APA YANG KAU MILIKI SEKARANG TAK AKAN PERNAH KEKAL. SEMUA TU PINJAMAN DARIPADA ALLAH, SEMENTARA. WALAU SEMENTARA, IA MAMPU BUAT KAU RASA APA TU BAHAGIA. DERITA TU AKAN ADA, CUMA TAK AKAN LAMA. SEBAB TU ALLAH JADIKAN KAU MANUSIA, UNTUK KAU MENEROKA APA YANG DIA CIPTA

Saturday, March 31, 2018

Trip to South Korea : Pyeongchang Day 1

ASSALAMUALAIKUM

Ye ye aku tahu aku masih berhutang dengan update aku untuk Bangkok. Tapi sebabkan aku lebih excited nak cerita pasal Korea. So aku dahulukan update Korea ni dengan mencampakkan update update trip aku yang lain bertaburan di udara bersama burung burung kenyalang. Ok hambar. Macam biasalah bila travel ni gambar first day je dah nak dekat seribu lepastu kau kena pilih berapa keping je untuk satu update. Mati.


1st Day, March 12, 2018

Ini masa yang ditunggu even dah pergi Korea boleh dikatakan dah berkali kali jugalah tapi rasa excited tu always ada. Yelah balik kampung sendiri kan even ada yang dah termuntah dengar aku cakap macam ni. Mula mula actually flight kitaorang pukul 1 pagi tapi aku rasa semua excited tak ingat dunia, tukar pukul 750 pagi. Masa tu barulah rasa nak beringat and tak nak bersuka ria. Actually trip kalini is a media trip yang mana collaboration between Air Asia X dengan Gangwon Province. So, kalini pergi bukan fikir nak terkinja je, tapi sebab kerja. Tapi apa ada hal, terkinja tetap terkinja juga.

So this trip yang ikut ada 8 orang, sorang daripada tourism Korea (Miss Nuri), sorang daripada Air Asia X (Miss Wina), dua orang daripada media (Jessica and Maryanne) and empat orang influencers (Aku, Yasmin Redzuan, May Ho and Chenelle Wen). So korang boleh google la sorang sorang siapa yang korang nak tahu sebab masa ni belum ada group photo. Sebab masing masing macam masih malu kucing, tapi bila dah kenal semua perangai tak boleh dikawal. Nak dijadikan cerita, sebagai seorang yang suka duduk airport, bukan main awal aku datang sebab pukul 930 malam dah sampai aiport haaa. Nak dekat setengah hari aku kena duduk situ nak tunggu flight esoknya. Tapi tak apa, memang dah target dalam flight aku nak tidur. Tak kisahlah tak makan ke tak apa ke yang penting dapat tidur.

And!

Waktu paling ditunggu mestilah dah sampai sebab dah masuk dalam flight! Ya Allah masa menunggu tu rasa macam nak cepatkan masa tahu tak sebab badan dan rasa lesu dah. Aku habiskan masa main funrun sampai nak dekat 17,000 dah point aku dalam tu. Lepas semua dah drop luggage, barulah rasa lega sebab rasa macam bangang bawa luggage merata rata siap buat kubu sebab nak rest tak nak kasi orang nampak. Total luggage aku 20 kg je tapi gigihnya lahai pergi upgrade daripada 20 kg to 30 kg. Dah masuk dalam cabin dah boleh lega sebab dah ready ready adjust badan nak tidur. Paling best mashaAllah bila dapat duduk dekat quiet zone. Rasa macam seorang bayi lah bila duduk dalam ni sebab sunyi je tidur tak ada gangguan lampu ke apa. 


Thank you Air Asia X sebab bagi peluang duduk dalam ni buatkan tidur aku jadi lena betul. Tak kisah 
dah apa jadi time tu. Yang penting tidur. 

Tapi dalam pada mengantuk mengantuk tu, makan tak boleh lupa. Sanggup ni bangun semata mata tak nak lepaskan peluang makan dalam tu. Paling aku suka bila travel dengan Air Asia ni ialah beli makanan dia masa dalam flight. Semua sedap and power. Even dah kenyang pun masih nak makan. Kalau tak percaya kau boleh tengok update aku lepas lepas tengok apa yang aku beli and makan. 


So kalini, makan nasi lemak favourite la! Korang kena try benda ni and kalau tak cuba rugi.


Aku tengok Meen dekat seat sebelah tengok tengok makanan aku. So sebabkan seat kitaorang ada laluan kat tengah tengah susahlah dia nak berborak dengan aku. So aku pun mulalah conversation aku dengan dia ibarat orang yang berbisik masa tengah exam.

Aku: Kenapa awak tengok makanan orang?
Meen: Nak nasi lemak tu.
Aku: You dapat apa?
Meen: Thai Green Curry (Pak Nasser's Nasi Lemak is also her favourite)

So moral of the story Pak Nasser's Nasi Lemak ni memang kegilaan orang ramai eh. Silap silap steward and stewardess dia pun tapau nasi lemak tu bawa balik. Tapi actually you need to try makanan lain juga sebab so far aku try makanan lain dia pun sedap cuma aku punya favourite ni nasi lemak dia kan so aku prefer nasi lemak. Jangan pula kau tiba tiba order ketam masak lemak. Itu minta kena bantai tu.

Lepas dah makan tidur bangun tidur bangun sampailah kitaorang ke Incheon International Airport. Tengok dekat tingkap luar nampak macam foggy jugalah. By the way masa kitaorang pergi ni still winter season so berat luggage and tebal baju tu korang kena fahamlah ye. Ha kat Malaysia sibuk panas panas panas. Dekat sini bila dah sejuk rindu cuaca Malaysia. Tapi aku tak kisah sebab dah sampai Korea kan. Mulalah rasa macam patut beli rumah and menetap terus kat sini.

Diorang sampai dekat Incheon tu dalam pukul 2 - 3 petang jugalah and suhu dalam 11 darjah celcius. Not bad but still sejuklah. Tapi untuk suhu tu pakai sweatshirt for me should be okay. Sampai situ macam biasalah settlekan imegresen. Paling tak best sekarang semua dah moden sebab guna macam receipt je dekat imegresen tak guna cop dah. So kena tampal. Sumpah semak rasa nak koyakkan kertas tu lepastu campak jauh jauh. 




Dah ambil luggage then let's go! Tourist guide semua dah tunggu, and memperkenalkan, Miss Park!

Tourist guide paling best so far pernah aku jumpa. Salute!


Bila dah settle semua dengan portable wifi, luggage, masa untuk naik bas untuk ke hotel kitaorang. So sini aku belanja sikit korang gambar pemandangan bila winter, but there is no snow la. Paling best pergi time winter sebab dia punya warna gambar and scenery semua boleh buat nangis. Nak ambil gambar kadang kadang pun tak payah nak guna filter. Boleh terus upload je.


Entah apahal entah gambar kereta pun nak kena snap?


Gambar ini pun tak ada motif sebenarnya tapi sebabkan dia cantik kan. 


Laju nau makcik ni berjalan. Orang lain normal je berjalan. 


Favourite place! 


So aku harini kitaorang akan stay Myeongdong dulu satu malam sebelum pindah ke Pyeongchang esoknya. Sementara ada dekat Myeongdong ni, baik habiskan masa sehabis habisnya dekat sini sebab korang tahu kan ni favourite place aku kan (tak ada siapa tahu and kisah Aizat). So first place kitaorang check in:

The Grand Hotel Myeongdong, Seoul.

Semua dapat sorang satu bilik haaa. Rasa macam seorang yang tamak sebab katil dia king and ada bathtub. Tapi sebab macam semua benda rushing and sejuk, tak ada masa lah nak mandi apa semua. Tengok je bathtub tu. So kita buat room tour sikit. Maaf la ye aku dah lompat dulu atas katil. If you guys yang memang datang sini nak tidur hotel, stay here sebab tak jauh dari train station and Myeongdong Street. Try survey dulu ok!




Weh weh its me! (fanboy dekat diri sendiri)




Lepas dah checked in, tak lama lepastu kena keluar balik. Tak sempat pun nak baring ke tidur ke makan ke sebab lepasni kena keluar balik pergi dinner. Tak berapa lapar sangat pun sebenarnya tapi dah orang nak bawa makan kan, bantaikan je. Masa tengah nak jalan jalan ke tempat makan tu, tiba tiba nampak Myeongdong Street. Terus rasa rindu yang amat dalam. Bukan main over. Tak apa Miss Park kata lepas makan boleh pergi sana. Aku rasa macam nak lompat keluar daripada bas sekarang sebab happy.


Ini area tempat kitaorang makan. Tenang je nampak. Konon la. 


Masuk masuk kedai je dah rasa macam wah makanan dekat sini mesti sedap! Beriya je aku over kan. So kitaorang makan dekat Korea Ginseng Chicken Soup. Yang pastinya kitaorang tak tahu nak order apa and tinggalkan dekat Miss Park untuk orderkan dekat kitaorang. 


Tengok kedai pun dah nampak best kan? 


Nampak macam aku join setable dengan orang depan ni kan. Tapi tidak.  


OK JOM SHARE MENU!




Ok yang nak try makan dekat sini, korang boleh minta halal chicken tau! Itu yang paling best! So marilah kita buat flatlay dulu sebelum kita makan sebab flatlay aku selalu nampak best. Kan? (puji diri sendiri la pula kali ni, sekali je).




Ok kita zoom sikit makanan dia (craving pula benda ni bila tengok gambar)


Ok kita zoom ayam dia pula maigod 


Ok ini review ikhlas la bukan sebab aku pergi tempat ni as media aku kena cerita benda yang best je. Honestly, this is the best food so far sepanjang aku pernah pergi ke Korea. Ya Allah dia punya sedap dia rasa nak tapau balik Malaysia dengan claypot dia sekali sebab takut if bukan dalam claypot rasa dia tak sama. Yang pastinya semua orang makan licin. Bukan sebab semua lapar ke apa tapi sebab benda ni memang sedap! Bila dah kenyang perut happy la nak berjalan.

Let's go to Myeongdong! Shopping time, duit habis time. 

Helloooo tempat yang dirindui! Apa khabar? So masa nilah nak kena baring baring golek golek dekat sini sebab tadi kan dah cakap rasa rindu amat dekat tempat ni kan. So Miss Park pun cakap depends on us nak balik naik bas or balik sendiri naik train. So we decided to balik naik train sebab dah hafal kan train map dekat Korea ni. Rasa macam seorang yang power and boleh beli train station dekat sini. Lepas dah beli naikkan harga train so boleh beli rumah dekat sini.


Agak crowded maybe sebab winter season kan, so orang datang. Jalan pun berhimpit teruk weh. 


Apa yang aku beli tak banyak mana pun (pembohong) tapi adalah tiba tiba balik tu aku check aku beli 21 helai stokin. Masalahnya kaki ada satu pasang je? Lain semua barang adik aku kirim and sikit souvenir untuk kawan kawan. Sebab esok dah pindah Pyeongchang memang tak tahu sangat kan apa ada dekat sana so better beli awal awal apa barang yang nak beli. Plus winter season memang selalu ada macam macam promotion. Tinggal nak bawa duit and habiskan. Lepas balik Malaysia siap siap la nak menangis ok?


Namsan Tower siap jengah aku. Rindu la tu cakap jelah rindu Do Min Joon (korean name aku) 


Aku pun tak tahu kenapa aku snap gambar ni?


Ini pun?


Tak masalahnya sekarang kenapa dua dua nak kena snap pakai dua camera? Satu je boleh kan? 


Makanan yang paling dirindui! Hotteok! (annoying eh aku semua benda nak rindu)


Actually ada teringat nak beli satu dua barang nak buat giveaway tapi bila fikir bag penuh tak jadi dah. 


Sorry ini pun tak sempat beli untuk giveaway. 


Ini pun. Korang tengok jelah ek dulu? Ada rezeki lagi nanti aku beli buat giveaway. 


Lepas dah rasa penat membeli and rasa macam duit hampir habis, kitaorang decide nak balik sebab esok nak keluar awal pagi. Dengan belum rest apa semua lagi so of course akan jadi lesu esok. Better balik awal sikit mandi and rest. Tadi kan berlagak dah hafal train map Korea kan? Tiba tiba boleh sesat. Buat nama rakyat Korea je tapi dalam train station boleh sesat. Actually lagi senang kalau kitaorang naik daripada Myeongdong Station nak ke Dongguk University. Tapi aku dengan Meen berlagak power kan. Jalan punya jalan tahu tahu dah sampai City Hall. Hambik dua dua gelabah tapi tak risau sangat sebab dia boleh change line nanti tapi takut train habis operation time. Tak ke kena balik jalan kaki nanti? Dah satu kerja lain pula nak kena fikir.

Tapi alhamdulillah selamat sampai ke hotel. Tu yang sempat shoot sekejap macam ni. Dalam pada tahan sejuk tak serik serik masih nak berjalan and photoshoot. 


Watak pergi Korea kalini is Goblin. Tinggalkan Do Min Joon kejap eh. 


Bila balik hotel macam biasalah baru terasa penat sampai rasa nak mandi pun malas sebab sejuk. Tapi sebab bilik pasang heater and aircond memang dia akan off masa winter season, so kenalah buka tingkap sikit untuk bagi udara sejuk masuk. Masalah sekarang aku buka conet pun dia punya sejuk sampai ke tulang. Nak tak nak aku selubung dalam selimut lepas mandi and terus terlelap. Paling best view aku daripada tingkap bilik adalah benda ni:


Gambar shaking tanda mengantuk.


Tidur lena and goodnight!

Coming up next mestilah update Day 2 aku. Janji! Ini bukan janji palsu anymore. Thank you for Air Asia X again and Gangwon province for this opportunities. I will make this trip memorable, of course. So we sleep first and we talk again later! xoxo (tahi geli aku baca xoxo ni).


NOTE: Masalah dia sekarang gambar Day 2 aku ada dalam 1300. Siapa nak tolong pilihkan sila angkat tangan?!


TWITTER: @AizatAbd
INSTAGRAM: @skullsulivan
FACEBOOK: Aizat Abd



5 comments:

  1. Best nyaaa tulisan you nii. Salam from Indonesia❤️

    ReplyDelete
  2. Kelakar and best. Suka baca. Macam sembang depan depan lol ��

    ReplyDelete
  3. nak tengok gambar lagi! i ship you dgn kak meen omgeeee

    ReplyDelete
  4. abg aizat & kak meen guna camera dslr apa?

    ReplyDelete