayat). Untuk tengah hari kitaorang tak makan benda berat pun sebabnya dah breakfast tadi and we guys just makan street foods je dekat Myeongdong. Tu pun dah terlebih kenyang. Kalau boleh nak berjalan sambil tidur sebab lepas makan mesti mengantuk. 


Apa yang aku perhati kasut ni lately jadi satu trend dekat Malaysia, ahjumma  dekat sini ramai pakai kasut 
macam ni. If kau rasa dapat kasut ni kau berlagak, please ahjumma sana berlambak buat pergi pasar je


Kai dengan Chanyeol pula dok perhati, malulah kita


Siapa yang dah berangan nak pakai Hanbok (Traditional Korean Dress)? Okay korang boleh cari M-Plaza ni dekat sana. I think depan Banila.co kalau tak salah. Kalau daripada jalan besar, dia belah kanan. Bukan belah kiri Nature Republic tu. Jangan risau, nak try dia free je and takyah risau nak cakap macam mana untuk try sebab dekat sana ada counter English, Korean and Chinese. Masuk dalam M-Plaza tu and naik level 4 kalau tak silap aku ataupun tanya orang tu level berapa Seoul Global Cultural Center. Korang pergi je dekat English counter tu. Then pos pes pos pes cakap nak pakai. Dia akan kasi masa 10 minit. Siapa cakap tak cukup? Cukup untuk kau buat drama The Moon That Embraces The Sun (masih belum move on dengan Kim Soo Hyun).


Cari bangunan berdiri megah ni


Ni masa hari pertabalan diraja. Aku raja lain semua tukang kebun (keba) dengan orang gaji


Dah sampai 10 minit tu jangan tak reti nak buka, pulangkan then pergilah kau cari street foods area luar daripada bangunan tu. Again, jangan makan benda base daging or sosej ok. Isi ketam ke seafood ke kalau yakin makan je, bedal.


Oppa! (emoji love 2 biji)


Oppa pegang isi ketam pun dah comel! Adore betul (weh adakah ini sejenis riak?)


Nak rasa cucuk cucuk macam dalam running man makan panas panas pun no problem. 1,000KRW je


Lepas dah bantai makan, so kitaorang pergilah ke Bukchon Hanok Village (weh sumpah aku punya otak dah cramp sebab update panjang sangat). Dekat sini, korang boleh ambil gambar dekat rumah lawa lawa macam yang dalam drama drama berlakon tu. Ni yang benci ni mood Do Min Joon datang lagi ni. Nak pergi sini korang kena naik train from Myeongdong (guna line 4) and berhenti dekat Hyehwa Station (kalau sesat pandai sendiri cari jalan pulang ok). Ni apa yang aku ingat sebab korang daripada train station tu kena berjalan jauh sikit nak ke sini. Make sure ambil map awal awal. Jangan berlagak macam kampung sendiri main redah je.


Belum sampai lagi, baru nak lintas jalan ni


Cantik kan! Siap ada Cheon Song Yi lagi depan tu. Yang tepi 2 orang ni aku nak crop kesian pula


From left ; Seolhyun AOA, Cheon Song Yi, Dara 2NE1 and Ji Sukjin from Runningman


Jangan lupa bawa duit lebih sikit sebab dekat sini ada cute cafes dengan cute shops! Orang yang cute ada aku je. Dah petang petang buta macam ni semua dah takda tenaga sebab kena daki bukit mashaAllah punya tinggi sebab nak naik village ni. Dengan guna tenaga nak snap gambar, posing lagi. 






Malam tu kitaorang plan nak makan macam dalam drama sebab harini punya tema drama je kan. Dekat area Sindangdong, tapi kan, aku tak ingat nama kedai tu apa hahahahaha maafkan daku sebab berperangai begini. Kalau nak tahu korang scroll gambar yang aku post (instagram) then click location and stalk sampai habis quota internet ok. Tapi nak ke sana aku tahu. Korang turun dekat Sindang Station and keluar dekat exit 8. Kitaorang naik line 6 then jalan je terus sampai korang nampak pintu gerbang cakap situ Sindangdong Town kot, dekat belah kanan kau if kau jalan menegak je. 


Nyums! Aku makan sorang pun takpe sebab tersangat sedap!


Makan maggi dekat Malaysia pun ada (nganjing ni). LOL, makanlah dekat Malaysia siapa pula marah


Air masak dekat sini free je ok so tak payah membazir nak air berperisa

Makan dekat sini sangat affordable dan sedap. Untuk dinner kitaorang makan only 18,000KRW untuk 5 orang dan kenyang boleh sampai hari kelima dekat sini rasanya. And sorang perlu bayar around 4,000KRW je. Takda macam first day tu, nangis nak bayar. Lepas dah makan of course kepala aku fikir nak mandi nak rest memang aku tak hadap dah apa apa pasar malam ke dekat tepi tepi jalan tu. So, kitaorang terus balik ke guesthouse.

Tiba tiba, Didi jumpa idol HAHAHAHAHA




Owner guesthouse siap bagi we guys mask muka. Mungkin buruk sangat muka kitaorang ni agaknya. And fruits pudding ni memang favourite gila bapak lah dekat sana. Sangat sedap and boleh dapat dekat any convenience store dekat sana dengan harga 2,000KRW. Memang tak akan share dengan orang lain punya.





Masa pakai mask ni aku dengan lain lain ketawa nak dekat setengah jam nonstop sebab tengok muka meen. Sampai tak lekat lagi dah mask tu dekat muka aku sebab air mata penuh je sebab ketawa. Dahlah kelakar, kena ketawa diam diam sebab dekat sini pukul 11.00PM semua dah kena diam. Ya tohan ketawa dalam selimut pun tak mampu nak kawal perasaan kelakar ni. Lepas dah ketawa semua balik sarang and terbongkang tak sedar diri sebab harini banyak berjalan and memang letih.

Hari ketiga kitaorang buat apa pula? Jeng jeng ko saba jelah bila aku nak update sebab sekarang tangan aku tengah bengkak and otak aku pun bengkak sebab entry ni macam buat folio sejarah dah dia punya panjang.

Jumpa lagi dekat Trip to South Korea : Seoul Day 3 (ni sampai tahun depan agaknya nak sampai Day 8 ni). Siapa ada apa apa nak tanya about Day 1 and 2, comment dekat bawah ok.




Oh ya, Happy 19th Birthday  Kookie! - Do Min Joon Hyung


NOTE : sampai sekarang tunggu Korea Tourism Agency call sebab aku punya panjang cerita ni macam dah boleh masuk kedutaan dia.


TWITTER : @AizatAbd
INSTAGRAM : @skullsulivan
FACEBOOK : Aizat Abd


42 comments:

  1. Omg best nyeeeeeee. Nanti dah habis semua 8 days please buat travel itinerary & tips ye.

    XOXO missHDYH

    ReplyDelete
  2. Gigih berjalan! Good job actually. Btw, dekat namsan tower just ada yang padlock and tengok pemandangan je lah? Okay okay thank for the info bang jat.

    ReplyDelete
  3. Tak sabar nak tunggu cerita pergi SMTOWN Coex Artium tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah tu day 5, lambat lagi tu hahaha

      Delete
  4. Thankyouuuuu for your entry. Boleh buat panduan nak pergi korea one day nanti :)

    ReplyDelete
  5. abang jat! dekat myung-dong banyak fangoods tak? harga dia affordable or lebih baik beli terus dkt coex artium terus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Myeongdong murah sikit tapi kalau nak yang cantik cantik better beli dekat coex artium sebab dekat Myeongdong tu album je banyak, kalau merchandise banyak dekat official store diorang.

      Delete
  6. Best sgt bangjat punya citer.. btw y streetfoods tu ada ke free y mcm nk suruh org try dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut juga. Kadang kadang ada kadang kadang tak ada. Tapi street foods dia murah je hehehe

      Delete
  7. salam abg aizat,dekat entry 1st abg aizat ada cakap pasal guesthouse.boleh terangkan sikit tak pasal accomodation punya harga sbb abang aizat cakap abg bayar rm500 utk 8 hari & 2 guesthouse.mcm tak faham sikit la part tu.is it satu guesthouse kena bayar rm500 atau dua guesthouse tu kena bayar rm500 (?) jangan lupa reply bangjatt T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. 500 untuk sorang. So Aizat share dengan Keba, total RM1000 untuk 2 buah guesthouse. Kiranya sehari bayar RM125++ macam tu untuk 2 orang.

      Conclusion, RM1000 untuk 2 guesthouse. Maaf Aizat tak uruskan accommodation so Aizat tahu anggaran kasar je. You boleh google untuk tahu the actual price hehehe

      Delete
  8. Salam abg ijat , nk tnya , sana halal food senang cri tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang if you buat research. Banyak je boleh jumpa hehehe

      Delete
  9. Salam, annyeonghaseyo!
    1)Bang jat, korang semua jejalan dr satu tempat ke tempat yg lain. Mcm dr myeong-dong ke itaewon ke mana2 la kan. Korang just take subway je kan? Biasanya berapa harga tiketnya?
    2)Tak pernah try naik teksi or bus ke? Kalau pernah range harga berapa?
    3)Pls update blog sampai day 8. Sbb blog bang jat sgt m'bantu saya. Bang jat fighting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, hello!
      1. Yes naik subway. Guna T-Money, we guys topup 20,000 won and ada baki lagi masa balik sebab we guys pergi banyak tempat. Price dia tak sama so tak tahu actual price sebab main swipe je
      2. Tak pernah naik teksi, tapi bas pernah. Ikutlah berapa jauh u jalan, Aizat pun tak sure berapa sebab we guys naik untuk pergi everland je.
      3. Thank u!

      Delete
  10. Hahah.. dulu 1 st day entry ni baca 3 pagi, entry ni baca awal pulak , hahaha kelakar gila keba jadi ji suk jin.. wakaka
    Tak sabar utk next entry 😋
    Keep it up abg jat ✌💪👍

    ReplyDelete
  11. Abg jat,harga air kat kafe tu mahal tak ?

    ReplyDelete
  12. roughly, bajet kasar habis berapa include flight ticket and all that, dalam malaysia ringgit yang agak menyedihkan tu, berapa erk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Refer entry Seoul Tips and Day 1 sebab dekat situ ada cerita. Hehehehe

      Delete
  13. Jatjat. Cepatlah abeskan sume entry.bkn sbb tak sabar.tarikh ke korea hampir menjelang tiba.tak smpat nak amek info kang.bahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha alright InshaAllah akan gigih update hehehe

      Delete
  14. Saya pon sekarang ni dah menekad nak try buat planning dgn savings. Lecturer ade kasi tips semalam, dia suruh simpan rm1 sehari~ then dia kata better pergi korea after habis degree nanti 👏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, saving sikit sikit nanti adalah hasilnya hehe

      Delete
  15. Sory lari tajuk.bole tak you cerita about your journey in melaka.apa yg best.mana tempat makan best.tempat mana lawa sbb slalu tgk korg pegi melaka.

    ReplyDelete
  16. Salam aizat, I'm your new reader. Suka cara aizat tulis sebab sempoi and lawak!

    Anyway though, thanks for another great entry! Banyak info dah dapat ni sebelum nak ke korea (entah bila nak pergi belum tau lagi huhu). Sama la kat england sini, time summer pukul 5 pagi dah terang menderang (ke benderang). Can't wait for day 3! Takpe, take your time chillex kan otak tu dulu. heheh.

    http://captaineverland.blogspot.co.uk/2015/09/warner-bros-studio-tour-part-two.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, hai!

      Thank you so much, I will hehehe.

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. omgoodness im so gonna go to seoul!!!

    ReplyDelete
  19. Kak didi and kak dini tu study korea ke be4 this?

    ReplyDelete
  20. Bestt sngat bace entry aizat.. mesti byak berangan do min joon kann? haha.. dah berangan dah ni nak g korea.. haha

    ReplyDelete
  21. Hi Aizat, i have 1 questions that really makes me wondering. You didn't mention that is wearing hanbok for 10mins dekat M.Plaza, ada kena charge apa apa tak? Or free? Thanks in advance!

    ReplyDelete
  22. Hahahahahahha Ji SukJin from Running Man paling lawak k ahahahahahhahaa...k soalan nk tanya is, berapa total belanja yg spend dkt korea(tak masuk flight n guesthouse)

    ReplyDelete
  23. Hahahahahahha Ji SukJin from Running Man paling lawak k ahahahahahhahaa...k soalan nk tanya is, berapa total belanja yg spend dkt korea(tak masuk flight n guesthouse)

    ReplyDelete
  24. sedap tak fish cake cucuk2 dlm running man tu?? sbb rm member mkn & ckp sodappp gilerrrr!! nk tahu aper rasanya ^^ thanks

    ReplyDelete
  25. Kalau u guys jalan2 kat luar solat kat mana eh ? Is it senang or susah ? ��

    ReplyDelete
  26. Eijat, kau guna tripod kan? tangkap gambar guna camera apa?

    ReplyDelete