APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, January 30, 2016

Parents

ASSALAMUALAIKUM

Sepanjang korang hidup dekat muka bumi ni, pernah tak korang dengar parents ke or atuk nenek korang cakap,

"Korang dah ada anak nanti korang tahulah macam mana nanti"


Of course ayat tu memang bagi aku dah tertulis sejak hakiki wajib bagi orang orang tua kita cakap dekat anak anak dia, then bila kita ada anak pula nanti, wajib kita cakap dekat anak anak kita. Oh ya, terkejut tak tiba tiba aku yang dah lama menyepi, tiba tiba muncul balik? Ah kau tak terkejut, biar aku terkejut sorang. Bukan apa, aku tengah godek godek gambar gambar lama lama aku tiba tiba aku teringat pulak zaman zaman kecik aku.

Yelah, aku dari kecik sampai ke besar memang tak pernah kalau tak degil. Degil tu orang kata memang dah melekat dalam badan, masuk mesin basuh cuci 21 kali siap dengan spin but masih ada sisa baki degil tu. So disebabkan degil tulah berulang kali kene berleter. Then bila dah kena berleter mulalah nak buat dosa mengeluh cakap, ye orang tahu apa yang orang buat. Maka, terkeluarlah ayat "korang dah ada anak nanti korang tahulah macam mana nanti" daripada Puan Ibu.

Teringat pula masa zaman zaman baru nak membesar. Parents aku yang jenis memang kitaorang ni takde chance lah nak melepak sabtu ahad dekat mall keluar dengan kawan kawan masa sekolah. Kalau nak keluar pun, mesti dengan diorang sekali. Kalau tak, duduklah dekat rumah main basikal dengan adik beradik. Ceritanya kalau dah main basikal pula, tak akan balik selagi lutut tak kopak sampai nampak tulang. Yelah, nak keluar dengan kengkawan tak dapat, mainlah basikal sampai aku rasa basikal tu dah bersyukur bila aku dah besar tak main basikal tu lagi.

Bila dah besar sikit, dah masuk belajar, barulah ada peluang nak keluar dengan kawan kawan. Itu pun kawan kawan yang mak ayah aku dah kenal. Kadang kadang aku rasa macam strictnya hidup even aku ni anak lelaki kan. Then bila keluar, pukul 10 macam tu kalau tak balik lagi, siapkanlah telefon kat telinga dengar leteran yang aku rasa kalau jual dekat kedai buku, buku Faiz Ibrahim pun jatuh menjunam sale dia. So, kalau dah keluar dari pagi tu, sebelum maghrib memang aku akan sampai dekat rumah sebab nak elak kena leter sampai berbulan bulan or takde peluang nak keluar lagi next time.

Masuk pula umur aku atas 21 tahun macam tu, apa yang aku nampak, diorang dah mula tak berapa kawal sangat, tapi asalkan mana nak pergi, pukul berapa nak balik, dengan siapa pergi kena bagitahu. Mula mula dulu aku rasa macam alah benda macam tu pun nak kena bagitahu. Bukannya kita tak reti nak balik rumah, bukannya nak pergi bersosial, bukannya nak pergi overnight dengan entah siapa siapa orang. Baru nak makan tembikai, dah kena call bila nak balik? Dengan bersungguh jawab, kejap lagi tengah on the way, jammed ni. Padahal jalan lengang macam cerita walking dead.

Tapi,

Apa yang aku sedar sekarang, benda tu semualah yang sebenarnya menjadikan kita semua macam apa yang kita jadi harini. Even ada masa macam kita rasa benda tu menyusahkan, rasa macam aduh nak keluar kejap pun tak boleh. Tapi if kita memang dah biasa dengan benda macam tu, even umur kita dah 27 tahun pun bila dah sampai pukul 12 masih melepak dekat luar, mesti akan rasa macam "OMG dah lewat dah ni kena balik lah", even parents kita takda call ke apa sebab dia rasa kita dah boleh uruskan diri kita sendiri, dah boleh fikir yang mana baik yang mana buruk. Tak tahulah if kau ni parents dah tegur banyak kali pun kau masih berperangai tak senonoh, ha yang tu case dia kau kena naik cameron highland, then pergi hilangkan diri korang ok?

Even kita dah rasa kita matang pun kadang kadang bila dia call, dia msg, dia whatsapp ke facetime kita kakaotalk ke post surat ke guna poslaju, kita tak angkat or berbalas, mesti dia akan cuba reach kawan kawan kita atau adik beradik kita yang lain, takpun jiran setaman pun dia akan cuba untuk contact juga. Throwback balik cerita dulu, sebab tiba tiba teringat. Aku sejak kecik kalau balik sekolah memang akan duduk rumah nenek sementara nak tunggu Encik Ayah atau Puan Ibu ambil after kerja. So aku adalah kawan dengan sorang budak ni yang memang suka main tanah ke lumpur ke lopak air ke, tangki najis dekat dekat situ ada pun dia pernah cuba untuk buka nak tengok apa ada dalam tu. Ada tahi lah gila! Euwwwww.

So nenek aku memang awal awal dah kasi warning, jangan main dekat lopak air ke tali air ke ikut budak tu. So aku pun macam biasalah pusar kat kepala ni ada 7 agaknya, ikut dia pergi main lopak air, main air tanah apa semua. Lepastu singgah kedai Cik Ali beli air loncan then minum dengan dia dengan berlumpur lumpur tu. Balik je rumah tengok nenek aku dengan Puan Ibu dah siap sedia depan pintu. Amik kau kena rotan dengan pucuk pokok rambutan, kau tahu dia punya sakit macam kena bedah tanpa bius. So Puan Ibu pun warning, jangan main dengan budak tu lagi kalau dia nak main kat lopak air ke apa ke sebab banyak kuman.

Esoknya, budak tu datang nak ajak aku main main sekitar situ. Aku pun stay je dalam rumah nenek and cakap:

"Ibu aku tak bagi main main dengan kau lagi, sebab dia kata kau banyak kuman"

SUDAH!

Yang Ibu aku cakap lain, yang aku sampaikan lain. Yang budak tu rumah dia atas je rumah nenek aku, dia pun jerit "MAKKKKKK! MIRUL KATA ORANG BANYAK KUMANNNNNN!!!!!!"

*nama aku in real life orang panggil mirul, aizat nama stage KAHKAHKAH!*

Sejak daripada haritu, aku memang dah tak berkawan dengan dia. Kalau ayah nak hantar aku saja saja rumah nenek, lalu depan rumah dia, dia jeling aku sampai boleh terkebelakang biji mata dia. Tapi sekarang ok dah and dia dah jadi polis. Tak berani dah nak cakap dekat dia yang dia tu banyak kuman, kena tembak mati aku.

So apa yang aku nak cerita harini, setiap apa benda yang parents korang cakap ke, kawal ke, semua ada kebaikan. Even kau rasa benda tu kau tahu tak perlu nak ajar, tapi at least cuba ikut. Pernah aku selalu dengar arwah nenek aku cakap, nak membesarkan anak, nak mendapatkan anak, nak menjaga seorang anak tu bukan senang, apatah lagi 3 4 orang, dengar cakap mak ayah. Diorang buat sebab diorang risau and sayang. Sebab tulah wujudnya perkataan, 

"Korang dah ada anak nanti korang tahulah macam mana nanti"


Sebab kita pun ada rasa benda sama, akan buat benda sama dekat anak anak kita nanti. And beringat, Ibu Ayah bukan boleh kita cari 2 3 kali, hargai apa yang kita ada depan mata kita sekarang. Sebabnya, orang kata, bila dah tak ada baru kita akan rasa apa perasaan sebenar rindu.


-THE END-


NOTE : teringat masa kecik aku kena baling dengan batu masa main perang perang and batu tu kena tepi je mata aku, darah keluar tak henti. aku tak boleh imagine kalau kena tepat kat mata aku.


TWITTER : @AizatAbd
INSTAGRAM : @skullsulivan
FACEBOOK : Aizat Abd


3 comments:

  1. Setiap ibu ayah mahukan yg terbaik utk kehidupan anak-anak mereka. So, bersyukurlah kita krn mempunyai ibu ayah yg sangat sayangkan kita & masih memikirkan yg terbaik utk kita walaupun kita semakin dewasa.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete