APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Monday, August 24, 2015

Trip to South Korea : Seoul Day 1

ASSALAMUALAIKUM

To be honest, seharian aku murung sebab nak pilih gambar untuk masukkan dalam update Day 1 ni. Gila kau, daripada 600 gambar aku kena pilih dalam 20-30 keping je gambar terbaik (plus murung sebab rindu Korea sekali). Then dah pilih pilih ni pun rasa banyak. Dengan fikir macam mana nak divide entry lagi. Aku pergi 8 hari kot? 8 hari tau dekat Korea! (ada unsur unsur gebang dalam perbualan ni ye). So, aku rasa berblogging ni boleh masuk list antara job paling stress dekat dunia. Aku macam over je?

Macam yang aku ada cakap dekat entry sebelum ni, 28 July 2015 lepas terbanglah aku ke Seoul Korea bersama dengan rakan rakan yang susah nak dikawal menaiki pesawat AirAsia. Punya tak boleh kawal sampai pramugari rasa nak suruh kitaorang duduk dalam kargo lepastu ikat. Flight aku depart pukul 1.00am dan dijangka tiba dalam pukul 8.00am (waktu Korea, Malaysia 1 jam lambat je daripada waktu Korea). Sekejap je potpet potpet lepastu semua terbongkang macam dekat katil rumah sendiri. Tinggallah aku terpinga pinga dalam flight sebab aku jenis yang tak suka tidur dalam apa pun jenis kenderaan. Sebab aku rasa nanti aku terlepas pemandangan yang menarik even aku buka tingkap tu yang aku nampak langit je, awan pun tak boleh nampak malam malam buta. Sadlife.


 Ni antara makhluk makhluk yang susah nak behave kalau berjumpa


Aku rasa macam aku patut bersyukur tak tidur sebab aku dapat tengok pemandangan yang Subhanallah ni (even pilot dia anggap benda ni tersangat biasa everyday dia nampak). So aku malas nak cerita banyak sebab cerita dalam flight bukan best pun kalau nak ceritakan sampai 2 3 perenggan. Tiba tiba bunyi ting tong ting tong, pilot cakap yang dah nak mendarat. Suruh kitaorang paut kuat kuat apa yang ada depan mata. Ok ini tipu. 


 Teringat pula cerita Doraemon yang dia selalu suka lepak dekat awan lepastu makan awan


 Ok dah sampai punggung pun rasa macam dah keras separuh ni. Tak sabar nak turun


Tadaaa dah sampai pun Incheon International Airport (tempat idol idol yang senang ko nak nampak, gi Korea nak duduk 8 hari dekat sini pun tak apa kalau ko memang tujuan utama datang nak jumpa idol je. Wifi dia kau download kdrama 1GB blueray dalam 30secs dah complete download). Lepas dah settle dengan luggage apa benda semua, for sure lah nak cari sim card and T-Money. Benda nilah antara benda yang kau perlu untuk survive dekat sana. Korang boleh dapatkan T-Money dekat any convenience store dekat sana (e.g 7E) and sim card kau pergi satu counter yang memang ada service untuk rent or beli. Cari, tengok map. Aku nak cakap dekat belah mana pun aku tak tahu since tu bukan KLIA dik oi.


 Dini dengan tidur memang tak boleh berenggang. Tapi trust me, muka semua toya sebab belum mandi


Cakap pasal sim, mesti ada yang nak tahu kan kitaorang guna sim apa. Dekat sana aku rent simcard sebab kalau nak beli banyak sangat procedure dia plus nanti sama je kau bukan boleh guna pun sim tu dekat Malaysia. Melainkan satu lagi niat kau, nak hidup semati dekat Korea. So aku rent sim Olleh dekat sana. Masalahnya nak sewa sim ni, mahal dia nak mampus punya mahal. Untuk rent je korang kena bayar 33,000KRW and kena letak deposit 100USD (nangis bersungguh sungguh) for 10 days. If kau convert ke RM kau tahulah berapa total dia. Tapi if tak nak beli sim pun tak apa, wifi everywhere. Cuma, mereput lah kau kalau pergi Namsan Tower ada gambar lawa lawa then dah pukul 12 malam baru boleh upload sebab dekat sana trust me everytime rasa kena upload gambar.


Ni dia T-Money, macam touchNgo je 


Untuk awal awal ni reload 10,000KRW je dulu. If tak cukup baru reload lagi. No problem


And! Our first destination and memang favourite destination aku adalah..............!




Ada orang pernah tanya kau macam mana nak sebut benda ni? Menyondong ke? Ikut kaulah nak sebut macam mana pun sebab aku sebut sekali pun aku dah tahu macam mana. Ya Allah ampunkan dosaku kerana riak. Nak pergi mana mana dekat sini tak susah mana pun sebabnya naik train je boleh sampai mana mana kau nak pergi. Sebab tu kena jadikan train tu kawan baik kau.


Asyik muka kau je kan! 


Dah sampai Myeongdong! Ha ni barulah rasa macam bebetul dalam drama drama Korea yang kau tengok kan. Punya melenguh kaki and tangan heret bag sampai rasa nak campak je bag tu dekat tengah jalan sebab memasing bag tengah berat plus suhu dekat sana agak panas and tengah summer kan. If rasa ada bawa summer set macam dekat pantai tu, boleh baring atas jalan jemur badan.





Sampai sampai je for sure lah nak terus pergi guesthouse nak mandi rest apa semua kan (badan dah berlecak). So first guesthouse yang kitaorang stay adalah 24 Guesthouse Namsan Garden (5 minutes, nak nangis jap sebab terthrowback dalam otak sweet moments dekat sini kahkah). About harga tu aku bayar RM500 untuk 8 hari (tapi untuk 2 guesthouse), so korang boleh cari dekat Google berapa rate bilik dia since Dini yang banyak uruskan pasal accomodation ni. Tapi truth to be told guesthouse ni sangatlah best plus pekerja dia semua sangat friendly! Boleh kata nak ajak main nyorok nyorok sama sama pun dah bolehlah.


Aaaaa rumah dia so comel!


If kau nak fefeeling shoot drama boleh dekat sini okay? 


Ok ni sikit jelah aku kasi gambar dalam bilik sebab kalau nak ambil seluruh bilik aku kena keluar
daripada tingkap bilik tu (ada 1 queen bed and 1 single bed)


Dekat sini kau nak masak ke apa ke ikutlah, asalkan kau ada bahan bahan masak kau sendiri. So lepas dah mandi mandi siap and settlekan apa yang wajib, masa untuk food hunting. Masa on the way berjalan nak ke guesthouse ni pun dah mula aim mana mana tempat nak pergi. Maka bermulalah terkinja kinja kami keluar daripada guesthouse untuk cari makanan. Gila kau tak terkinja bila perut dah lapar.


Kalau nak dinding lawa lawa buat ootd dekat Myeongdong banyak. Aku syak orang sini suka 
ootd tiap hari





Dekat Myeongdong bagi aku semua benda ada. Kau rasa lapar je kau lari pergi Myeongdong. Kau rasa macam muka kau buruk sikit je, lari pergi beli beauty products dekat Myeongdong. Senang cakap nak apa je ada, cuma oppa tu aku jelah ada (pickupline). Oh ya, if ada antara korang yang minat nak beli Kpop album ke, merchandise ke or any benda yang related to Kpop, boleh beli dekat sini and korang boleh dapat original album dengan harga yang sangat affordable. Sebab tu aku beli album melambak lambak. Range price start from 11,000KRW (around RM35-40) lah kot untuk one album and mungkin ada lagi rendah if kau beli album penyanyi dia yang kau tak pernah dengar nama? Mungkin 1,000KRW je boleh dapat? Lol. 

Aku target ke sini memang nak beli bebenda macam ni, sebab tu aku cop tempat ni paling best. Plus, if nak pergi tempat yang ada gambar EXO banyak banyak tu dekat sini pun ada, dekat Lotte Young Plaza. Muak kau tengok nanti sebab terlalu banyak. If korang nak beli beauty products, dekat sini pun ada and mestilah murah. Kalau tak murah Meen, Dini dengan Didi tak akan jadi gadis yang susah untuk dikawal. This is your place girls out there, this is your place. Lelaki pun tak ada masalah since sekarang lelaki if ada jerawat pun nak kena update dekat Twitter kan, kecoh. If memang rancang nak pergi Korea, letak ni jadi satu tempat wajib dalam list. Shopping baju lelaki, perempuan, kasut, selipar, yang dalam dalam pun ada dekat sini sampai kau rasa semua benda patut beli. Even pengetip kuku pun. 


Oh ni depan bangunan Nature Republic. Tempat dongsaeng dongsaeng aku (EXO)


Ok ni first location kitaorang makan sebabnya aku tak tahu nama dia. Dekat lorong lorong tapi yang pastinya lagi meriah dan bersih daripada Lorong Haji Taib. Yang penting halal. Just for a reminder, elakkan makan any daging dengan sosej ok (if kau tak beli dekat tempat halal sebab ada je yang halal kena buat research sikit). Ko nak makan juga lantak sama kau. 


Oppa! (emoji mata ada love)


Oh ya, dekat sini kalau makan seafood dia semua segar segar sebab bila kau order je dia terus ambil dalam aquarium dia hidup hidup benda tu, dia potong and terus masak. Sebab tu if kau jalan mana mana kedai makan, mesti ada aquarium dekat depan. Tu bukan pameran untuk buat kau terhibur ek.


Light lunch sebab nak makan street foods kejap lagi. Hehe ni pun dah kenyang mashaAllah


Kedai dia simple je tolak guna dahi pun boleh roboh tapi sedap and famous


Total kitaorang makan lunch ni 80,000KRW almost RM200 (nangis hujan lebat). Agak mahal sebab semua makan berlandaskan nafsu! Lepastu punya mengah nak habiskan. If you nak try any street foods dekat Myeongdong ni memang banyak and boleh cakap sentiasa ada orang. Lagi satu kalau ada baju lawa lawa, pakai masa dekat Myeongdong sebabnya kadang kadang ada street photographer akan ambil gambar korang senyap senyap and masuk dalam Korean Street Fashion (tapi ada banyak street photographer). Tapi satu, kena buat buat jangan pandang dia even kau tahu tu dia. Kena alah alah candid. Macam tak biasa pula jadi fake kan sebab if dia tahu yang kau nampak, memang babai dengan gambar kau tu. I think we guys kena snap haritu cuma aku tak tahu nak cari macam mana. Ke aku je yang perasan?


Even dekat negara orang, harom ye harom untuk berpegangan tangan bagi yang islam (takda kena 
mengena dengan gambar lah kau ni Aizat)


Ni aku snap tapi tak beli pun. Beriya dia ingat aku nak beli. I'm so sorry pakcik


Fresh fruits yay my favourite! Boleh dapat hanya 1,000KRW - 1,500 KRW je


HOTTEOK! Rindu, serious. Only 1,500KRW. Murah dan sedap!


Ni street food favourite aku! Hotteok, bila balik rindu. Nak buat tak reti. Mereputlah bersama rindu tu. You guys kena try. Tips, kalau nak cari senang, jejak je dekat Myeongdong tu, jerit kuat kuat Hotteok Hotteok! Jangan berhenti selagi tak jumpa. Kalau buat tu orang akan bantu kau cari. Takpun dia kelatu dahi kau.



Bila balik baru aku sedar camera ni focus dekat orang belakang. Si camera gatal!


And yang paling best, rose ice cream hehehe. Tapi bila dah beli ni, kena cepat cepat ambil gambar sebab dia senang cair. So rugilah takda gambar kan, bukan senang nak jumpa benda ni. Aku terpegun duduk hadap je depan kedai tu sebab cara dia buat ice cream memang smooth gila sampai aku rasa aku patut tukar cita cita aku mulai harini. 



Dapat bunga pun mengantuk?


Apa yang aku suka street foods dekat sini, murah and sangat sangat sedap. So takdelah rasa macam membazir betul beli tapi tak sedap. And dekat sini ada banyak lorong and kedai yang sama. Another tips, if masuk contohnya kedai Etude House, survey dulu. Sebabnya dekat sini ada nak dekat 5 Etude House and promotion dia lain lain ok. Aku belikan adik aku handcream EXO dekat Nature Republic dekat kedai first 18,000KRW (offer price) tapi dekat kedai second 38,000KRW (tak ada offer langsung). Banyak gila beza serious. So cari kedai yang betul betul ada promotion. Haaa! Dekat sini staff kedai dia suka duduk luar and dia akan tarik kau masuk kedai dia. Kalau tak nak, kau lempangkan je takpun senyum, tunduk and cepat cepat blah.

After dah beli barang and rasa semua street foods, kitaorang pun dah letih and semua dalam kepala terbayang katil je even masa tu baru pukul 5 petang. Nak nak aku, jerangkung punya muka pun lagi cun. Sebabnya aku tak tidur dalam flight then terus terkinja berjalan. Nak sangat kan berjalan tak rest dulu, hambik. If korang nak tengok lagi banyak gambar kitaorang for Day 1, korang boleh click hashtag #5FriendsInSeoul (even dah tercemar dengan giveaway Akbar). Rasanya sampai sini jelah kot entry untuk Day 1 sebabnya malam tu tak buat apa apa. Makan ramyun then terus tidur untuk adventure Day 2 pula. Punya selesa aku tidur siap balut badan dengan comforter bajet bajet macam dalam Korean drama tu. Benci kan dengar?


From left; Dini, Didi, Meen, Aizat, Akbar

Macam majalah sekolah pula. If korang ada nak tanya apa apa, boleh comment dekat bawah. Kalau tak ada, dah boleh start pergi dinner, dah pukul berapa dah ni. See you in Trip to South Korea : Day 2!


NOTE : Borong stoking dekat Myeongdong ni best, boleh beli nak kasi sekampung pun tak apa sebab murah.


TWITTER : @AizatAbd
INSTAGRAM : @skullsulivan
FACEBOOK : Aizat Abd


71 comments:

  1. Dekat sana pukul berapa betul betul pagi cerah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pukul 530 dah cerah dah. And orang dah start pergi kerja hehe

      Delete
  2. Hai bang jat! Bang jat kan masih study lagi kan so how did you manage to collect your budget money ah? Thanks :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai! Hehe ok untuk tu Aizat bila cuti sem Aizat kerja since I got my diploma certificate. And also Aizat slow slow make my own business. But, ada juga Aizat start saving. Contohnya jadi musuh dekat RM5 and simpan setiap duit yang orang kasi contohnya macam uncle kasi ke haha. And RM5 tu you jadikan musuh kiranya simpan dalam tabung if ada RM5. From there u boleh gain saving u. Hehe

      Delete
  3. Nice entry 😊 mesti setiapbenda takleh lupa kan?? Eksaited nauu... Hehe

    ReplyDelete
  4. yang rm500 untuk 8hari tu kan, u bayar seorang atau u kongsi dgn akbar? btw walao i join nangis sekali la baca price harga yang u rent simcard tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorang. If dengan Akbar total RM1000. Kan, I pun nak sambung nangis ni hahaha

      Delete
    2. Salam. Hai! Nak tanya, kenapa rent simcard di Korea? Kenapa tak rent portable wifi je boleh guna ramai2? Just wondering the benefit of the simcard itself :)

      Delete
  5. Try laa buat hotteok! Senang jee 😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jumpa resepi dia and senang Aizat buat ok hehehe

      Delete
    2. https://m.youtube.com/watch?v=R_MPEq53QFs
      Tgk kat sini je haritu dah try buat. Jadiii sama macam kt myeongdong! Just sharing hehehe

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Salam, bang jatt !! Hotteok tu apa and apa rasa dia sebenarnya? teringin nak tahu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luar dia rasa macam roti bom je cuma isi dalam tu macam chewy and manis. Sedap! Hehe

      Delete
  8. That part yang "pramugari rasa nak suruh kitaorang duduk dalam kargo lepastu ikat" amboi overnya lahai 😂😏😏 haha nice entry btw. #kipidap #dungibab (ehem kalau nak giveaway stokin pun takpe uhuk 😝)

    ReplyDelete
  9. yes bang aizat nak tahu jugak yang rent rm500 tu untk 1 bilik or 2 bilik rm500?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM500/person for 1 room. Aizat duduk dengan Keba for 8 days. So total for 8 days RM1000 (both Keba and me). Then one day probably around RM125 je untuk satu bilik. Satu bilik muat 3 orang. But buat survey nak duduk area mana and guesthouse mana sebab harganya tak sama.

      Delete
  10. Selain guesthouse, mana lagi tmpt boleh duduk? Hotel lagi mahal dari guesthouse ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Train station? Hahaha. Yes mahal lah kot sebabnya dekat mana mana pun kita tahu guesthouse lagi murah daripada any hotel. But if you nak rasa selesa and tak kisah about price, should be no problem u duduk hotel. Lain lain tempat Aizat tak tahu hehehe. Sorry.

      Delete
  11. Bang jat naik flight apa ek? Airasia ke? Btw since bila bang jat booking ticket ke korea utk dapat harga lebih murah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam dah cakap je dekat atas tu AirAsia? Huhuhuhu. Since March last year ticket pergi and ticket balik 3 minggu sebelum pergi Korea. Tapi depends juga sebab ada je beli lambat then boleh dapat murah sebab promotion. Macam we guys dah beli ticket balik RM700 then masa seminggu sebelum pergi ticket jadi murah, RM400 je. So kena selalu check hehehe. We guys everyday check nak make sure dapat harga paling ok.

      Delete
  12. Haahahhaahahahah that moment #5friendsinseoul dah tercemar dgn gambar giveaway akbar hahaahahahah tau takpe. Baru bukak td sebab rindu nk tgk sekali kau T__T

    ReplyDelete
  13. Haahahhaahahahah that moment #5friendsinseoul dah tercemar dgn gambar giveaway akbar hahaahahahah tau takpe. Baru bukak td sebab rindu nk tgk sekali kau T__T

    ReplyDelete
  14. huhu just curious, korang takde terserempak ke dgn mana mana kpop idol dekat sana (sehun ke) *menangis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha jumpa standee banyaklah. Bukan senang nak jumpa and diorang bukan boleh merayap sesuka hati kan. But if nak jumpa boleh je pergi dekat company dia lepak lepak kejap ke sebab kadang kadang diorang ada keluar for show ataupun saja pergi berjogging. We guys pun rushing sebab nak pergi banyak tempat so tak stay lama pun dekat company. Hehehe

      Delete
  15. abg ijat mcm mne nk edit blog yg ade tulisan gerak2 tu ? * sori keluar tjk *

    ReplyDelete
  16. "aku jenis yang tak suka tidur dalam apa pun jenis kenderaan" <--- macam takleh terima je statement tu :P sbb dlm entry g thailand tu ada cakap tidur dalam bas kannn :P :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yay! Hahaha antara semua readers rasanya awak sorang je yang perasan hehe. But actually itulah gayanya melainkan betul betul mengantuk and tak tahu nak buat apa hehehe.

      Delete
  17. Bang jat,semua street food dekat Myeong-Dong tu halal ke?Beriya iya tengok abang keba makan haritu haha,sebab yang saya tahu kat Itaewon je yang macam ramai orang Turkey semua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua. Makan yang based seafood, tepung and vegetables je hehehe.

      Delete
  18. best nya.. jauh berjalan yek.. :)

    ReplyDelete
  19. Kalau dkt sana untuk sewa portable wifi mahal tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya lagi murah and boleh share 3 orang. Cuma dia limited sikit coverage dia rasanya and quota dia pun tak tahu macam mana.

      Delete
  20. Seriously best gila baca ni!! Nak tanyaa, ramyun kat situ sama tak dengan kat Malaysia? (maggie)��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau u makan dekat kedai punya rasa dia lain sebabnya dia guna resepi dia sendiri and sedap hehehe.

      Delete
  21. 1~ korang bayar fee guesthouse tu on the spot atau dh byr melalui credit card..??
    2~ klau sye nk tinggal 3 bulan.. sim card sewa atau beli berbaloi ?
    3 ~ if duit... nk tukar kt malaysia atau tukar kt korea?

    #EuniceNg# #Chinese# #SeoulMate#

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah... lupe panggil oppa aizat ~!!

      Delete
    2. Hello, ok untuk soalan awak tu ;

      1. Bayar melalui credit card sebabnya awal awal booking lagi bagus sebab selalu guesthouse dia fullhouse and if nak booking kena bayar on the spot.
      2. Berbaloi kalau awak beli sebab sewa mungkin agak mahal.
      3. Better you tukar awal awal dekat Malaysia sebab kalau awak tukar dekat sana awak akan dapat rendah. Or jangan bawa MYR sebab susah nak cari agency yang boleh convert MYR to KRW. Banyak yang from USD to KRW. Better tukar dekat Malaysia.

      That's all. Hehehehe

      Delete
  22. Baca abg Aizat punya blog kan teringat pula nk gi korea macam best jer lps tu jumpa pula Abng exo aq bts x jumpa Abng aizat

    ReplyDelete
  23. Lepas ni trip ke mana pula? Masih mengumpul duit untuk g korean.. ;)

    ReplyDelete
  24. bila baca ni kan. macam ada citacita je nak pergi korea dengan kawankawan hahaha. rasanya banyak tak kos nak pergi korea ni?

    ReplyDelete
  25. Cepatlaaaa continue day 2 sampai day8 plssssssss

    ReplyDelete
  26. abang aizat bkan nk blas komen sye .. kecewa btul . dah due kali sye komen tk reply pon :( org lain okay je abg aizat blas hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. engko dah kenapa over sgt ? emmmm

      Delete
  27. jat oppa, err awkward pulak panggil oppa kat malaysian.hahaha save money since bila?so kalau nak kira semua,berapa cost yang dah habis termasuk ticket pergi balik.include semua ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Since 2013 hahaha sebab masa tu saving sebab nak saving, takda target nak travel. Untuk details budget tu boleh refer dekat update Seoul Tips hehe

      Delete
  28. hai abang...mestih best bila gi korea..lagi 2 ngn kwn ataupun family..right??..and one more thing..saya hrp abang bleh ceritakan lagi pengalaman abang gi melancong..kim slm kt kwn 2 abang...saya pemint abang dn slalu mengikuti perkembngn abang..insya allah,..saya ikut tunjuk ajar abang yg abang cite tuh..kalau pegilah..hehehe...ok bubai..assalamualaikum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, InshaAllah awak boleh punya hehe

      Delete
  29. Senang x gune subway dorg? Ade sesat x? Last year pergi dgn tourguide, line mane, exit mane semua dia bgtahu. This year nk pergi lagi inshaAllah (xpuas pergi sekejap ㅋㅋㅋ) tapi without guide. Kiteorg nak gamble je pergi sendiri haha. Tpi just risau pasal subway je la. Any advice?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tipulah kalau tak ada sesat tapi kalau banyak kali you jalan sana you akan boleh tahu dah sebab map dia nampak je complicated tapi senang hehe

      Delete
  30. sambung dgn day2 pewlishhh

    ReplyDelete
  31. Woahhhh cepat laaaa sambung. ��

    ReplyDelete
  32. abang jat, price barang dekat smtown coex artium mahal tak? or lebih worth it beli dkt myeong-dong ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau album better dekat Myeong-dong sebab ada banyak idol punya album. If merchandise official semua dekat store masing masing hehe

      Delete
  33. srs untung sangat bang jat hahaha KOREAAA it is the best journey ever dude, btw #squadgoals 24guesthouse lawa sangat nak tengok full plsss

    ReplyDelete
  34. day 2 day 2 day 2 day 2 day 2!!

    ReplyDelete
  35. Slalu bukak bangjat punya blog tgu day 2, still tade lagi entry baruu, cepatlaa bang dah berkobar2 nak baca ni, hahahah

    ReplyDelete
  36. Aizat salam kenal saya Rifqi, cerita kamu di Thailand gak di lanjutin ya? Agak-agak nanggung jadi nya. Terimakasih sebelumnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Rifqi, dalam masa terdekat ya, terima kasih kerana membaca.

      Delete
  37. assalamualaikum abg Jat, nak tanye ni cam ne video abg Jat kat instagram ade effect lagu ? abg Jat pakai app ape ?
    terime kasih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna apps splice hehe. Boleh add lagu.

      Delete
  38. apa guna sim tu? x faham part dah pukul 12 malam baru boleh upload gambar? wifi sana mmg auto connect eh dgan fon?

    ReplyDelete
  39. hi bangjat :) since perjalanan dalam flight tu dari 1 pagi sampai 8 pagi. U guys solat subuh dalam flight tu solat duduk atas seat ke? senang tak nk amik wudhu' dalam flight?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hey nony!
      Kita jawabkan ye.. Okay,sebelum naik flight, ambil wudhuk,niat khuf(tgok google),pastu pakai stokin.Now,konon konon masuk subuh masa dlm flight.Awk pegi toilet,ambil wudhuk guna air dari sinki,satu basuhan bagi setiap anggota wudhuk dah okay.Bila smpai part kaki,sapu saja air pada bhgian atas tapak kaki tanpa buka stokin.Done wudhuk.Pegi tmpat duduk semula,pakai tali pinggang,dan solat secara duduk,atas seat awak. Itu saja caranya. Tntang kiblat,kita x kan dpt ikut kiblat yv betul sbb kita x tau kapal tu sedang bergerak ke arah mana,so solat je atas seat tu. Senang je~~ wudhuk,sapu air pada atas tapak kaki tanpa buka stokin,dan solat secara duduk.

      Dalam toilet x de air tau,so kalau x reti guna tissue,bawa botol kosong ,ambik air dr sinki dan istinjaklah.Kapal x boleh bawa air banyak,flush toilet dia pon guna angin je.

      Khuf adalah kemudahan dlm chapter wudhuk. Tulis kat sini mcm x sesuai..so awk google k.

      Last tips,kalau pegi jalan negara bukan islam,mostly toilet diorg x de air ,ada tissue je.So bawalah bottle kosong ke mana mana,dan dapatkan air dr sinki toilet itu~~~ selamat mencuba!!

      Delete
  40. T-money yang kengkononnya macam touchngo tu per person kene ada ke boleh guna tmoney tu untuk 7 keturunan?

    ReplyDelete
  41. T-money yang kengkononnya macam touchngo tu per person kene ada ke boleh guna tmoney tu untuk 7 keturunan?

    ReplyDelete
  42. Bang Jat bole x senaraikan kedai mkn ape yg Bang Jat pegi? Sebab saya nk ajak family saya pegi Korea tp ayah saya x yakin dgn kedai2 kat Korea ni.. hmmm

    ReplyDelete
  43. Aizat.. u ambil triple room or family room? Coz mcm besar je bilik u tu..

    ReplyDelete
  44. Bangjattt kalau nk bli brg official YGent dkt myeongdong ade jual tak ? T.T Dkt lotte young plaza eh? And susah ke nk cri bgunan tu?thanks (hope you'll answer it ) ��

    ReplyDelete