* * *
Setelah awal perkenalan mereka di taman, mereka selalu berjumpa di taman meluangkan masa bersama-sama. Eijat selalu bercerita tentang dirinya tetapi berbeza berbanding Isya yang lebih suka mendengar cerita Eijat tanpa bercerita apa-apa tentang dirinya. Mereka akan meluangkan masa pada setiap petang dan sebelum pulang, Eijat akan memetik gitarnya mendendangkan lagu “Tanpa” dari band 6ixth Sense yang mana menjadi kegemaran Isya dan juga Eijat.
“Erm.. Maaf Eijat. Isya bukan tak nak cerita tentang diri Isya tapi…”, jawab Isya menghela nafasnya.
“Tapi apa Isya?” soal Eijat.
“Kalau Eijat nak sangat tahu, takpelah. Isya cerita”.
Tiupan angin senja menambahkan kecantikan rambut Isya yang diselitkan di belakang telinganya. Mereka terdiam seketika sebelum Isya mula bercerita.
“Sejak kecil lagi Isya tidak dapat berjumpa dengan ibu Isya kerana ibu telah meninggalkan Isya semasa melahirkan Isya. Tinggallah Isya bersama ayah. Ayah bekerja sebagai penoreh getah. Pendapatan kami bergantung kepada keadaan cuaca. Jika hujan, pendapatan kami akan berkurang dan sumber makanan di rumah selalu kehabisan. Dugaan kepada kami bukan itu sahaja. Sewaktu berumur 15 tahun...."
bersambung...
No comments:
Post a Comment