APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Wednesday, April 20, 2011

TANPA

PART VI ( cont'd)


"....dah jumpa penderma mata yang sesuai untuk Isya. Pihak pengurusan hospital dah telefon dan rayuan Isya diterima kerana ada penderma yang sudi untuk menderma matanya. Kebetulan matanya sesuai dengan mata Isya”, kata Eijat gembira. 

“Betul ke Eijat? Alhamdulillah. Terima kasih Eijat! Terima kasih”, kata isya seraya memeluk erat Eijat.

“Tapi Isya… pembedahan terpaksa dijalankan secepat mungkin dan paling lewat pada minggu hadapan kerana pihak hospital khuatir yang mata Isya akan lebih teruk berbanding sekarang”. 

“Baguslah Eijat. Lagi cepat Isya melakukan pembedahan, lagi cepat Isya boleh melihat. Betul tak Eijat? Tapi, bayarannya…” 

“Isya, kan Eijat dah janji nak tanggung semua bayaran kos pembedahan Isya. Dah-dah, Isya tak payah fikir semua tu lagi. Yang penting Isya jalankan pembedahan tersebut”, kata Eijat mengusap kepala Isya. 

“Isya harap Eijat akan berada bersama Isya sewaktu pembedahan tu nanti”. 

Eijat terdiam seketika sambil menghela nafas panjang. 

“Kenapa Eijat? Eijat tak gembira ke Isya buat pembedahan?”, kata Isya seakan murung.   

"Bukan macam tu Isya. Eijat gembira sangat-sangat. Tapi Isya, minggu depan...."

 bersambung.....

1 comment:

  1. haa rasanya ijat yang derma mata tu kan ?
    dia nak kata kt perempuan tu dia da hal keje kt luar and xdpt teman . kan kan ? hehe
    btw best ! muka xde gaya penulis pon . hehe :p

    ReplyDelete