APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Monday, May 14, 2018

Trip to South Korea : Pyeongchang Day 2

ASSALAMUALAIKUM

Pejam celik pejam eh tiba tiba dah ada update baru lah. Bukan main lama punya berfikir, punya pilih gambar, finally siap juga. Berpeluh peluh jugalah siapkan even aku sebenarnya tipu part berpeluh peluh tu. Kalini aku rasa update panjang sikit. Tak tahulah update yang panjang ke ataupun gambar yang menimbun nimbun.


2nd Day, March 13, 2018

Macam biasalah bila dah gatal gatal nak berjalan semua tempat dalam satu masa malam tadi, mulalah bila nak bangun pagi tu bukan main liat. Dengar alarm pun rasa macam nak hempas ke dinding. Tapi aku belum sampai tahap nak hempas la. Slow slow bangun tutup alarm, and tidur balik. Supposedly kena bangun at 5, aku tidur balik tengok tengok dah pukul 540 pagi. Hambik kelam kabut bangun rasa macam nak tercampak keluar comforter tu aku campakkan. Paling tak kelakar bila nak mandi kau nak adjust air tu kasi dia suam suam and sedap nak mandi. Kalau tak adjust duduklah kau situ membeku sebab aku pergi masih winter kan. Kalau terlalu panas, masak rebus kau dekat situ.

Lepas dah siap dengan pantas, aku pun turun untuk breakfast sebab pukul 7 dah nak gerak pergi Cheongnyangni Station. Kalau lambat lantaklah berlapar makan angin je. Turun turun aku tengok ok aku orang terawal dengan Meen. Memang dah kosongkan perut and harap harap makanan dia tak menghampakan. Oh ye breakfast dekat hotel je harini sebab tak payah nak gigih gigih sejuk tu breakfast dekat luar. And nasib baik makanan breakfast dia semua sedap sampai aku rasa tak nak keluar dari tempat breakfast tu sebab nak stay sampai ke dinner. Lepas habis dah aku sapu semua makanan, masa untuk naik bas and gerak ke Cheongyangni Station! Excited tapi mata rabak. Aku rasa sepanjang nak ke sana aku bantaikan tidur je. Kisah apa. 


1 HOUR LATER... SAMPAI!

Masa ni nak bangun punya payah. Aku rasa macam patut tak aku tidur je tak payah jalan jalan? Tapi aku gigihkan juga bangun. Dah sampai dah pun train station tak nak turun, mahu kena humban luggage dengan aku sekali kena humban. Dah turun tu pun rasa nak masuk balik sebab kau bayangkan, dengan heret luggage sebesar alam tu, dengan cuaca sejuk lagi, nak masuk ke train station. Tapi sempat gaklah ambil 1 2 selfie buat simpanan kenangan ye dak?

Masuk je dalam train station berhenti dulu sebab dekat situ memang ramai tengah berkumpul tunggu train nak ke Gangneung. Aku tengok macam macam jenis orang ada. Yang penting semua excited nak pergi tengok GO 2018 Pyeongchang. Dengan aku aku sekali rasa excited mengalahkan aku yang akan turut serta masuk sukan tu. Sementara menunggu tu aku merayau la ambil ambil gambar. Jangan kena tinggal sudah. Yang penting semua orang dapat box hadiah Lee Dong Wook yang ada snacks dalam tu. Sayang pula nak makan. So aku decide untuk bawa balik  Malaysia untuk buat giveaway. Tapi end up aku dah baham dia sebelum benda tu sempat sampai Gangneung. Tak guna kan.


Sorry la kotak pun aku tak tahu dah campak mana. ahahahaha


Lepas dah puas merayau, aku rasa dah sampai masa kot untuk berlalu pergi daripada tempat ni. Tak kan nak kena pasang khemah bermalam pula dekat sini kan. Eh tapi macam biasalah sebabkan gambat berlambak aku letaklah dalam ni. Gambar best ke tak best ke kau tengok jelah banyak pula hal nak pilih pilih.


Aku syak dalam ni ada Jungkook la. Boleh tak aku nak buka topeng kepala dia tu?


Tak masalah sekarang dia ajak geng. Tak jadi aku nak buka.


Transfer to Gangneung by KTX!

First time naik KTX dekat sini of course la rasa macam orang paling jakun dalam dunia. Tapi sebenarnya dia macam ETS je pun. Aku ingatkan kerja yang patut kitaorang buat bila naik KTX ini adalah tidur. Tapi baru je berangan nak lelap bolehkan ada main quiz quiz and ada performance siap dekat dalam ni. Naik terperanjat nyawa aku bila tiba tiba tengah mamai memekak pula dalam KTX ni. Mula mula semua macam wah wah wah ada idol ke? Rupanya bukan takat bayang dia tak ada, habuk kelemumur dia pun tak ada. End up aku give up, tidur la apa lagi. Tapi bangun tidur bangun tidur tak sampai sampai, rupanya perjalanan dia ambil masa nak dekat satu jam setengah. Mati.


Ini je aku berjaya dapat dalam train. Tu pun dah tercampak ke mana. Nanti aku cuba cari balik if jumpa


Paling best bila kau bangun tiba tiba dah sampai and menuju ke tempat makan. Masalahnya aku sendiri tak tahu makan dekat mana sebab tak ada dalam itinerary aku so bantai jelah makan dekat manapun asalkan perut kenyang lepastu boleh sambung tidur. Apa yang best makanan dekat sini portion dia semua besar. So yang kuat and suka makan tu memang sangat puas hati tapi yang makan tak berapa tu aku suggest kau kongsi je. Jangan tamak macam kalau makan 4 orang, nak sorang satu single meal so hambik habiskan sorang sorang. Aku suggest if makan 4 orang, ambil untuk 2 orang makan and 3 orang makan. Ikut tekak masing masing nak makan banyak mana.


Ada macam ala ala rancangan TV korea kan? Akulah undangan diorang this time. Tak kelakar ok Aizat


Ini menu menu dia. Kau translate la sendiri eh. Busy la tak ada masa nak translate.


Kau tengok makcik baju putih tu bukan main enak dia makan.


INI NAMANYA NIKMAT DUNIA KELAS PERTAMA! Aku boleh makan sorang je ni


Ok kita flatlay dulu sebelum makan. Sanggup tu aku tak kasi semua orang sentuh makanan ni.


Lepas makan rasa macam tak kenyang kenyang pula sebabnya masa untuk pergi minum coffee dekat Anmok Coffee Street. Sebenarnya aku tak adalah peminat tegar coffee. Tapi masih bolehlah chill chill sambil lari lari anak dekat pantai sambil minum coffee. Tapi kalau nak suruh aku minum satu teko tu sorry la sebab aku rasa lepastu aku akan dimasukkan ke wad kecemasan dan trauma kot. But latte is nice! Yang memang nak rasa coffee DIY korang boleh try dekat sini. Bukan coffee dekat kedai Mr D.I.Y dekat Malaysia tu. Ini memang yang coffee orang tu buat sendiri. Memanglah orang tu buat coffee tu sendiri ek? Tak akan kucing pula buatkan. Takpun kopi buat kopi sendiri. Ok Aizat engkau hambar. 









Ini part yang paling best bila kau tiba tiba dapat pergi fanmeeting Lee Dong Wook! Mula mula aku ingatkan benda ni main main. Manalah tahu prank ke apa kan. Sekali kau betul betul Lee Dong Wook. Bukan setakat aku je ternganga. Aku percaya korang pun sama kan? Kalau tak ternganga pun buat buat je nganga ok. Yelah selama ni tengok dalam drama je. Tiba tiba depan mata. 



Bukti tiket.


Gambar ni aku ambil bukan main susah nak cover tahu tak. Sebab security dia ketat nak mati.



Ini gambar Lee Dong Wook paling jelas aku boleh ambil.


Cerita dia sekarang dalam fanmeeting ni tak boleh ambil gambar. Punyalah buat buat angkat call la apa lagi. Sebab setiap penjuru ada security. Kau bernafas pun dia tahu. Apa lagi kau nak keluarkan phone and snap. Payah gila. Ini pun nasib aku baik. Kalau tak dah kena halau balik Malaysia dah aku. Fanmeeting pun tak berapa lama sebabnya lepastu ada aktiviti lain pula. Tapi sebelum tu kena dinner dulu. Kalau tak melopong laparlah dalam stadium tu sebab lapar.


Haaaa ini papan tanda dekat entrance dia. Kau carilah sampai dapat if nak makan dekat sini ok




Mempersembahkan makanan malam kitaorang!


Kerja aku dekat sini asyik makan je sampai aku dah terlupa waktu untuk tidur. Lepasni nak pergi tengok Ice Hockey Game! So excited sebab aku first time nak tengok LIVE sukan sukan dunia macam ni. Over tak? Tak kan? So apa lagi, ayuh kita menuju ke stadium. Kalau boleh nak bawa banner tapi nampak macam orang jakun yang tak mengira tempat. 


Poster je. Ini kalau jatuh aku rasa sekampung boleh meninggal kena hempap.


Ini pun aku tak tahu kenapa aku pergi snap gambar ni.


ok game dah start! Aku rasa dengan aku aku sekali rasa nak masuk dalam ni


Masa ni tengah pertarungan sengit ni. Aku rasa nak tolong je yang tengah berhimpit 3 orang tu.


So daripada board ni kau dah boleh tahu dah siapa menang siapa kalah kan?


YANG PALING TERPERANJAT MAK NENEK!

Bila kau tengah duduk duduk rilek tengok permainan, tiba tiba Lee Dong Wook datang sekali dekat situ selang satu baris kerusi je dengan kitaorang. Lepastu mulalah orang ramai nampak and semua teriak sampaikan macam tak ada hari esok. Nasib diorang ni tak kena histeria je aku rasa.


Mula mula dia macam sombonglah pandang depan. Acah acah macam cover macho la.


Sekali dia toleh macam ni, sebaris kerusi perempuan dekat belakang aku ni pengsan.


Tak masalahnya sekarang tangan dia tu sign apa? Amuk? Rock kapak?


Masa ni aku rasa semua dah dok perhatikan dia dah bukan tengok game dah. Bila menang je terus dia blah cepat cepat sebabnya kalau tak aku rasa masa dia kena serbu sampai lunyai badan dia aku rasa. Mahu taknya sampai satu stadium yang tengah perhatikan dia. Sekali semua serang tak ke dengan aku sekali terpaksa lunyai sekali.

Yang pastinya bila dah puas terkinja harini, mestilah badan dah penat and paling tak sabar nak mandi and rest. So our last stop is here! 

YONGPYONG RESORT PYEONGCHANG!

Semua dapat sorang satu bilik so yang pastinya korang nak anjurkan hari sukan dalam bilik ni pun boleh. Sebab besar and aku pun terfikir apa yang aku nak kena buat sorang sorang dekat dalam ni? So yang penting asalkan dapat mandi and baring lepastu terlelap. Ok tak sabar nak rasa macam tu.






So agak agak apa rasa yang aku boleh buat dalam ni? Ke patut aku buat rumah terbuka? Tak sabar pula bila fikir untuk hari esok. So apa lagi marilah kita mandi and rest. Sebelum tu ada gambar yang terselit aku masuk dalam news korea sebab ada Lee Dong Wook dekat stadium tadi. Menyibuk kan aku? Jadi, marilah kita rehat dan tidur.


Kau cuba cari dekat mana aku?



NOTE: Rasa rasa lepasni patut tak aku buat satu trip ajak ramai ramai join trip aku ke Korea?


TWITTER: @AizatAbd
INSTAGRAM: @skullsulivan
FACEBOOK: Aizat Abd


3 comments:

  1. Aizat punya note tu haha rasa excited terus bila baca;)

    ReplyDelete
  2. buatlah trip gi korea ramai ramai, u as tour guide maklumalah selalu pergi korea kan.

    ReplyDelete