APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, June 11, 2016

Trip to Philippines : Davao

ASSALAMUALAIKUM

Sejak busy busy dengan kerja yang berlambak ni, ada masa kena juga nak manjakan diri untuk berjalan kan. Cuci cuci mata, lari lari dekat pantai, main kejar kejar dengan kawan kawan. Alah menyampah dengar. Kebetulan aku pun memang dah lama teringin betul nak pergi Philippines sebab benda tu macam craving memandangkan sejak aku bayi memang aku belum pernah jejakkan kaki aku dekat Philippines. Bukan kata kaki je tak jejak, carbon dioxide yang aku hembuskan pun belum tentu dah jejak sana.


Tapi sekarang ni aku nak cerita and highlight satu benda. Pernah korang dengar pasal HalalTrip?

Of course lah pernah kan sebabnya siapa yang nak melancong especially muslim, semua nak cari benda yang totally halal, selamat and takda ragu ragu dalam kepala kan. Ni karang takda apa apa info, main bantai je makan minum. Takpun tiba tiba ada rasa ragu ragu, ha berlaparlah kau sepanjang duduk kat sana. Pagi petang siang malam nganga makan angin je. In sha Allah boleh survive tapi balik je tanah air, confirm nazak.

So kalini, my plan is, proceed dengan HalalTrip since aku tengok dia punya feedback macam sangat “Oh My God!” and ramai orang recommend suruh refer HalalTrip if nak pergi mana mana sebab dia memang ada list out tempat yang best best nak pergi and wajib untuk korang pergi. So of course lah aku pun turut nak rasa “Oh My God!” juga. So destination aku, Philippines!


1st DAY, April 17, 2016

Harini tidur pun macam tidur tidur ayam je since flight from Singapore ke Davao delayed (pergi Singapore sebab nak gerak sama with all teammates), baik baik pukul 9.40 nak bertolak, jadinya nak dekat pukul 12 barulah terkedek kedek nak bertolak. Mata pun sampai tak larat nak buka. By 330am macam tu sampailah ke Davao. Orang nak sambut tu pun dah sampai tidur bangun tidur bangun dalam van dah.

Checked in at Marco Polo Hotel Davao sebelum keluar around 9 pagi macam tu untuk pergi first destination. Sampai je hotel bukan tidur pun, aku dengan Shyra buat drama sebabnya dekat sana baru pukul 5 pagi terang dia dah macam pukul 11 pagi. Drama punya drama last last tertidur atas katil empuk yang kalau campak kau atas katil tu, tenggelam tak nampak sehelai rambut pun.


Bangun pukul 8 dah nampak panas macam ni. Tak kelakar ok


Siap dapat benda ni keluar je dari airport, rasa macam idol betul. Muka dah sama Do Min Joon dah


Our first destination, Rumah Kari.

Sebelum sampai sini je aku dah dapat merasakan yang aku akan makan banyak since aku memang peminat tegar kari. Lagi lagi perut memang tengah lapar pula, tak kisah dah apa orang nak cakap. Bunyi perut pun dah macam bunyi alarm bomba. Rumah Kari ni memang famous dekat sini, apa yang bestnya, makanan dia semua nampak tempting gila, bukan nampak je, rasa dia pun sama.

Squad from Singapore, Malaysia and Indonesia! (kecuali aku from Korea huhuhu)


Masa masuk masuk je aku nampak makanan dah terhidang dekat main area dia. Lagilah aku rasa nak terkam tanpa fikir orang tu jemput makan ke apa. Mula mula ingatkan tempat ni tak ramai orang sebab masuk masuk je tak ada orang langsung, bunyi cengkerik pun tak nak keluar. Rupanya owner ni tutup restaurant dia harini just untuk we guys. Plus owner dia sendiri yang masak makanan ni semua untuk kami. Masa tu aku rasa nak peluk je owner dia tapi sebab dia pompuan aku cancel. Haram!


Siap dia masakkan sambal ayam tau, macam tahu je aku suka sambal ayam


Nak ambil banyak rasa macam tamak tapi kalau ikutkan hati macam nak angkut semua and tapau masuk dalam bag aku, kalau tak muat bag adik aku pun boleh muat. So, makanan dia memang sedap gila especially briyani rice dia (bukan main cakap omputih kau haa).


Ni nama dia portion bila kau datang or makan kat rumah orang, kalau rumah sendiri takdanya sikit ni je


Bila dah makan banyak and kenyang, mulalah rasa kesian dekat owner sebab banyak makanan yang dia masak tak habis. And dia siap tanya lagi sama ada we guys nak bawa balik makanan tu ke tak sebab dia boleh bungkuskan. Macam aku cakap, kalau ikut hati memang nak cakap ye, tapi mulut cakap eh tak apa dah kenyang dah. Fake tau! 

After makan kat rumah kari, our next destination is masjid. Populatrity orang islam kat sini masih banyak belum berkembang lagi tapi yang bestnya, masjid senang jugalah nak cari dekat sini and memang dijaga dengan bersih. 



Nak tahu ni masjid apa, ha tengok tu diorang tengah gigih update dekat apps HalalTrip


Apa yang bestnya dekat Davao ni, shopping! Weh aku dengan diaorang ni semua boleh habiskan masa untuk shopping je tak payah pergi tempat lain pun aku tak kisah since bagi aku mall dia menarik even dekat mana mana negara pun ada mall. Maybe sebab currency dia rendah daripada Malaysia? So, first mall yang kitaorang pergi SM Lanang Premier ni (macam SM Ent tau nama dia benci teringat Korea). Aku dengan adik aku dah cuak dah kenapa shopping first day ni nanti duit habis macam mana, ada lagi 4 hari nak hidup dekat sini. Awal awal dah azankan telinga masing masing so takdelah masing masing belanja ikut nafsu.


Nampak macam suam kuku kan, ha masuk dalam dia baru kau tahu 


Menyempat nak posing kan benci betul


Ini masa yang paling seronok aku rasa, sebab we guys akan minum petang. Dekat mana? Habi at Kape dalam mall ni. Kau tengok je makanan kat bawah ni pun dah nampak terliur gila kan? Apa lagi aku yang menghadap benda ni depan mata. Aku nak point out tunjuk satu satu makanan ni punya nama apa susahlah but if you guys plan nak makan dekat cafe ni, so suggestion aku korang boleh try benda yang aku list out dekat bawah ni, must try!

Gourmet TUYO Pasta
ADOBO Pandesal (sandwich)
Pinoy BIKO (rice cake)


aku paling suka rice cake dia! yang warna coklat ni. rasa dia sangat omg tau


Ok lepas makan mestilah sambung shopping since tadi nak cerita pasal shopping pun tak habis lagi kan. Apa yang aku suka dekat sini, brand dia semua famous, maksud aku local brand dia macam Oxygen, Penshoppe and  Bench/. Quality dia sangatlah best and sangatlah omg. Kalau nak beli pun takde nak fikir fikir sebab akan terus beli. Tapi kena nangis sikitlah sebab duit akan habis.


Tadaaaaaa! Ni apa yang aku beli (please korang sila jerit jerit buat nampak excited k)


Siapa dekat sini kaki tuna? Aku bukanlah tanya kau ni manusia berkaki ikan tuna ke, aku nak tahu siapa sini suka makan tuna? So korang kena singgah dekat Marina Tuna sebab dia akan sediakan tuna depan mata kau sampai kau rasa ok taubat nak makan tuna dah untuk beberapa tahun sebab dia ada 10 hidangan tuna berlainan masakan. Power tak? Jus tuna je takda (aku tak sanggop ok nak minum kalau wujud).


kau sampai sini kau waze lah ok macam mana nak pergi, takpun guna apps HalalTrip, senang tau!


ikan ni kalau telan si utie tu pun boleh. mulut dia je dah besar kepala aku


rasa dia macam tomyam. tomyam tuna maybe? or tuna tomyam? bantaikan jelah


yang ni paling sedap and paling aku boleh hadap tanpa toleh kiri kanan


paling best mestilah dessert time kan! siapa tak minat durian jangan makan ok. berbuih mulut ko nanti


Lepas dinner of course semua dah letih and dalam kepala fikir nak balik hotel mandi and terjun atas katil je. Yang sedihnya sebab esoknya nak check out from hotel awal pagi sebab nak pindah pergi tempat lain. Akan aku gunakan sebaik mungkin masa dalam hotel ni, buah mangga dia semua aku bantai makan tanpa tinggal kulit (ok ini satu penipuan). Lepas masing masing dah mabuk tuna, masa untuk tidur recharge energy untuk hari kedua!


Marco Polo Team sangat comel, thank you so much! awww (takda leher aku sakit tidur dalam flight)


2nd DAY, April 18, 2016

Hari ni bersemangat bangun sebab dengar cerita harini nak pergi island. Part part island ni aku semangat pagi pagi terpacak dekat lobby hotel. Tapi sebelum tu kenalah habiskan jalan jalan sekitar Davao ni sebab ada tempat yang we guys kena pergi, nanti dah pergi island, then esok pula nak gerak ke Manila. Nangis keluar batu karang tak habis round area Davao ni.

Our first location today, Museo Dabawenyo.

Siapa yang nak tahu history Davao ke, peninggalan sejarah or apa apa benda baout sejarah ha datang je sini. Macam macam benda yang kau boleh tahu dekat sini. Tak payah gigih gigih nak buka buku sejarah. Aku pun memang tahu korang malas nak buka buku sejarah kan.


kalau rajin kau save gambar ni then print tampal dekat buku nota kau


cuak juga masa nak ambil gambar ni, tiba tiba dia toleh tercabut nyawa aku serta merta


menulis ke tidur tewwwwwwwwwww


Aku bukanlah sejenis manusia yang suka sangat pergi museum tapi aku bantak tertarik dengan semua benda and peninggalan yang ada dekat dalam museum ni. Macam orang gayat aku tengok situ tengok sini. Yang tak bestnya, tak boleh ambil gambar banyak sangat. Kalau orang luar memang tak boleh ambil gambar pun, cuma kami ni agak special sikit. Kan aku dah cakap yang aku ni idol, degil tak nak percaya kan. 

Part paling excited harini, pergi Philippine Eagle Center!


Punya ramai orang datang sebab nak tengok helang, ingatkan nak minta sign aku


Siapa yang suka tengok burung helang, ni salah satu tempat wajib yang korang kena pergi sebab macam macam jenis helang yang korang boleh jumpa dekat sini. Tinggal berani dengan tak berani je nak dekat dengan helang helang ni tau. Aku gelabah betul masa helang tu ada dekat belakang aku. Sekali dia patuk kepala aku tak ke bocor naya je. 


Muka je buat buat cool macam Do Min Joon


Garunk seh helang ni aku tarik rambut karang 


Kalau korang rasa nak jadikan helang tu kawan rapat kau, lupakan sebab aku tengok dia punya tuan pun bersusah payah nak train dia. And helang ni mata dia sangatlah pantas, kau ingat kau boleh main main suka je nak sentuh dia, baru je kau gerakkan tangan, dia dah toleh. Masa tu better kau cabut lari sebelah dia cacak mulut dia dekat kepala kau.

LUNCH TIME!

Ini masa yang aku rasa semua orang tunggu sebab masing masing tengok burung helang tadi pun rasa nak makan je. So our lunch is from Koi Cafe! Memang bestlah sebabnya makanan depan mata ada banyak gila and kau tunggu untuk makan je semua benda tu. Thank you Koi Cafe sebab buat benda ni semua untuk we guys and apa yang we guys nak rasa or nak makan dia akan buat and siapkan as soon as possible. Tapi we guys takdelah kejam sangat tiba tiba nak order telur burung puyuh emas dari afrika disaluti sos enak daripada jamaica.


nampak macam simple kan? tapi rasa dia tak sesimple yang kau bayangkan


ni pun! kira kira ulang ulang bangunlah aku ambil benda ni. tamak betul


kalau nak rasa tempat makan yang tenang tengah tengah hutan, korang boleh datang Koi Cafe ni


lovebirds! tak cukup dengan burung helang yang ada dekat sini kan


ni masa nak pegang bukan main cuak tau, tapi bila dah pegang tak rasa apa apa. rasa nak bawa balik bela


Kalau korang nak beli souvenir ke, dekat Philippine Eagle Center ada. Nak beli barang macam keychain ke bag ke takpun bag tangan masuk telekung mak mak tu pun ada juga. So takdelah kau rasa pening mana pula nak dapat souvenir macam tu kan. Harga pun affordable and aku beli 6 bag dekat sana tahu tak sebab rambang mata.


solat zohor and masjid dia sangat terjaga and bersih ok


sebelum we guys pergi ke island and ke Manila, jumpa orang penting from tourism philippines


Yang best aku nak share dekat sini, korang pernag minum Durian Coffee? Mula mula aku nak minum tu macam cuak cuak lah juga. Mana tahu tiba tiba bertukar jadi Night Crawler ke kan. Kalau jadi Do Min Joon tak apa. Tapi cubalah juga sebab sampai bila tak nak cuba benda baru, rugi nanti. Bila rasa je, sedap! Rasa dia macam cendol je pun. Yelah nama dia kan pelik, Durian Coffee. Mau tak rasa ragu ragu selamat ke tak minum ni. 


Tadaaaa! nak minta tapau segan, so minum sikit sikit takut habis


Ok dah sampai masa yang semua orang tunggu tunggu sepanjang harini sebab semua dah excited nak pergi island. Bag belakang and luggage pun dah tak heran and bersepah entah kemana dah sebab dalam kepala semua fikir nak pergi island sampai sana tangkap gambar selfie posing sana sini. 

So, next destination is Samal Island!


air laut dekat belakang tu bukan edit eh, tapi betul betul biru


Masa naik boat tu mulalah semua gayat betul nak pergi dekat hujung boat posing ala ala Titanic. Nasib baik tak terjongkang dekat dalam laut sebab semuanya sama sibuk nak posing ala ala Jack and Rose. Yang bukan muhrim sila blah kau memang tak dibenarkan untuk buat adegan macam tu. Tak pasal pasal boat tu karam nanti sebabkan perangai kau yang tak menjaga batas.


Macam nak try berdiri ala ala titi kat sini tapi kalau jatuh selamat tinggal dunia


pergi sini pun matahari dah terbenam so memang matahari tu tak akan timbul balik semata mata nak kasi 
aku tengok sunset


nilah adegan yang aku kata Titanic tadi. tapi ni Titanic berjemaah, eratkan sillaturrahim


Dah seronok seronok atas boat snap gambar sana sini, sampai juga dekat Samal Island! Alhamdulillah sebab sambutan dorang sangatlah membuat aku terharu, rasa blushing blushing tau pipi ni. Untuk malam ni we guys akan stay dekat Pearl Farm Beach Resort. Tengok keadaan sekeliling dia, resort dia pun dah omg dah sebab sangat sangat mimpi jadi kenyataan betul. Plus menghadap laut, and atas laut, Kau tak rasa nak terkinja? Tapi tak tahulah kan kalau tiba tiba air pasang tahu tahu kau tengah belayar dengan katil kau atas laut tu.


hai akak kaunter telepon pakwe ke tu?


OMG tak? mesti ada yang tengah baca ni masih dalam mood omg kan?!?!??


view ni paling aku suka! tapi nak mandi swimming pool dia tak sempat pun......


So sebelum we guys go for dinner, mestilah nak kena mandi bagi wangi wangi kan sebab seharian dah keluar pergi sana sini. Tak naklah makan dengan bau gajah bagai kan. Then after maghrib macam tu we guys dah ready for dinner sebab masing masing pun muka dah toya sebab lapar. Yang bestnya we guys di hantar ke satu tempat yang bagi aku kalau kau selalu tengok drama ke movie ke, tempat ni ala ala scene romantik orang nak confess cinta dia kat someone. Tapi kitaorang punya ni versi group kehkehkeh. Thank you Pearl Farm Beach Resort sebab buat dinner we guys sangat OMG and rent this private beach for us sampai aku rasa nak pause kan moment ni. Alah overnya aku! Suka tau camni.


Ko tengok ni, nak lari lari keliling pantai tau sebab happy sangat! (padahal duduk diam je aku)


nampak macam simple kan, tapi rasa dia kalah dekat tony romas tau haaa over


meestilah benda ni wajib ambil, nak dekat 2 pinggan aku makan


Ini aku nak cerita part yang paling excited bila we guys dah habis makan. Ingatkan dah habis makan boleh balik tidur, rupanya ada benda surprise yang lain. Sekali lagi nak kena ber-OMG ni since ada persembahan api. Weh aku main bantai je nama performance ni sebab aku tak tahu nama dia apa. Yang pastinya yang orang dance dengan api lepastu siap keluar api dari mulut dia bagai tu. Kau tahu tak apa nama dia? 


benda nilah yang puas aku fikir nama dia apa benda. menari dengan api jelah nama dia ok


Selalu lepas makan mulalah nak mengantuk kan, haaa masa untuk tidur since we guys duduk dekat beach tu pun dah lama gila sampai aku rasa nak baring atas meja. So apa aktiviti esok? Jeng jeng.


3rd DAY, April 19, 2016

Good morning everyone!

ini view aku pagi ni, weh aku rasa tak nak bangun je and tidur je dekat sini sepanjang masa


Harini awal awal pagi buta dah bangun sebab nak kena pergi banyak tempat and nak pindah ke Manila pula. Rasa macam sedih pun ada sebab belum sempat aku nak berenang dalam air yang jernih dekat sini. Awal awal aku dah tercongok dekat depan balcony harapkan matahari terbit, rupanya daripada tempat aku ni boleh tengok sunset je. Sedih betul sebab semalam sampai pun nak maghrib. Matahari pun dah malas nak tunggu.


tu handbag adik aku, tak yah jadikan satu isu negara ok?


goodbye bilik, see you again next time (nangis tepi pintu bilik)


Okay sekarang ni misi paling penting, aku nak spam korang gambar view dekat sana. Aku tengok view dia pun ternganga sampai aku rasa lalat dah keluar masuk lebih dari 7 8 kali. 


kalau ada benda tak sepatutnya kau tengok, buat buat tak nampak ok


ni bilik yang we guys stay tu! cantikkkkkkkk kan! tu yang aku meronta tak nak check out tu


and last one ni kalau you guys nak datang dengan family pun oklah sebab dia villa 2 tingkat


Yang bestnya, breakfast we guys harini dah macam makan tengah hari. Kau bayangkan pukul 730 macam tu dah kena hadap nasi beriyani, nak tak nak bantaikan jelah. And of course rasa terharu gila sebab ada halal section dekat sini special for we guys. Kali ni tak nak nangis sebab terharu, tapi nak meraung. Aku cakap je tak nak makan, tahu tahu je dah 2 pinggan aku bantaikan. Tak boleh bawa majlis betul perangai.


lepas makan ni kena bersenam ni, tak kira tak kira


and last, thank you so so much Pearl Farm Beach Resort team! sangat sangat best layanan diorang


Next destination, Bat Cave at Davao.

Ni yang mula nak berangan jadi batman ni! So if korang memang cari aktiviti aktiviti macam ni, korang boleh try cari tempat ni sebab banyak gila ok kelawar ada dekat sini sampai aku rasa kalau kau terjatuh dalam kelawar ni, makan 8 hari jugalah nak jumpa kau balik.


pernah masuk guiness world record lagitu tau


semua tengah tidur, ni kalau kejutkan ni mahu kena tampar dengan kepak dia hahaha


We guys dekat bat cave tak lama pun since memang nak kejar masa takut terlepas flight nak ke Manila. So gigihlah cepat cepat pergi lunch pula dekat Paradise Island. Nama tempat pun dah oh wow apa lagi makanan dia kan. Yang aku terperanjat sikit bila aku nampak menu dia ada Durian Fried Rice...... weh apa rasa dia weh......


sambil makan sambil dengar atuk atuk ni nyanyi, comel kan? ke tak....?


rasa dia macam tomyam je tapi best sebab pedas! and yang penting seafood dia fresh!


Ni paling favourite weh, tak tahu nak describe macam mana tapi makan je terus nangis sebab sedap!


So lepas dah makan semua ke Davao International Airport sebab nak naik flight ke Manila pula. Walaupun sedih betul nak tinggalkan Davao, tapi excited nak ke Manila pula. Apa yang ada dekat Manila? Stay tuned untuk next update!




So if you guys belum tahu or rasa macam apa yang bestnya aku sebut sebut pasal HalalTrip ni kan, jangan risau sebab HalalTrip ni dia ada application dia sendiri yang korang boleh search dekat Apps Store and Play Store. So korang boleh download and tengok sendiri timeline blogger blogger and influencer lain yang join HalalTrip ni, especially timeline aku sebab paling best (tiba tiba rasa nyawa aku terancam). 

Nak tahu updates apa yang best dekat Philippines? Jumpa dekat timeline aku! Kaja!


NOTE : evan dah balik Malaysia ni ha aku teringat teringat pula moments kat Philippines


TWITTER : @AizatAbd
INSTAGRAM : @skullsulivan
FACEBOOK : Aizat Abd

8 comments:

  1. Menarik... Seronok je baca. Rasa macam nak pergi juga..

    ReplyDelete
  2. Bangjat bila nak update next punya hehe

    ReplyDelete
  3. Huwaaaa~ Teringin nak pergi.. Tempat dia memang lawa habis..

    ReplyDelete
  4. Argh! Lawa like lawa gila! I love beach, and all ya, i love beach😊

    ReplyDelete
  5. semoga yang di semogakan tersemogakan

    ReplyDelete