hari isnin yang menggemparkan seluruh negara Malaysia ! apehal ? takda benda pun sebenarnya . cuma aku update blog je today . gempar tak gempar tak ? ok ini tak kelakar Aizat . kau buat orang makin menyampah dengan kau . dahlah orang menyampah kat kau tu dah ramai . sokay dude kisah pun tak . okay harini nak cerita pasal apa ? pasal tips exam . haritu aku dah bagi tips exam PART 1 kan ? tak baca kau pergi cari sendiri godek godek godek blog aku ni . kalau kau tengah godek godek tu tetibe jumpa Ju-On tengah korek pusat tu jangan tanya kenapa . and and and harini aku nak bagi yang PART 2 punya . so kalau korang nak ambil jagung goreng ke , kelapa goreng nak makan sambil hadap blog ni pergi dulu . aku dah siap bentang tikar sambil letak bunga matahari kat kepala ni nak bagi nampak aku lebih anggun . okay over . sekali lagi kau ingat ni lawak ke Aizat ?! kepada yang nak ambil PMR , silalah baca ni sebelum kau pergi belajar . SAYA BERJANJI SAYA AKAN PERGI BELAJAR SELEPAS BACA BLOG AIZAT ! so kau dah baca and dah janji kan , kalau tak buat dalam masa 2 minit perkara malang akan berlaku kat anda . forwardkan kepada 10 orang kawan anda . okay itu sangat annoying , lebih bagus kau tengok Azwan Ali menari samba daripada kau baca message macam tu or orang broadcast macam tu . haritu aku dah buat tips pertama , kedua and ketiga kan , so aku sambung empat lima and enam jelah . nak buat tujuh lapan sembilan tu tunggu masa diorang nak SPM . entah apa tips merepek yang aku nak bagi pun aku tak tahu . ye tak ?
#KEEMPAT : TIDUR AWAL
macam biasalah setiap kali exam benda nilah yang kau akan dengar selalu . tidur awal , tidur awal and tidur awal . padahal aku tak pernah pun ikut tips ni . memang harapanlah kan . kau bayangkan pukul 11 camtu Ibu dengan Ayah kau dah suruh masuk tidur . then bila nak tidur tu terkebil kebil mata kau . lastly kau bukak balik lampu kau baca komik . bukan tahu nak baca buku ke apa kan . actually tidur awal ni sebenarnya baik and bagus . daripada kau bukak youtube layan video sore eyes , layan video one direction bagai kan baik kau tidur , kalau tak bila bangun pagi kau rasa menyesal sebab semalam tidur lambat . kalau nak tengok video Yuna takpe . selalunya kalau tidur awal , bila pagi kau akan rasa lebih bertenaga , macam kau baru bangun daripada 1000 tahun kau tidur . kemudian dicium di bibir lalu bangun . cerita apa ? siapa dapat jawab aku bagi dia seratus ringgit ! JAWAPAN : SLEEPING BEAUTY . dah korang lambat . melepas seratus korang , hikhokhikhokhikhok *ketawa badak* . cakap pasal tidur dulu , pernah masa tu nak exam trial , aku tak tidur kan . konon macam wahh bestnya sebab orang lain dah tidur aku masih lagi berjaga . konon bajet bajet macam otak aku ada lagi banyak information yang masuk . then bila pagi aku dah mula rasa mengantuk . nak masuk dewan aku rasa macam berada di awangan . macam kau ada dalam alam mimpi . then makan gula gula tak nak bagi mengantuk . bila dah boleh start menjawab , aku bukak kertas and otak aku terus blank . setiap apa yang aku baca semua aku lost . bila baca soalan aku tengok benda tu aku ada baca tapi satu benda pun tak ingat . perasaan masa tu macam nak suruh pengawas peperiksaan tu ambil kerusi kantin hentak kepala aku sampai aku ingat balik apa aku baca . setengah jam aku stuck and aku angkat tangan cakap nak pergi tandas . sebab aku tak boleh ingat apa apa . bila aku cuci muka kat tandas , aku tarik nafas , aku minum air . barulah aku boleh ingat balik semua yang aku baca . tu pun nasib aku boleh ingat balik . kalau tak boleh memang merana aku dok tercangak je kat kerusi aku . so bila nak exam tu pergilah tidur awal . rest kan otak kau tu . kalau tak boleh tidur , aku suggest kau ambik penukul , hempuk kat kepala kau sekuat hati sampai kau nampak dunia kau gelap je . lepastu dah keluar masuk ICU tu kau jangan tanya aku kenapa boleh macam tu okay .
#KELIMA : AMBIL BREAKFAST
yang part ni aku suka . sebab apa ? sebab aku suka makan sampai takleh nak sumbat makanan dah dalam perut ni . makan ialah hobi aku . walau berada di mana mana aku memang suka makan . okay cukup ! sekarang bukan nak cerita pasal hobi aku . sarapan pagi atau dikenali sebagai breakfast . kalau nak exam jangan biarkan perut kau tu kosong . nanti dalam dewan gerenti kau akan lapar and takda tenaga nak jawab exam . mengalahkan nak lumba lari ye tak nak guna tenaga bagai . kalau tak nak makan banyak pun pagi tu at least kau minum minuman yang berat sikit , bukan bermakna aku suruh tambah batu bata dalam air kau tu kasi berat . minum benda yang berkhasiat sikit . aku tahu pagi pagi memang tak semua yang ada mood nak minum pagi kan . even mak kau masak macam macam , masak roti bakar tiga rasa , jus belacan cendol , roti canai cicah tempoyak , kau masih takda selera nak makan . kalau tak nak makan , suruh Ibu kau buat Milo ke , Susu ke . bukan susu F&N yang kau buat teh tarik tu , tapi susu Fernleaf ke kan . yang full cream punya sedap nak mati ! dari kecik aku minum sampai ke tua bangka ni hah Ibu hadapkan aku dengan susu . lepasni mohon Fernleaf jadikan aku duta susu dia . mohon mohon . lepasni makin kerap kau tengok Aaron Aziz jadian ni keluar TV . tergugat kedudukan Aaroz Aziz sebenar . lepastu Zed Zaidi keluar statement "AIZAT ABD TAK PATUT JADI DUTA FERNLEAF" mooooooooo *bunyi lembu* . atotototoooo aku ni kalau kau dah bagi satu cerita nak bagi aku sambung , nilah jadinya . sebelum pergi sekolah tu , dewan exam ke , jangan biar perut kosong . bawaklah spare kuaci ke kan , makan sebelum masuk dewan . lepastu lempar je luar dewan kulit tu . nampak tak perangai aku yang takda sivik ? okay aku mana pernah buat okay *goyang goyang kaki* at least kau makanlah benda yang boleh alas perut kau sikit before kau masuk dewan exam tu .
#KEENAM : SHORT NOTE
kalau buat short note short note ni aku suka . sebab aku takleh nak hadap nota nota yang panjang panjang tu . boleh gila sebelah otak aku . so lebih baik kau ingat the main point lepastu kau elaborate sendiri . takdelah kau pening pening nak hafal sebijik sebijik huraian dia . yang huraian dia and example tu kau bacalah jugak sekali imbas , tapi yang main point tu kau ingat bebetul lah . kalau tak ingat main point dia takda guna kau nak elaborate panjang panjang tapi isi utama kau tak tahu . aku hentak guna pintu almari baru tahu . aku kalau buat short note suka lipat lipat kertas A4 sampai jadi kecik . lepastu tulis note atas tu . takdelah aku nak suruh kau salin habis habis apa yang ada dalam buku tu dalam short note kau , just apa yang kau rasa penting tu kau salin je . ni aku tengok ada yang salin semua . kalau camtu baik kau tak payah buat short note , baik kau baca je buku tu kan . kalau ada short note , kau nak yak yak kau boleh baca , kau nak makan kau boleh baca , even kau nak lumba lari pun kau boleh baca lepastu pass kat kawan sebelah . sama sama dapat ilmu ye tak . kalau nak hadap buku yang panjang panjang dengan gambar bagai tu memang tak boleh nak masuk dalam kepala hotak aku . kalau ringkas ni at least kau akan ingat . sebelum nak masuk dewan pun kau still lagi boleh refresh apa yang kau baca tu . lepas dah habis exam kau lemparkan je semua tu . nyenyenyenyenyenye *ketawa mintak tapak kaki* . so yang nak exam tu , abang suggest adik adik buatlah short note kay ? awwww abang *kelip kelip mata lelaju* tapi make sure dah buat short note tu jangan bagi orang lain photostat . buat penat je kau buat pepanjang dia tahu nak copy je . cocok lubang hidung dengan batang cangkul baru tahu besar ke tak lobang hidung tu .
sampai sini ke tips aku untuk kali ni . enam tips aku rasa dah cukup dah kot . bagi kau banyak banyak pun bukan kau tahu nak ikut apa aku cakap . sekali aku rotan sorang sorang kat pipi baru tahu . memain je kerja , layan Running Man bagai kan . so yang nak exam PMR tu aku ucapkan goodluck . kalau kat paper tu ada cakap "SILA LIHAT SEBELAH" so jangan lepaskan peluang kau lihat sebelah . kalau dia kata kenapa kau meniru , kau dah ada sebab and bukti nak cakap kenapa kau lihat sebelah . so takyah takut . takut nak exam dengan nak work hard untuk exam ni sekejap je . lepas dah exam kau nak kahwin , nak berjoget dari pagi sampai malam , buatlah . asalkan kau reti nak beza mana baik mana buruk . sebelum aku start merepek tak tentu hala . aku stop sampai sini *korek korek hidung dendalam* okbai !
NOTE : hidup bukan setakat kau nak makan je , usaha kena ada , kalau takda usaha , takda duit , takda duit , takda makanan .
TWITTER : @AizatAbd