APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Thursday, February 16, 2012

cerita si hati

ASSALAMUALAIKUM

hati ? semua orang ada hati , ada hati yang baik , hati yang busuk . tapi kita tak boleh nak judges orang based on apa yang kita lihat kan . sebab apa ? sebab semua orang ada perasaan masing masing bukan diri kita sahaja . so bila kita nak cakap something tu , nak buat something tu , kita kena fikir juga apa effect dia kat orang lain sebab kadang kadang percakapan kita pun boleh buat orang marah . yes , terdapat macam macam perasaan yang boleh kita lihat dalam dunia ni . kadang kadang rasa macam otak ni serabut bagai nak fikir kan macam nak lempang semua orang tapi kalau kita pandai handle takda masalah punyalah weh ! okay , selalu gak aku terbaca sana sini pasal heartbroken lah , pasal friendshiplah and macam macam yang kita boleh lihat berkenaan dengan hati ni . kadang kadang rasa macam keliru tahap gaban apa sebenarnya yang hati ni nak ? orang kata tepuk dada tanya selera #selera aku nak makan pasta ! fulamak .

dulu kecil kecil bila tengok semua orang bercerita pasal perasaan . pernah juga tanya Ibu Norry , perasaan tu apa and ibu just jawab , benda yang boleh berubah ubah , and terletak dalam hati . lama dah aku cari benda tu and akhirnya aku jumpa , jumpa apa itu perasaan . yes , benda itu banyak mengajar aku and membuka mata aku menjadi lebih berhati hati and sabar . and plus tabah juga dalam hidup . bukanlah aku nak cakap aku ni tabah bagai kan , tapi pengalaman tu kira banyak ajar akulah . kalau korang semua tak percaya , cuba pegang besi panas , lepastu kau akan rasa sakit kan ? then bila dah sakit tu next time kau akan rasa apa bila nampak besi panas ? gerenti kau akan lebih berhati hati kan ? so tu kira macam kau belajar daripada pengalaman . macamtulah aku maksudkan yang pengalaman banyak ajar aku and kita semua , tak semua pengalaman tu tak bagi apa apa makna dalam hidup kita .

macam ada satu cerita dulu , ada seorang pasangan kekasih ni , dari awal dia couple lagi , diorang happy sebab diorang together pun atas kehendak masing masing , tapi , sejak diorang couple tulah macam macam orang yang tak suka dekat mereka . tak kira mana manapun mereka pergi , akan ada orang akan bercakap pasal mereka , sebabnya pun mereka tak tahu . tapi , atas kutukan , menjaja cerita , and semua yang orang buat kat mereka , benda tu jadi penguat untuk mereka and mereka bertambah happy dah . tak ada apa apa pun yang mengganggu mereka . sebab bagi mereka , benda tu semua hanya benda bodoh yang tak perlu nak difikirkan . sebab apa yang kita bagi kat orang , benda itulah yang kita akan dapat . maybe kali ni kita buat orang , untuk next time kita pula dapat rasa benda yang sama . bukan mendoakan tetapi sebagai pengajaran kepada diri dia .

relate balik tentang hati , kalau kita faham macam mana perasaan orang lain , kita tak akan buat orang lain macam tu . sebab kita akan fikir macam mana kalau kita yang terkena balik . so cerita tentang hati ni boleh create macam macam kisah tak kira kisah cinta , kisah sedih , kisah gembira dan sebagainya , just kita sendiri yang akan tentukan macam mana cerita kisah kita tentang hati . even macam macam orang cakap pasal kita , yes ! kita sendiri kena gembirakan hati kita . tak payah ambil tahu sangat sebab benda tu semua akan effect hari hari kita akan datang , just berdoa dan usaha . insyaAllah kita akan tabah hadapi semua . sebab Allah akan sentiasa bersama dengan hambanya .

with love , Aizat Abd



FOLLOW ME ON TWITTER : AIZAT ABD (KLIK)


NOTE : hati beri macam macam kisah


No comments:

Post a Comment