ASSALAMUALAIKUM
mari sini ramai-2 kumpul depan lappy baca apa yang aku nak post today . even takda lappy pon pergi curi pastu pulangkan balik . mencuri nanti kena potong tangan . nak-2 tangan kanan . nanti nak cuci and makan guna tangan yang sama ? penambah perisa lemak manis, masin dan tawar . aha . ok, even tajuk pun dah mcm nk buat ketawa separuh nyawa kan, but jangan ketawa dulu sebab nanti takut ketawa sampai habis nyawa and aku punya traffic reader tak naik . *kau memang gila populariti ! sebelum tu, besarkan mata anda, buka telinga dan ngangakan mulut supaya senang menikmati cerita yang saya hidangkan .
8 tahun lalu....
masa tu aku masih lagi kanak-kanak yang tidak mengenal apa itu erti cinta, aku bagaikan kumbang... weyh ! stop ! bukan nak cerita jiwang gaban laaa ! ok, masa umur nie aku dah jadi seorang pengakap . masa nie kalau dah join pengakap tu kira hebat lah sebab kem sana sini padahal dalam sekolah je . cakap mengalahkan kat sumatera . then one day ada announcement yang pengakap akan adakan kem kat luar . nama kem tu kem pengakap PUAN TAN CHEY YAN . ceh, kitaorang punyalah melonjak kegembiraan mengalahkan jauh je dari rumah padahal jalan kaki pon aku boleh sampai dari rumah aku . kem tu letaknya di Bukit Katil, Melaka . ceh, kitaorang pon start la berangan yang bukit tu mesti selesa la sebab banyak katil la ape la . then masa hari pergi, penuh dengan belukar yang fana . mase tu rasa mcm tiada guna berpatah arah *ala-2 lagu Francisca Peter . nak tak nak kena duduk jugak kat situ selama 3 hari 2 malam . hari yang penuh dengan pancaroba dan macam-2 mistik . percaya atau tidak ? bolos saja dinding itu !!!!!! *itu cerita bolos la gile !
hari PERTAMA
pendaftaran semua pengakap dari semua sekolah dalam melaka . mata ini dok usha-2 gak kan awek-2 tapi mcm yang aku cakap, masa ini aku tidak mengenal erti cinta . aku bagaikan... ! sudah ! degil pulak ! then pas daftar back kat tapak khemah kitaorang sebab nak start dirikan khemah dah . kira luas jugak kawasan die . then after dah siap-2 semua, kitaorang pon dok salin baju . ceh, konon nak tutup sane sini, lastly open je dalam khemah . kecik-2 tak tahu ape . lelaki ngn lelaki je . kira-2 dalam 40 orang join . 20 lelaki and bakinya perempuan yang lemah . *eh, salah cakap ea ? lama jugak nak tunggu yang perempuan ni bersiap . esoknya, eh tak, dalam lima minit after tu semua berkumpul kat padang and start buat aktiviti yang berfaedah . kem ini memang menggerunkan . ada pokok besar . orang cakap ada hantu . yang perempuan lak dok jalan tak nak pandang pokok tu even mase tu tengah hari buta ! haiyaa ! ini siang maa . bukan malam . kalau malam wa pun jalan guna glasses meyhhh . *wah, dah mcm kacukan dah ! weee~ . aktiviti petang tu memang banyak sampai tak terkata dek akal aku nak menyebutnya . lidahku kelu dan mindaku terkaku . ok, bila tiba malam, buat unggun api . punyalah ceria sebab nak masak in group . kau tak tahu cikgu bancuh air guna air perigi yang tak masak then tinggal tambah kordial je ! semua minum cakap sedap termasuklah aku yang gigih minum sampai buncit . *sekarang dah tough . ok, disebabkan nak camping, semua kena bawak masing-2 punya bekalan mcm sardin . bayangkanlah kalau 40 orang pergi, berapakah sardin yang ada ? cikgu pun berkata "UNTUNGNYA AKU...!" . then malam tu semua dok main game yang tah hape-2 merepek termasuklah aku . semua tak dibenarkan keluar dari kawsn perkhemahan . ada la reason kan .
hari KEDUA
bangun seawal lima pagi sebab pagi tu ada aktiviti . ntah hape tah nak die buat sampai bangun awal mcm ni . masing-2 jlan tutup mata . nak pergi tandas die memang jauh thap cimpanzi dari tempat kitaorang . ada pun tandas usang yang mcm tak selamat je nak guna . sekali guna kang ada buaya . then masa balik tu jalan ramai-2 . pastu semua lari sebab dengar benda jatuh . padahal dah azan dah mase tu . then mase sembahyang subuh, aku and membe-2 punye mata sangatlah mengantuk . mcm ada double tape kan . then bila sujud, semua amik kesempatan nak tidor . then tertido dengan lenanya . bila sedar dah tahiyyat akhir . ceh, berlakon terus duduk tahiyyat akhir . nakal . then hari tu dipenuhi dengan bermacam-2 aktiviti yang buat kitaorang rasa mcm menyesal je ikut kem tapi best ! ceh mengayat !
then malam lak semua diarahkan duduk dalam tapak khemah sebab ada budak nampak sesuatu yang tak patut dia nampak . aiyaaa ! then ada lintasan la ape laa . kitaorang pon dah takda aktiviti nak buat, terus tido .
hari TERAKHIR
pagi bila sedar, aku tengok muka kawan aku, aku ketawa terbahak-2 . aku pon kejut dia .
"hahahaha ! muka kau kena conteng !"
dengan penuh megah aku ketawa kan kawan aku . kawan aku yang ngah pisat-2 bangun then sama-2 ketawa terbahak-2 dengan aku . aku pon pelik . aku cakap ketawa muka sendiri pulak . then die pon cakap :
"hahahahahahahaha *ketawa panjang sikit ! muka kau lagi banyak kena conteng !"
oh ! adehhhhh ! punyalah semangat ketawakan orang kan . weeeee ~ penangan sebab curi-2 tido awal . ramai gak yang kena . then bila nak balik tu salam-2 dengan kawan lain . sempat gak tengok awek tapi masa tu kan aku belumm mengenal erti cinta . aku bagaikan kumbang.......
T H E . E N D