masok seorang budak baru dari sekolah yang dirahsiakan . mukanya jgn cakap laa sombong kann . tak kisahlah asalkan dia tak kacaw hak asasi aku . kalau sibuk2 nak kacaw, siap haa mak cimpanzi aku panggil ciom kaw :) bila cikgu dah perkenalkan dia, dia pun take sit kat sebelah budak yg dalam kelas aku jarang bersuara . (*bukan bisu mahupun pekak) . aku tengok budak tu buat tak tahu jea . senang citer mehlah aku gelarkan name mereka . budak baru tu nama dia DANNI (*bukan nama sebenar) and yang lagikk satu tu nama dia AMIN . tersebutlah kisah hari tu aku tengok budak danni tu dok tak bercakap pon ngn amin . amin tu kira top 5 student laa dalam kelas aku . memg pandai laa . maths jgn cakap laa, mcm air jea dea buat . laju jea . then waktu rehat pon dia tak keluar . bawak bekalan . but hari tu, jadi satu sejarah dalam kelas and mengejutkan dugong2 sedunia bila amin sudah boleh bercakap ? haha . bukanlah aku cakap dia bisu but dia dah boleh berbual ngn danni . ngn classmate lain ?? jangan haraplah kann . then tiap2 hari kemana2 sajja mereka akan bersama . like mcm kawan rapat laa . tiap2 ary aku tengok diorang buat kerja sama2 . one day tu aku try laa tegor amin kann . mane taw aku boleh gak berbual ngn dia mcm danni buat kann . so dat aku tegor time danni takde kat kelas .
"amin, riang aku tengok kaw sekarang"
"HAHA . biase jelah bro . aku just happy jea sekarang sebab ade orang nak kawan ngn aku"
"maksod kaw?"
"yelah, selama nie semua orang tak nak kawan ngn aku sebab aku nie skema, nerd, budak buku . but danni jea tak anggap aku mcm nie"
"eh, min . kau salah anggap nie . kitaorg bukan tak nak kawan ngn kaw tapi kitaorg ingat kaw pendiam . jgn laa judge kitaorang mcm nie ."
"ah, sudahlah . kaw pon same je ngn diorang . pilih kawan"
then amin teros blah biarkan aku terkebil2 tanpa dapat meluahkan apa2 kata . dia berlalu pergi ngn danni . dari jauh aku tengok dia mcm cakap sumthng kat danni . danni pandang aku and senyum sinis . ish, melampau tol senyum dia . aku pon pergi laa recess ngn membe aku .
makin hari aku tengok amin dah pandai ponteng kelas . kadang2 dtg sekolah tapi tak masuk sekolah . mane tah dia merayap . classmate aku sume pelik ngn sikap dia . nak2 cikgu . danni pon same . aku tak tahu laa ape yang dah danni tu ajar die . bukan nak tuduh tapi mak gajah ah kalau dah seminggu 3 kali kaw ponteng an, mane tak pelik . then ade satu hari tu aku pergi laa lepak2 ngn kawan2 aku . aku nampak danni ngn amin kat MC . aku tengok dia ngn membe2 danni . terkejot gak kitaorg sebab dia dah pandai merokok . ish busy body laa tapi pelik laa sebab amin nie best student kot . baik jea . lagipun ayah dia dah takde dah . mums dia yang tanggung dia adik beradik and dia anak sulung . bila dia dah mcm tu, terbayang lak aku mcm mane la perasaan mums dia bila nampak amin mcm nie . luluh hati mums dia aku rasa . aku pon malas laa nak tegor sebab danni pon ade . nanti dia cakap aku sibuk .
makin lame amin semakin terok . datang skolah pon tak terator dah . pakaian komot . keputusan peperiksaan pon dah semakin merosot . ade gak cikgu kaunseling nak jumpe dia but dia lari2 tak jumpa . and one day dia kantoi sebab bawak rokok pergi sekolah . pelik aku, mane perginya amin yang dulu ? ape yang dh jadi ngn dia nie ? adakah sebab dia anggap kitaorang anggap dia skema yang buat dia memberontak . mcm2 persoalan yang buatkan classmate aku dok pot pet pot pet tiap2 ary kat kelas . dia kena gantung sekolah sebab jadi tokan rokok . tapi mums dia tak tahu dia kena gantung sekolah .
DUA BULAN KEMUDIAN...
cikgu cakap danni pindah sekolah . amin tetap pergi sekolah mcm biase tapi selalu tidor dalam kelas . dia hanya banyak habiskan mase sendirian . pergi rehat pon tak mcm dulu lagikk . tiap2 hari muka masam jea . kitaorang tak berani nak kacau . ade sekali dia kena rotan ngn cikgu disiplin . siryesly aku ngn classmate lain kesian tengok dia punya keadaan . bukan nak tuduh danni mcm2 tapi sejak dia berkawan ngn danni lah dia jadi mcm nie . one day aku ngn classmate lain pergi umah dia . mums dia jemput masuk . kami berbual mcm biase . mums dia cakap amin keluar . bila kitaorang start nak ckap pasal amin, airmata mums dia jatuh . kitaorang siryes rasa serba salah . mums dia kata amin dah berubah sekarang . tak lagi mcm dulu . selalu lawan cakap mums dia . tak nak dengar cakap . bila tegor, melenting keluar umah . sekarang pun dah pandai merokok, lepak ngn budak2 nakal . baca buku jarang sekali . pernah dia mintak duit mums dia tak bagi dia curik duit tu . bukan tak nak bagi tapi mums dia nak gunakan duit tu untuk bayar yuran sekolah adik2 dia . kitaorang hanya mampu diam jea . tak taw nak cakap ape .
and ade satu hari tu mengejutkan kitaorg bila nampak amin kat satu pondok area2 sekolah ngn hisap dadah . whuts ! kitaorang mulanya rasa bukan dia but bila tengok lame2 sah itu amin . ade sorang budak lelaki kelas aku tegor dia marah dia but dia gadoh ngn budak tu bertumbuk2 . kami tak tahu ape lagikk nak buat . yang pastinya kitaorang mesti bawak amin keluar dari kancah yang menggelapkan masa depan dia nie ! berkecai harapan mums dia kalau tahu benda nie . hati ibu mane yang sanggup tengok anaknya mcm nie .
tanggal 29 APRIL 2009 cikgu mengumumkan kat perhimpunan yang amin berada di ICU kerana kemalangan jalanraya . kami semua terkejut . balik dari kelas teros tengok dia kat hospital . penuh wayar kat bdan . penuh luka2 . amin hanya terbujur kaku . mums dia hanya mampu menangis di smping cikgu yang menenangkan mums dia . budak2 gurl kelas aku hanya mampu melihat dan menangis jea . mums dia cakap, dia accident time tengah separuh sedar nak melintas jalan . pendarahan dalam otak mebuatkan amin koma dan harapan sangat tipis . jantung kitaorang rasa mcm terhenti seketika . amin, berat penderitaan yang kau alami . ya Allah, sungguh berat dugaan Mu ini kepada mums amin . kitaorang duduk di situ agak lama dan bila petang tanpa disangka2 oleh semua orang, DANNI telah muncul di unit rawatan rapi tersebut . mukannya hanya tertunduk . lalu dia pergi ke arah mums amin and meminta maaf sejujur2nya . dia mengaku atas semua kesilapannya . mums dia hanya mampu terduduk lemah . hanya mampu bersuara . telah kering airmatanya untuk megalir lagi .
"tak payah minta maaf kat mak cik nak, minta la maaf kat amin . sebelum terlambat . pergilah nak"
dengan perlahan danni masuk ke dalam ICU tersebut .
"amin, maafkan aku . banyak salah aku kat kau . akulah yang mnyebabkan kau jadi mcm nie . aku yang mengakibatkan kau terjebak dalam kancah dadah . mungkin dah terlambat bagi aku untuk membetulkan kesilapan aku . tapi amin, aku benar2 menyesal . aku tak tahu nak buat apa lagi . bila aku fikir balik apa yang dah aku buat kat kau, hati aku tak tenang selagi aku tak minta maaf kat kau amin . maafkan aku amin, maafkan aku"
dengan tetibe airmata amin mengalir tanpa ada pergerakan pon pada badannya . danni hanya mampu tertunduk dan mengalirkan airmata . lepas danni melepaskan genggaman tangan amin, mesin pernafasan pun menunjukkan keadaan amin tenat . doktor betungkus-lumus cuba menyelamatkan amin tapi kehendak Allah yang lebih menyayanginya . mums dia hanya mampu terduduk lemah . tiada tangisan mahupun sendu . redha dengan ketentuan . kawan2 lain hanya mampu terdiam .
esoknya cikgu umumkan tentang pemergiaan amin . kami rakan sekelsnya dijemput untuk ke rumahnya bagi memberikan sumbangan kepda keluarganya semasa pengebumian amin . amin dikebumikan secepat mungkin . danni dan keluarganya hadir pada hari itu . cikgu2 dan sanak saudara mengucapkan takziah kepada keluarga amin . semasa di pusara amin, kami meyedekahkan bacaan yaassin sebelum semua orang pulang ke rumah . sekarang, bila ada kelapangan, aku akan menziarahi pusaranya . amin, kaulah sahabat kami ....
"AMIN, AKU HARAP KAU BAHAGIA DI SANA DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG YANG BERIMAN . WALAUPUN KAU TAK MENGANGGAP KAMI KAWAN, TAPI KAU SENTIASA KAMI ANGGAP KAWAN . KAU MENJADI IKTIBAR KEPADA KAMI UNTUK TERUS BERUSAHA UNTUK MELETAKKAN DIRI SEPERTI KAU MENJADI PELAJAR CEMERLANG . HANYA BACAAN AL-FATIHAH DAN YAASIN YANG KAMI DAPAT HADIAHKAN KEPADA KAU . SEMOGA KAU BERSEMADI DENGAN AMAN.. AMINNN...."
~ AL-FATIHAH ~
No comments:
Post a Comment