harini tak penat , tak letih , tapi pening . dia punya sakit kepala dia Subhanallah boleh retak tengkorak kepala aku berderai macam kaca yang jatuh terhempas ke bumi yang nyata . ok , improvement of my "malay" grammar . WAHAHAHAHAHAHA ! macamkan aku orang somalia nak improve improve bahasa melayu bagai . padahal belacan telan jugak ye tak . siapa cakap tak pernah makan belacan tu memang pembohong . padahal dok jilat belacan tu macam ice cream paddle pop rainbow cakap tak makan belacan lak . buat kata nenek aku "TAKYAH NAK SOMBONG , LIDAH KITA NI LIDAH MELAYU JUGA" . sudahlah *ok ni over* . bila cakap pasal lidah , rasa , and kegemaran . inilah yang membuat aku terpanggil untuk update new entry . kalau ikutkan kemalasan aku , memang takde nak layan hadap update blog jadah ni semua . dengan adik aku yang dok godam laptop aku . selagi tak mintak memang sampai jahanam pun belum tentu dia bagi balik kat aku .
SUSHI ?
pernah makan sushi ? tahu apa itu sushi ? kat mana ada nya sushi ?
begitulah soalan yang bermain kat kepala hotak korang yang tak pernah melihat dengan mata kasar korang sendiri apa tu sushi . sushi bukanlah sejenis pontianak zaman batu , mahupun mak lampir yang berkeliaran mencari janin si janda , tapi sushi ni sejenis makanan moden . ecewah ayat moden tu macam kelakar lak bunyi . dengar nama sushi pun kau dah boleh nampak ke-JEPON-nan dia . sushi ni makanan Jepun . tapi dah berkembang serata dunia dia punya keenakan dia . jangan tanya aku kat negara mana adanya sushi . kalau kau gi giant pun dah boleh jumpa dah sushi tu . takyah nak bengap sangat gi Jepun semata mata gayat nak cari sushi . memang sedih pedih medih hidup kau kalau bendul buat macam tu . akulah antara penggemar makanan mentah tu . actually bukanlah sepenuhnya mentah , separuh mentah . kalau mentah , tak ke boleh terberak berak aku dok makan telan benda tu . bila orang tanya aku apa salah satu favourite dishes aku , antaranya mestilah aku cakap sushi . antara ayat mereka selepas mendengar jawapan aku adalah :
Ayat 1 : "EEE KAU MAKAN SUSHI KE ?"
Ayat 2 : "EEEE NANTI OTAK KAU BERULAT WEH MAKAN BENDA TU"
Ayat 3 : "KPOP-NYA KAU MAKAN SUSHI" *ni orang bingai , sushi made in Japan bukan Korea
Ayat 4 : "APA RASA SUSHI TU ? TAK MENTAH KE ? EEEE NAK MUNTAH AKU TENGOK"
Ayat 5 : "APA BENDALAH KAU NI , PELIK GILA . HALAL KE BENDA TU ?"
gampang kan ayat mereka ?
berdasarkan ayat mereka di atas , adakah aku mengatakan yang aku makan tahi lembu mahupun tahi gajah betina ? kalau tak halal masakan ada Sushi King yang bertandakan Halal . pergh guwa bila dengar macam tu memang menyirap . guwa rasa nak tempeleng pun ada , cuma guwa ni baik sikit . tahap kesabaran guwa masih berada di perut guwa yang ada six pack ni , masih boleh bersabar . guwa balas dengan ayat :
"TAKLAH , SUSHI JADIKAN AKU LEBIH PANDAI . BUKAN BERFIKIRAN BINGAI MACAM KORANG"
bila bercakap pasal sushi kushi mushi ni , teringat lah juga aku kisah tentang saat pertama kali aku mengenali sushi , saat pertama kali aku jatuh cinta kat dia . sweetnya aku....
*flashback 5 tahun yang lalu.....
"ehh apani Ibu beli , cambest je" *gaya ala ala gayat kepoh
"makanlah , ajak abang dengan adik sekali makan . tak payah tinggalkan Ibu dengan Ayah . Ibu dengan ayah dah makan dah"
aku yang memang buaya dalam bab bab makan ni pun tak menyempat nak panggil abang and adik aku , terus je bukak . yang penting perut aku kenyang . disebabkan macam baru tengok menatang tu , aku punya gayat mengalahkan beruk dapat anak kembar . tengok sana tengok sini lepastu senyummm . then aku ambik soy sauce , aku tengok lagi satu packet tulis "WASABI" . aku gelak gelak sebab nama dia macam nama anjing peliharaan . memang kelakar . so aku yang tak tahu apa apa masa mula mula nak makan sushi ni pun dok lah ambik wasabi ni banyak banyak memandangkan nafsu rakus makan aku telah tiba . lepas dah campur campur dengan soy sauce , aku ambik chopstick dok kepit menatang sushi tu *fefeeling kat jepon* then makan . kemudian , tanpa disangka airmata mula meleleh , mulut mula tenganga . kenapa ?
WASABI DIA PEDAS GILA GAMPANG !!!!!
masa tu barulah aku tahu erti mengalirkan airmata tanpa dipaksa . guwa cakap sama korang , dia punya pedas macam nak pecah deria rasa aku . musnah , hancur deria rasa aku . terus aku keluarkan balik and capai air . mata dah berair air bebajet comel . lepas dah lega sikit , aku pun panggil abang aku dengan senyuman . dalam lima minit lepastu dia pun sampai .
"eh abang , cuba kau rasa sushi ni . sedap"
"tak nak ah , kalau sedap mesti kau dah makan banyak" *kata abangku lalu berlalu
"wehh rasalah . sedap , Ibu suruh habiskan" *mula menggoda
"apa rasa dia ?" *terperangkap dalam godaan
"pernah makan ikan bakar ? macam tulah rasa dia" *sambil membuat aksi menggoda . ewwww*
"okay , aku rasa satu je . tak sedap kau ketuk ketampi 15 kali"
"ok ok . jap aku ajarkan kau cara makan dia"
dia dengan sepenuh kepercayaan pun mula pandang aku dengan gigih tanpa hiraukan hiruk pikuk jiran jiran memekak bercerai berai , meneliti satu persatu apa yang aku buat . hehehehehehehehehehehehehehehehehe . ketawa aku sudah cukup memberi impak kat korang yang aku sebenarnya mempunyai rancangan jahat . aku ambik wasabi bebanyak letak atas sushi dia sampai penuh . kalau kau tengok pun dah mampu buat bulu ketiak korang tertanggal sebab seram .
"kau letak benda hijau apa tu ?" *abang bersuara
"cream dia . manis . sedap . nah siap dah cuba kau rasa"
dia pun macam ragu ragu tapi terus ambik . kemudian masuk ke mulut lalu kunyah . aku ? menunggu reaksi hasil experiment aku dengan penuh berdebar berkobar kobar. kemudian , chopstick besi yang ada depan abang aku dilempar dengan laju ke arahku lalu kena tepat di kepala aku dan jatuh ke lantai jubin yang mengeluarkan bunyi "kelentingggg" . lalu abangku sopan membuka mulut :
"PEDASLAH ANJING !"
dan abang aku terus muntahkan kembali sushi yang dia kunyah sambil terkinja kinja dengan rancak . nak cakap berapa teguk air dia minum tu aku sendiri pun tak tahu . cukup rasanya lapan gelas sehari . takyah nak tunggu sehari dah pun . anjing dikatanya aku . lepastu Ibu pun datang kedepan sambil bercekak pinggang ala ala Datin Wannabe .
"amboi , apa anjing anjing ni ? sejak bila pandai mencarut dengan adik adik camni ?"
aku pun ketawa tutup mulut . dah sah sah kena bebel panjang berjela macam karangan SPM .
"mana ada ! mirul bagi makan sushi pedas ! tahu tak nak terbakar bibir orang !"
lalu Ibu pun tersenyum dan berkata :
"memang patutlah merasa pedas tu sebab tak reti jaga mulut main lepas je cakap kan"
dan Ibu berlalu ke dapur sambil menyanyi nyanyi . bagaikan satu kemenangan bagi aku . tapi tak lama pun aku rasa happy tu sebab abang cakap dia tak nak bawak aku pergi main roller blade . dia suruh aku naik basikal sendiri pergi . memang kalau naik basikal belum tentu esok pagi aku sampai . dengan kesedihan merundung jiwa sebab kena tinggal kat rumah , aku pun hadap tibi sambil melantak sushi sampai habis boncet perut aku . sejak daritu abang aku dah tak minat sushi dan akulah pontianak sushi . memang kalau pergi mana mana tak kiralah selain Sushi King , macam Tesco ke Jusco ke , mesti aku akan beli lepastu makan sensorang nyorok kat bilik . punya kedekut nauzubillah aku . dan abang aku bila aku beli sushi dia mesti akan cakap :
"LEPASNI KEPALA KAU BERULAT , PERGI GOOGLE"
gampang .
NOTE : nak ternak ulat dalam kepala banyak banyak dengan hanya memakan sushi ! yeay